Search This Blog

Friday, September 23, 2011

Puasa Sunat 6 vs Open House Opis

Hari ni boring giler kt opis since ramai yang pergi kursus dan cuti.. Hm rasenyer ofc aku mmg leh dikatakan lengang la gak.. Yg selalu kedengaran hanyalah bunyi aircond yg x berapa semnggah ni.. Bunyik jer kuat sejuknya x seberapa kecuali time hujan la huhu..

Hari ni Hari Jumaat, hari ke-4 aku berpuasa.. InsyaAllah sambung Isnin dan Selasa depan dptlah aku tunaikan Puasa Sunat 6 tahun ni.. Jujurnya, kalau aku dpt abiskan pose 6 ni, mmg aku syukur sgt2 sbb inilah pertama kalinya. Sebelum ni mcm2 halangan yg dtg. Dan aku rasa thn ni adalah thn yg cantik utk aku lengkapkan Pose 6 aku hihi.. alhamdulillah timing sumer bagus hehe..

Hari ni pun ada Majlis Hari Raya peringkat opis, so ramaila yg bertya kenapa aku pose hari ni.. Ish2 nak pose kak nk kira apa kan.. Ape sgt la Jamuan Hari Raya dengan lemang, rendang, nasi beriyani or tomato.. Rasenyer dah pueh da mkn kt open2 house smpi sakit2 perut wakakak~

Lastly, pada korang yg tgh2 nk cukupkan pose 6 tu, cepat2 ler sblm terlambat , Syawal dan nk abis weh! =))

Sbb xleh tdo.. So inilah yg aku buat utk isi masa rehat heheh.. Feveret game ni boleh donlod di App. Store Google ;)

Monday, September 5, 2011

Dah Raya Ker?

Syawal nan mulia kembali menjelma, lemang 30 batang pun sudah habis, tp aku harap aku masih belum terlewat utk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jari yg comel ini ku susun memohon maaf andai ada terkasar bahasa dan terguris hati kalian yg membaca blog ku ini walaupun blog ku ini hanya ibarat melukut di lukut..

Dalam kemeriahan dan kebahagiaan menyambut Syawal, masih terselit sendu di hati.. hanya Tuhan yang mengetahui perasaan ini.. Kadang dpt ku pujuk hati ini kadang terlepas jua galau di hati tp x jua ditunjukkan kepada sesapa.. "Sabarlah, Tuhan itu Maha Kaya, Maha Adil, Maha Pembalas, Maha Mengasihani, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun.. Andai ada yg berbuat jahat ke atasku, nescaya DIA akan bukakan pintu hatinya dan ditunjukkan siapa gerangannya suatu hari nanti." Itu bukan janji tp pasti!

Manusia tiada yang sempurna malah sering terkhilaf.. Manusia sering terlalai dan terleka dek kerana nafsu menguasai akal.. Gagal berfikir dan gagal mengemudi..

Ada seorang sahabat yg aku igtkn ketika ini.. tidak sempat untuk aku ucapkan 'Selamat' kepadanya sebelum semuanya terputus.. Apa2 bhgnnya telahpun ku maafkan.. Semoga dia tenang2 selalu dan memaafkn ku.. Barangkali sudah berbahagia..

Ada juga malaun2 bangsat yg tidak ptt diigtkan tp selalu gak la menerjah benakku ini.. semoga dirahmati hidup mereka ituw..

Entah mengapa kurasakan Syawal kali ini penuh bermakna. Dan aku berdoa moga muslimin muslimat turun merasakan nikmatnya Syawal walaupun kita dah dewasa dan takkan dapat duit raya lagi huhuhu =)

Wednesday, August 3, 2011

Nek Mah Bidan Power!

3 bulan lepas aku tergamam apabila UPT ku menunjukkan 2 garisan yg jelas. Terpancar kegalauan di hati smpi hubby pn tegur. UPT tu aku buat utk kali kedua selepas lewat period 7 hari.

Esoknya aku ke HUKM utk mendengar keputusan ujian lupus ku.. Sebaik aku menyatakan kepada doctor yg aku pregnen, doc terus tarik muka dan cakap "puan sepatutnya kene tunggu dulu sekurang2nya 3 bulan selepas keguguran baru ni. Tapi takpelah dah jadi so kite akan postponed that test."

Aku betul2 clueless.. Aku baru keguguran lewat bulan Januari and aku preggie semula bulan Mei??? Kenapa cepat sgt? Perasaan sedih sbb gugur tu pun belum hilang lagi dah preggie balik? Mcm2 yg aku fikirkan.. Fobia, trauma, takut semua ada. Kata hubby "terimalah ini dugaan buat kita.." Aku terharu bila dgr hubby ckp mcm tu..

Entahlah aku pun x tahu mcm mana dan dah tentunya dengan kuasa Allah SWT.. penyebabnye pulak mungkin sebab penangan tangan Nek Mah yang aku urut bulan April tu? Aku urut pun sbb nk sedapkan badan lepas 60hari pantang.. Besenye jarak aku nk preggie blk semuanya setahun lebeh.

Kate kwn yg rekemenkan Nek Mah, Tangan die POWER!

Dan 3 bulan selepas itu, sekali lagi tragedi berulang.. aku citerkan lain kali jer lah~~

Tuesday, May 31, 2011

Zikir dan Amalan Untuk Elakkan Keguguran

Salam.. dalam lama x hapdet blog ni, masa byk diluangkan utk blogwalking mencari info2 dan cerita menarik utk pengetahuan am. Blog yg paling suke aku lawati dan tentu ler blog si Aidid Muaddid , Bro Hamka pemandu kereta mayat dan Si Nana kwn ms sekolah menengah dulu..

Dalam berjalan2 kat blog org, aku tergerak pulak nk carik info psl Amalan Rohani utk diri sebaik disahkan mengandung agar janin yg dikandungkan sihat dan membesar hingga selamat dilahirkan. Amalan rohani ni mmg penting especially bg mereka yg selalu keguguran. Yg ni aku dpt dari blog seseorang (da minta izin) tp disebabkan dok peram kat draf smpi aku terlupa blog empunya nya.. maafkan sy yer..

Ok salah 1 cara adalah cuba amalkan zikir Ya Mubdi, amalkan selalu xkira masa dan di mana sahaja.. Masa baca tu pegang perut... kalau kat public segan nak pegang perut, baca je dlm hati, zikir ni mmg untuk elakkan keguguran...zikir ya Mubdi tu pun suami boleh bacakan, mintalah suami bacakan sambil baring-baring tengok tv, mintak dia letak tangan atas perut dan baca zikir tu berulang kali..

Lagi 1, bacakan permulaan surah Tabbat... bacaanya Tabbat ya da habi la habiuwwattabb ( masa sebut wattab, angkat lidah ke langit-langit, tahan lidah tu dan niat dalam hati minta Allah kuatkan janin, tahan supaya jangan keguguran) baca lah berulang kali (masa sebut wattab tu, pegang tangan kat bawah perut) macam kita tadah bawah perut, (manahan ) caranya tapak ke atas, letak bawah perut antara perut dan ari-ari, (rahim kita) amalkan selalu..

Amalkan dari awal kita tau pregnant...

Selain itu, amalkan potongan ayat 97 - 99 Surah al-Hijr dan tekapkan tangan di perut semasa membacanya.

Maksud ayat tu :

"Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui, bahwa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (shalat), dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)." (Al Hijr : 97-99)

selamat beramal..
semoga selamat semuanya...

Tuesday, March 22, 2011

Ketahui Personaliti Mengikut Jenis Darah



Ramai memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Mari sama-sama kita lihat.

1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)
Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.


Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.

2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.

3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.

Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.

4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors)
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

copy from DKDM

Friday, March 11, 2011

Glucose Test

Hari ni kene g HUKM untuk buat ujian air gula.. Biler aku tya 'bukan untuk org mengandung jer?" Doc ckp "x semestinyer... masa awk pregnen baru2 ni ade buat ujian air gula x (sebelum aku keguguran)? Aku ckp la "xder, doc amik darah jer utk test Rubella dan 2 3 ujian darah lain. Ubat pn bg Duphaston dan vitamins jer." Hm nada aku mmg kecewa sgt masa tu. Aku rasa doc HUKM yg periksa aku ms aku disahkan mengandung tu x serius nak menolong aku menyelamatkan kandungan ku itu. Sbb doc tu pon ckp, die kate makan Duphaston tu pn belum jamin pregnancy aku akan secure. Biler aku tya "dahtu, doc x bleh tlg ape2 ker utk menyelamatkn kandungan saya??" Jawapan die sgt mengecewakan takat Duphaston, ms 2nd pregnancy pn aku mkn Duphaston dan vitamins tu sumer.. Yang paling best biler aku tya mengenai kesan stress di tempat kerja, pergerakan lasak dan lain-lain kepada kandungan, Doc tu ckp , "itu semua xder kene mengena".. Doc tu agaknya x pernah mengetahui pasal artikel Dr sakit Puan yg sgt masyhur. Dr. hamid Arshat.

Anyway gtg, doakan semuanya ok k.

Friday, March 4, 2011

Menggigil lihat bayi

KLANG: Seorang pekerja pembersihan sebak sejurus menyedari bungkusan plastik hitam yang disapunya di lantai gerabak komuter, rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan masih bertali pusat.

Siti Khalijah Mat Zain, 37, menemui mayat bayi itu ketika menjalankan kerja hariannya membersihkan komuter dari stesen di Batu Caves yang berhenti di stesen terakhir di Pelabuhan Klang, jam 9 pagi semalam.

“Selepas semua penumpang turun, saya memulakan kerja menyapu lantai di gerabak hadapan. Tiba-tiba saya tersapu satu bungkusan beg plastik warna hitam di bawah kerusi penumpang, betul-betul belakang ruang pemandu. “Saya angkat beg itu dan mendapati ia agak berat. Saya bawa beg plastik itu keluar dan meletakkannya di atas kerusi tempat penumpang menunggu ketibaan tren komuter, tapi tak berani nak membukanya,” katanya.

Siti Khalijah berkata, dia memanggil rakan sekerja, S Kaliyani, 34, yang memberanikan diri membuka plastik itu sebelum kedua-dua mereka melarikan diri selepas melihat ada darah pada bahagian dalam plastik itu. “Kami meminta bantuan rakan lain dan mereka memaklumkannya kepada polis. Selepas plastik itu dibuka, saya sebak apabila melihat di dalamnya ada mayat mayat bayi lelaki yang sungguh comel, masih merah dan bertali pusat,” katanya.

Menurutnya, mayat bayi itu dibungkus dengan kain selimut dengan corak bunga berwarna hijau dan turut terdapat di dalam plastik hitam itu ialah sehelai sejadah bersama senaskhah surah Yasin.

Dia yang semalam genap empat bulan bekerja sebagai pekerja pembersihan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, penemuan mayat itu menyebabkannya hilang selera makan dan sedih mengenangkan kekejaman individu yang tergamak membuang bayi itu.

“Sedih betul bila tengok kain sejadah dan surah Yasin bersama bayi itu. Saya sendiri ada bayi berusia setahun lapan bulan. Jadi bila tengok mayat bayi itu ia sangat menyentuh naluri keibuan saya,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian turut melihat pasukan forensik mengambil sehelai rambut dipercayai milik suspek untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu polis menerima laporan kejadian kira-kira jam 9.15 pagi.

Mohamad berkata, hasil siasatan awal mendapati, pemandu komuter itu mula memandu kereta api itu dari Pelabuhan Klang kira-kira jam 5.35 pagi menuju ke Batu Caves dan tiba di stesen Batu Caves pada jam 7.15 pagi sebelum kembali ke Pelabuhan Klang.

“Kami percaya mayat bayi berkenaan dibuang ketika komuter itu dalam perjalanan pulang ke Pelabuhan Klang. Siasatan awal mendapati tiada saksi melihat bagaimana bungkusan plastik hitam itu boleh berada di bawah tempat duduk penumpang,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya di balai polis.

Sumber daripada HArian Metro. Klik sini---> http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Menggigillihatbayi/Article/index_html

Thursday, March 3, 2011

Ibu Jual Anak Usia 3 Tahun

Tengahari ni baru dpt baca newspaper.. Itupun Harian Metro on9 jer sbb Pn. Shell x bwk paper yg die beli naik ke opis huhu.. Bukak jer web HMetro tu terus terpampang berita sensai si ibu yg menjual anaknya semata-mata kerana wang. Hm mmg la sbb wang, xkn sbb nk lunch jer jual anak. Aduihhh sedihnyer tp layan jerla berita ni..

KUALA LUMPUR: Ke mana hilangnya naluri keibuan seorang wanita apabila tergamak menjual anak kandungnya yang berusia tiga tahun kepada individu baru dikenali semata-mata kerana wang.

Lebih tragis, wanita terbabit yang berusia 30-an turut bekerjasama dengan anak angkat lelakinya yang berusia 17 tahun membelasah bekas suaminya sehingga cedera selepas lelaki itu marah dengan tindakannya.


Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di tempat kerja lelaki berusia 43 tahun itu di Taman Wilayah di Kepong, di sini, Isnin lalu. Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu dijual kepada seorang lelaki dengan harga belasan ribu ringgit dan kanak-kanak itu dilaporkan kini berada dalam jagaan keluarga pembelinya di Pahang.


Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad, berkata lelaki itu dalam laporannya memberitahu dia beberapa kali menghubungi bekas isterinya selepas mendapat maklumat wanita terbabit menjual anak mereka.


“Dalam perbualan telefon, bekas isteri mangsa mengaku sudah menjual anak mereka menyebabkan berlaku pertengkaran.


“Pertengkaran itu tidak berakhir di situ apabila bekas isteri mangsa bersama anak angkatnya datang menyerang mangsa di tempat kerjanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, remaja berusia 17 tahun itu menumbuk muka mangsa beberapa kali sebelum mendakwa tidak takut kepada bapa angkatnya itu selain berani berdepan pihak berkuasa.


“Selepas itu, remaja terbabit memberikan amaran kepada mangsa supaya tidak campur tangan dalam urusan mereka. Bekas isteri dan anak angkat itu kemudian meninggalkan mangsa,” katanya.



Zainuddin berkata, mangsa membuat laporan polis.


“Kepantasan pihak berkuasa bertindak membuahkan hasil apabila bekas isteri mangsa dan anak angkatnya itu ditahan kurang sejam selepas laporan polis diterima berhampiran rumah mereka.


“Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak terbabit kini dilaporkan berada di Pahang dalam jagaan satu keluarga yang didakwa membelinya,” katanya sambil memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang 2007.


Menurutnya, wanita terbabit dan anak angkatnya kini direman tiga hari bagi membantu siasatan.


Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit bercerai kira-kira setahun lalu dan tindakan wanita itu menjual anak kandungnya untuk mendapatkan wang dipengaruhi anak angkatnya berikutan dia tiada pekerjaan tetap.


Sementara itu, Zainudin menasihatkan orang ramai yang tidak mampu menjaga anak mereka supaya menggunakan saluran betul untuk menyerahkan zuriat itu untuk jagaan pihak lain dan bukan menjual anak mereka seperti barang dagangan.

Wednesday, March 2, 2011

Appointment at Klinik Dr Hamid Arshat

Last Monday baru aku perasan it was end of february already. Aku terus teringat appointment aku di klinik Dr Hamid Arshat & HUKM selang sehari jer. So daripada aku kene amik cuti 2 hari baik aku sekalikan jer.. Pagi di HUKM, Cheras (of courselah dr kol 9am smpi kol 1pm hopefully xlebih dr kol 1 lah) then dr HUKM nnt terus g klinik Dr Hamid Arshat di Damansara.. Its gonna be a hectic day i tell u..

Appointment di Klinik Dr Arshat ni aku buat melalui phone call jer pada 27/28 Januari lepas dan date yg diberi adalah pd 10 Mac jam 2.30 ptg since kes aku bukan emergency case katernyer dan perlu 'Q' mcm orang lain. Tp menurut workmate aku, die 'walk-in' jer walau xder appointment.. hmm maybe sbb wife die da ade rekod kat situ atau klinik tu mmg pilih bulu.. Al-maklum famili brader ni mmg org terkenal dan 'orang ada-ada'. Tak perla malas nak merayu-rayu tak tentu pasal walaupun aku dah bgtau die prob aku ms tu yg aku br 2 3 hari 'miss abortion'.

Then, biler aku kol utk ubah date appointment, kakak tu bleh cakap nama aku takder pn dalam list 10 mac tu, indeed dalam mana2 date pn xder. Haih.. hanginnyer aku!!!!!! naseb baik aku ni BAIK (jangan muntah di sini) xdernyerla aku nk maki2 kakak tu. Biler aku tya mcm mana? Di cakap 2 hari befoe 11 Mac yang aku nk datang tu, aku kol balik in case ade org kensel die leh masukkan nama aku.. haii gamaknyer xderlah tu.. Korang mesti tahu kan mcm mane susah dan ramainyer org nk g klinik Dr Hamid Arshat yang famous lagi masyhur ni.. Tu pasal appointment smpi 2 3 bulan.. Lebih sedih lagi hati ni biler die cakap nekt appointment xleh buat lg sbb date die da jauh sangat.. Hai nak buat appointment laen pn kene tunggu gak~~~~~ Bagi jerla date tu..

Im so frustrated, angry, dissapointed and much more.. after hoping something for a long time and its simply lose bcoz of someone irresponsible mistakes, it just unacceptable. But God is Great and He works in mysterious ways. i believe in it.

Monday, February 28, 2011

Pertumbuhan Janin Dalam kandungan


Setiap pasangan suami-isteri setelah mengetahui yang isteri sedang mengandung akan dengan gembiranya membuat persediaan untuk menerima bayi baru mereka. Tetapi dalam tempoh si isteri itu sedang mengandung kadang-kala timbul perasaan suka dan curiga. Hasrat suami-isteri memanglah untuk mendapatkan janin yang sihat, yang sempurna sifat-sifatnya tanpa kecacatan pada tubuh badannya. Proses pertumbuhan janin selama 40 minggu itu merupakan proses yang sangat pesat terutamanya dalam peringkat trimester pertama. Daripada peringkat pensenyawaan (fertilisation) di mana sel-sel dari pihak lelaki dan perempuan bertemu mewujudkan apa yang dinamakan zygote dalam bahasa Inggerisnya. Proses multiplikasi sel-sel ini akan berterusan dengan pesatnya sehingga terdapat tiga lapisan sel-sel yang berlainan, iaitu ektodem, mesodem dan endodem. Daripada lapisan-lapisan ini akan bertubuhlah berbagai-bagai organ dan sistem-sistem janin. Adalah menakjubkan kalau kita fikirkan bagaimana proses-proses ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur sehingga tertumbuhnya janin yang sempurna sifat-sifatnya tanpa apa-apa kecacatan. Semua ini membayangkan kekuasaan Allah s.w.t.

Kecacatan kepada janin boleh juga berlaku kerana berbagai-bagai faktor. Ada punca kecacatan pada janin yang kini dapat diketahui tetapi ada juga yang masih tidak dapat dikesan walaupun pada masa kini terdapat teknologi yang begitu maju.

Seseorang wanita dalam lingkungan umur dua puluhan yang mengandung bagi kali pertama mempunyai peluang yang baik sekali untuk melahirkan bayi yang tidak cacat. Apabila ia meningkat ke peringkat umur empat puluhan risikonya untuk mendapat bayi cacat meningkat lebih sedikit. Walau bagaimanapun peluang untuk mendapat bayi normal , jika tidak ada bayi -bayi atau saudara-mara yang berdekatan yang cacat kerana unsur genetik masih juga tinggi. Hakikat ini perlulah disedari oleh seseorang wanita supaya mereka tidak merasa curiga atau takut untuk mendapat anak. Bagi mereka yang mempunyai adik - beradik atau saudara -mara berdekatan yang cacat , mereka bolehlah mendapatkan maklumat dari doktor untuk mengetahui sama ada kecacatan itu disebabkan oleh punca -punca genetik ataupun punca-punca lain yang jarang akan berulang.

Kandungan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian , iaitu trimester pertama , trimester kedua dan trimester ketiga. Tempoh suatu trimester itu adalah selama 13 minggu. Trimester pertama iaitu kandungan 13 minggu pertama merupakan waktu yang sangat kritikal kerana sesuatu penyakit yang dihidapi oleh pendedahan kepada unsur -unsur kimia atau persekitaran kepada wanita yang mengandung boleh membawa kesan yang buruk kepada janin pada waktu ini. Trimester pertama merupakan waktu yang sangat aktif dalam proses pertumbuhan asas organ-organ dan sistem -sistem janin. Itulah sebabnya penyakit Rubella umpamanya jika dihidapi oleh seseorang wanita yang mengandung adalah lebih merbahaya jika terkena pada trimester pertama. Sesuatu gangguan kepada pertumbuhan janin pada trimester yang pertama samaada penyakit-penyakit yang dihidapi oleh ibu , unsur -unsur persekitaran seperti pendedahan sinaran X , bahan-bahan kimia di udara dan ubat -ubat yang dianggap teratogenik bukan sahaja akan menjejaskan pertumbuhan janin malahan boleh menyebabkan keguguran. Jika keguguran tidak berlaku, pertumbuhan janin akan terus berjalan tetapi janin itu besar kemungkinan akan cacat. Jika kecacatan pada organ-organ terlampau teruk janin itu mungkin akan mati semasa di dalam kandungan lagi. Jikalau ini tidak berlaku, selalunya bayi itu akan hidup untuk beberapa ketika sahaja selepas dilahirkan.

Samaada seseorang bayi itu boleh hidup dengan kecacatan hanya boleh ditentukan oleh organ-organ yang terlibat. Kerosakan pada jantung yang tidak sesuai untuk menampung keperluan hidup seseorang bayi akan menyebabkan bayi itu mati sejurus selepas dia dilahirkan. Sebaliknya jantung yang berlubang (seperti ventricular sepal defect) tanpa kerosakan yang lain mungkin tidak akan membawa maut kepadanya. Keadaan ini boleh meyebabkan bayi itu mendapat penyakit paru-paru (pneumonia) atau tidak subur. Kebanyakan lubang itu boleh tutup sendiri tanpa rawatan pembedahan. Gangguan kepada tumbuhan janin yang wujud semasa trimester kedua dan ketiga biasanya tidak memberi kesan yang sangat buruk kepada pertumbuhan janin. Umpamanya, jika wanita hamil menghidap penyakit Rubella pada usia 18 minggu mengandung bayi yang dilahirkannya mungkin hanya pekak sahaja, sedangkan, jika dia mengidap penyakit ini pada waktu trimester pertama, bayi yang dilahirkannya akan lebih kecil dari biasa, mengalami lebam hati (neo-natal hepatitis), selaput di mata (cataract), atau gangguan jantung dan saiz kepalanya kecil serta dia pekak dan sebagainya.

Bayi-bayi yang dilahirkan ringan (kurang dari 5 paun) adalah disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Punca yang biasa didapati dan boleh dikawal ialah jika ibu mengandung mengidap penyakit darah tinggi (pre-eclamptic toxaemia) daripada peringkat trimester kedua lagi. Keadaan ini boleh dikesan dari pemeriksaan antenatal dan rawatan sewajarnya boleh diberikan untuk menurunkan darah tinggi. Ibu-ibu yang merokok, meminum alkohol dan ibu-ibu yang rendah tahap pemakanannya juga boleh menyebabkan bayi dilahirkan ringan. Banyak juga di antara bayi-bayi yang dilahirkan kurang berat tidak dapat dikesan punca-puncanya tetapi sekumpulan besar daripada bayi-bayi yang kecil ini terdapat dari golongan mereka yang datang dari kumpulan sosio-ekonomi yang lebih rendah.

Bayi -bayi yang mengalami gangguan kromosom trisomy 18 ( sindrom Edward ) dan (sindrom Patau ) boleh menyebabkan mereka dilahirkan lebih kecil dengan kecacatan fizikal seperti kecacatan jantung , kecacatan otak dan sebagainya.

Cara -cara mengawasi pertumbuhan janin

Doktor -doktor telah lama menggunakan tanda -tanda seperti timbangan berat ibu yang mengandung dan pembesaran rahim dari semasa ke semasa untuk mendapat maklumat tentang kadar pertumbuhan janin di dalam kandungan. Alat -alat yang lebih moden seperti ultrasonography telah digunakan untuk mengikuti pertumbuhan janin di dalam kandungan. Alat ini tidak memberi pancaran sinaran X kepada ibu dan janin dan berjaya memberi maklumat seperti janin kembar , tumbuhan di dalam rahim dan juga beberapa keadaan kecacatan fizikal di tubuh janin. Untuk mengikuti pertumbuhan janin di dalam kandungan , doktor -doktor membuat pemeriksaan ultra-sound dari usia kandungan 16 minggu hingga 20 minggu dan juga membuat sekurang-kurangnya satu lagi ujian pada usia kandungan lebih daripada 32 minggu. Daripada maklumat yang didapati doktor -doktor dapat mengetahui sama ada kadar pertumbuhan janin itu memuaskan.

Kesimpulan

Walaupun pasangan suami-isteri Islam digalakkan oleh agama untuk memohon kepada Allah s.w.t. supaya di anugerahkan cahaya-mata yang sihat , yang sempurna sifat-sifatnya, mereka juga mestilah mendapatkan maklumat dan berikhtiar untuk memastikan supaya ibu mengandung itu berada dalam keadaan sihat dan dilindungi dari keadaan-keadaan yang boleh mengganggu pertumbuhan janin. Seseorang wanita boleh mendapatkan ujian darah untuk memastikan yang dia mempunyai imuniti kepada penyakit rubella umpamanya. Ibu mengandung dinasihatkan supaya mendapat pemeriksaan ante-natal supaya penyakit-penyakit seperti darah tinggi , kencing-manis , anaemia , penyakit infeksi kencing dan sebagainya dapat dirawat dengan sewajarnya. Seseorang ibu mengandung yang mendapati tanda-tanda kelahiran seperti pecah air , rahim berdarah atau sakit di bahagian abdomennya mestilah mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Kelahiran prematur boleh dihentikan dengan ubat-ubat jika rawatan di beri peringkat awal lagi.

Pertumbuhan Janin oleh Dr. Hamid Arshat

Thursday, February 24, 2011

Nak Buat Karipap Sardin

Semalam punya la berkobar-kobar rase nak buat karipap. Ni sume gara-gara berborak ngn Dina kwn sekolah rendah aku. Seorang yang kecik molek, mempunyai 2 org anak yg cute miut dan berkerjaya. Menurut Dina, die selalu jer buat kuih ni,, kacang sgt katernyer seminggu mestu 2 3 jenis kuih yg die buat. Haha tercabar aku yang masih belum mempunyai anak lagi nih.. Jadi tanpa berlengah lagi smlm aku terus la menggoogle resipi Karipap ni dan yang paling menarik hatiku adalah Karipap Sardin...~~

Cara nak buat Karipap Sardin ni adalah:

Bahan-bahan untuk kulit karipap:

400 gm tepung gandum
2 sudu makan majerin planta
40 ml minyak masak di panaskan
150 ml air hangat
½ sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:

Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar. Tuang kedua minyak & majerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit, sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Buatlah bebola-bebola mengikut saiz yg anda perlukan. Kemudian canai, bubuh inti dan kelim kemas-kemas. Goreng dgn kaedah terendam (deep frying) dgn api yg sederhana. Angkat dan toskan.

Bahan-bahan untuk Inti Sardin:

1 tin sardin (kalau nak sedap, gunakan Ayam Brand)
3 biji bawang besar (hiris)
2 sudu makan cili kering kisar
1 batang cili merah (hiris)
1 batang cili hijau (hiris)
½ sudu teh gula
secubit garam
jus dari ½ biji limau kasturi
2-3 sudu makan minyak utk menumis

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis separuh dari bawang hiris. Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga garing. Masukkan pula sardin dgn sedikit jer sos tomatonya, lebihan bawang hiris tadi dan juga cili hijau dan merah. Kacau rata tapi pastikan ikan jgn terlalu hancur/lumat. Biarkan kasar-kasar sedikit. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat dari api.

Waktu menggoreng, api jgn panas sgt nnt kulit karipap menggerutu.. huhu..

Jadi mlm tadi setelah habis berkemas makan malam, aku pn sebuk ler membuat inti karipap ni. Smpi tersengguk2 aku walhal rumah meriah jer dengan sorakan penyokong-penyokong malaysia menyaksikan Kelayakan Olimpik Malaysia menentang Pakistan. Malaysia menang 2-0 weh hehe.. Anyway disebabkan da mengantuk giler cik inti x dapat ler bertemu cik pap nyer. maka bersambung pd malam ini.. Nantikan wa pos gamba karipap pertamaku ku hehehehe

Wednesday, February 23, 2011

Internet Problem

Tensionnyer.. da 3 hari buat entry berlainan utk post dan setiap kali aku tekan publish mesti time tu gak la ade internet problem.. Arghhh!!!

Bos besar dan bos kecik xder arini jadi boleh la relaks rilek smpi terbaleks wakaka.. Jadi time mcm nila boleh merayau-rayau jengah blog orang lain.. sambil-sambil carik ilmu..

Tetapi internet yang terputus-putus ni memang potonggggg~~

** Terpaksa buat entry pendek jer sbb takut kecundang lagi ah~~

Tuesday, February 15, 2011

Buah Zuriat Bagi Yang Sukar Hamil

Buah nie dikatakan berkhasiat untuk tujuan mendapatkan zuriat. Buah nie nak dapat mmg susah.. Buah zuriat boleh didapati di Mekah dan Madinah. So, klu ada sesapa berhajat bleh la kirim pada saudara mara, sepupu sepapat, atuk nenek, sahabat handai yang pergi ke sana...

Ada juga yang mengatakan buah zuriat nie adalah buah dari pokok kokka yang dijadikan bahtera Nabi Nuh.

Antara cara makan buah zuriat ni yang aku dpt hasil menggoogle adalah:-

# makan sblm subuh, istifar 100 kali, selawat 10 kali dgn niat untuk mendapat zuriat yg sempurna.... Ada yang kata rebus dan minum airnya...

# kena rebus dan makan pada hari ke 5 period

# kene rebus dan buat mcm ni:-
1. Pecahkan 2 biji buah zuriat (Menurut ustaz mesti direbus 2 biji sekali rebus. umpamanya suami isteri)

2. Bila dah pecahkan buah tu..rupa dia mcm kelapa...pastu belah kepada dua sampai nampak isirung dia.. (macam isirung kelapa)

3. Letak air lebih kurang dalam periuk rebusan dan rebus hingga tinggal separuh drpd air yg dimasukkan. Air dia lebih kurang kaler coklat2

4. Minum airnya setiap hari selama 40 hari atau lebih sehingga preggy (suami isteri minum)

5. Ulang langkah 2 sampai kaler air tu jadi putih....(Lama2 air rebusan buah tu jadi pudar)

**Bacalah bismillah diikuti ayat 38 dari al Imran sebanyak 3 x
"RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA"

Banyak pulak cara-cara nak makan buah ni.. Jadi ada sapa2 yang tahu cara makan selain darpada yang telah dinyatakan tu harap boleh share =)

Friday, February 11, 2011

Anak

Sayu hatiku melihat kes-kes buang bayi yang makin banyak pulak sekarang ni. Si ibu tidak punya perasankah? Setelah membawak perut selama 9 bulan tapi masih sanggup membuang dan membunuh bayi yg dikandungnya tu. Malu mengatasi segalanya melangkaui perasaan takut kepada Allah SWT. MasyaAllah..

Selalu gak aku terpikir.. Org yang belum berkahwin dan telah berzina begitu mudah mendapat anak tetapi mereka yang telah berkahwin sesetengahnya begitu sukar mendapat anak walau telah berusaha bertahun-tahun. Kemudian aku tersedar, bukankah hamba-Nya selalu diduga.

Ramai kawan-kawanku sekarang sedang mengandung.. Ada yang mengandung anak sulung, anak ke-2 ade juga yang telah mempunyai 3 org anak. The best part, ade juga yang mengandungkan anak kembar. Alhamdulillah rezeki masing-masing. Aku plak, masih belum mempunyai rezeki lagi. Aku tahu ramai org yang baik dan concern dalam dunia ni. Sbb tu kalau org terserempak atau terjumpa dgn aku mereka mesti bertanyakan mengenai familiku. Ahhh... tipulah kalau aku kata aku tak terasa sedikit pun kalau org bertanyakan perihal anak. Bukan aku rasa cemburu terhadap mereka tetapi aku merasa sedih kerana aku telah merasa nikmatnya menjadi ibu tetapi hanya utk sekejapan. Tempoh yang paling lama adalah 3 bulan. Hatiku pasti sayu apabila mengenangkan hal itu. Namun kita hanya mampu berserah kepada yg Maha Esa dan pasrah atas apa sahaja dugaan yg mendatang. Bukankah dugaan yg diberikan adalah tanda kasih-Nya kpd kita.. dalam menguji sejauh mana pula kasih kita kpd-Nya.

Baru-baru ini aku diduga lagi. Dalam keseronokan kaum Cina dan kaum lain bercuti menyambut Tahun Baru Cina aku hanya duduk di rumah dan tidak ke mana-mana. Harapan yang disandarkan kini hilang dan membawa episod duka. Setelah seminggu berkuarantin, aku bangkit untuk memasang harapan semula. Semoga Allah merahmati kami.