Search This Blog

Thursday, December 11, 2008

Career & Training Fair is BACK!!

Hi guys if u r seeking for a new job or in the middle of planning to find another job or maybe trying to get some part time job 4 extra money, here u shud go:

Date : 16 - 18 January 2008
Time : 10am - 7pm
Venue : Mid Valley Convention Centre, Kuala Lumpur.

Dun forget to bring notebook (if u like to write and compare) and lotsa pens (u might unnoticely lost it believe me).


C ya there~
o_O

Friday, December 5, 2008

Kisah Syaitan Khanaz Dengan Manusia

Semalam dengar Ceramah Dato Ustazah Masitah ....Kisah
Syaitan bernamaKhanaz pernah dengar tak?
Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi.
Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak
cucu Adam, dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah.
Suatu hari c Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kena kan
anak cucu Adam"....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz.
Lalu di panggilnya "Khanaz.....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju
ke rumah Adam dan Hawa.
Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi
kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2,
pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.." Ibu
Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang
untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.
Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa
nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita
menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan,
yang mahu menganggu anak cucu kita..." ..
"Apa harus kita lakukan sekarang..?"tanya Hawa pada Adam. Setelah lama pikir-pikir...
"Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging
nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan
tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam.
Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja,
"Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa,
Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah
meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,...Semalam Adam
pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...lalu sudah
kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana..."terang Hawa.
"Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.Kemudian
Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz....!!!"
Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun
bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan Ibu
Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan
Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya,

Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama
Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih
berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku.
"Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam.
"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa...
"Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar
abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak
nya ini lagi..." terang Adam.
Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika
Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa.
"Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil
"Khanaz!!!"...kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan
menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz.
Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya
"Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam.
"Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa.
"Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan
sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.
Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika
Adam sudah keluar bekerja.
"Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu...."jawab Hawa.
"Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan.
"Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin.
"Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ˝Khanaz !!!
Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa..
Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2 .. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.
Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia
sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.Syaitan Khanaz nie tugas dia

- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti
kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.
- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana
yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.
- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.."
ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR...
- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya...banyakkan Zikir...
Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini.
Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan
baca BISMILLAH dan Doa.sekurang2nya BISMILLAH.
Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi
bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Dan mana yang suami Isteri tu sebelum BERSAMA. Baca lah doa2. nanti Khanaz dan the geng akan ikut serta.
Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam....
Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.
Walllahualam....
Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.

Wednesday, December 3, 2008

Betapa Payahnya Malaikat Mahu Mengambil Tanah Utk Dijadikan Manusia

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :"Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal".Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang
dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah" Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan "Yarkhamukallah" .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :"Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

.

Wallahuallam

ein O_o

Sunday, November 30, 2008

'Fit' kah Aku?

Hari Khamis dan Jumaat aku diberi cuti oleh doktor.. 'Rehat' katernyer 'and relax.. ur muscles are all cramped out..' huhu~ Mana xnyer kalau aku pn da berjalan mcm robot and lembab mcm siput..Semuanya kerana penangan UKJK yg ku buat Hari Rabu lps.. Ahh aku sendiri yg telah setuju menandatangi surat akuan kesihatan ukt menjalani ujian tersebut.. walaupun bleh jer kuberikan pelbagai alasan especially ala-ala alasan Cik Ghazba.. tp aku sendiri pn ingin tahu sejauh mana tahap stamina ku.. and guess what.. It WORST!!!!!!

Tghr tu rase mcm biase jer.. so aku igt 'ok mayb its not going to be 'hell' afterall.. Tp tanggapanku nyata meleset sbb lps dinner jer aku da mula rase sengal-sengal ubi kat kaki n bahuku.. Oh shoot man.. It still happens~~ :'( and even worst as u can read my 1st paragraph. Kejap lps tu aku rasa sakit seluruh tubuh bdnku smpi xbleh nk tdo sbb lately aku mmg x mdpt tdo yg lena dek kerana kerja-kerja pembajetan di ofis.. Asal tutup mata jer nmpk numbers and mesin printer kak Iza.. Faul betul~~

So besok pgnyer aku tpaksa minta tlg kakak ipaku ke klinik. Biler aku explain ngn doc sbb aku jd 'robot' arini doc terus respond 'Nak jd sport assistant kene la fit. Mayb u x warm up dulu..' Then br aku terigt yg aku da buat 2 kesilapan besar hari tu.. (1) Aku x bfast - alas perut la. (2) Aku x warm up betul2.. Cuak pya psl + org pertama. So akibatnya, Interviu x dpt, sakit plak yg dapat. Ko Cemong....X baik tau gelakkan aku.

Smlm hajatku ingin ke ofis byk keje yg perlu dilakukan lagi. Tp keadaanku masih belum mengizinkan.. Nmpknya mmg WORST betul kali ni. Smpi tobat rasenyer utk menjalani mane2 fitness test lagi. Cukuplah sekali~~ Spt nyanyian Jay Jay. Mungkin kali ni bukan rezeki ku, dan mungkin ada yg menantiku di sini.. Hanya DIA yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNYA. Semoga aku sentiasa dirahmati dan diberi petunjuk olehNYA. InsyaAllah..

p/s : Nasib aku da lepas, nasib korang puler gi mana pula? Kuikuikui~

ein pain
O_o

Wednesday, November 26, 2008

Panggilan Temuduga

Finally i can reach out my head to catch a breath but it aint over yet honey~ Pls remain at ur seat.. Huhu~ Well, 3 suku akhir tahun ni mmg bulan yg bz since hujung2 tahun nila nk kene buat perancangan utk tahun hadapan dan juga menjalankan program2 yg telah dijadualkan pada tahun ini. Means, no holiday yet anyone!

Sbb tula aku terpaksa organize gathering Iltizam aritu secepat mungkin kerana lepas jer Raya Aidil Fitri, jadual ku pack di samping memenuhi jemputan perkahwinan kawan2.

Dalam kesibukan ni, aku telah menerima tawaran interviu bagi S27 di KBS. Dan malangnya, aku br sedar aku terpaksa lulus dalam Ujian Kecergasan Jasmani dan Kesihatan (UKJK) sebelum layak menjalani sesi temuduga. Hehe sebenarnya dlm website SPA telah dinyatakan di situ tp dlm surat ku tiada puler. Nasib kurang baik juga apabila Cemong suruh aku membelek2 belakang surat tersebut. Ohh bad luck i said haha~

So smlm aku dgn semangat hangit2 pergi jua ke tempat ujian dan berharap agar aku dpt menamatkan larian 2.4km. Mmg x kugantungkan harapan utk ke tahap diinterview ni memandangkan aku tahu aku bukan jenis yg rajin bersenam dan bersukan ni sejak aku settle down. Tp berharap agar aku dpt menamatkan ujian larian2 yg diberi. Aku suke berlari...haha..

Sesampai disana Urus setia sedang menggantung direktori dan sesi pendaftaran masih belum bermula walaupun telah dinyatakan kesemua calon perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum. Hmmmm... no komen.. Jadi akulah org pertama yang mendaftar dan org pertama yang akan menjalani kesemua ujian tersebut. OHH 2nd bad luck~~ Ramai calon yg tiba lewat dan ada juga yang mengatakan mereka tidak tahu mengenai UJKJ ini kerana surat panggilan temuduga dihantar di alamat kg. Wat an excuse.. So kwn2, sebaik anda mengetahui tentang panggilan temuduga daripada SPA, sila semak di website SPA dgn memasukkan no IC anda. Di situ telah dinyatakan semua peringatan buat calon2.

Setelah warm up ala kadar, aku pn selamat menjalani hampir kesemua ujian dan beberapa ujian tidak dapat diteruskan kerana tiada percubaan kali kedua diberikan. Dala aku ni agak slow, org pertama plak tu.. so kesimpulannya aku x dpt tangkap teknik utk membuat ujian pertama tersebut.. Ohh 3rd bad luck~ tp yg penting aku berjaya menamatkan 2.4 kilo dgn masa 18.40s yeyy!!

Hari ini, giliran Kak Ya alhamdulillah die berjaya melepasi UJKJ dan sedang menunggu utk ditemuduga sekarang. Menurut beliau, panel mengatakan 900 calon telah dipanggil utk mengisi hanya 73 jawatan kosong di seluruh Malaysia dan 20 daripadanya kuota utk wanita. Hmmm.......

So kwn2 yg terpilih utk menjalani UJKJ ni; Tracy, Zaina, Kamariah, Cemong, Shila dll. All the best and Good Luck. Semoga kalian menjadi 73 org yg bertuah tu. Tuah ayam nmpk di kaki, Tuah sendiri sape yg tahu...

p/s: Sebelum kita nk uji seseorg dgn UJKJ, make sure kita sendiri fit utk buat UJKJ tersebut.. Jgn smpi nk buat demo pn x lepas. Sape? Lu pk la sendiri...

ein

o_O

Monday, November 10, 2008

Rindu.....

Kerja dan penyakit seakan kembar siam plak pada era serba canggih ni. Makin kuat seseorang tu bekerja, semakin banyak la penyakit yang akan dihidapi nnt. Kenapa? X percaya? Lihat jer statistik penyakit jantung di kalangan bwh umur 40an. Ianya semakin meningkat saban tahun. Itu yang agak ekstrem kate mereka. Ok lihat jer berapa ramai yg mhidapi penyakit migrain pule atau penyakit gastrik.. hehe seperti terkena batang hidung sendiri puler..

Kata emak, "orang2 sekarang ni mkn makanan yg kurang berkhasiat dan peluh pn jarang2 sgt dikeluarkan.. mcm mane la bdn nk sehat kalu x bersenam atau beriadah untuk menyahkan toksin.." Hm beriadah... Rindunya aku pada zaman belajar dahulu.. Plebagai xtvt rekreasi luar yg kupelajari.. yg mendekatkan ku dgn alam.. yg mengajarku erti persahabatan.. Time stres2 boleh mencari air terjun yg dinginnya bisa menghilangkan segala kekusutan buat sementara waktu sambil dihiburkan dgn nyanyian unggas rimba di balik dedaunan dan pohon nan menghijau..


Ahh~~ kalau tak dpt ke hutan, kt kg ku pn bisa mendamaikan jiwa... melihat pak tani membajak sawah, anak kecil mengail ikan di bendang dan boleh pegi kebun ambil ulam2an.. Kalau rajin lagi, boleh g lepak2 kat bawah pokok2 di batas ban sana nun sambil mengadap Gunung Jerai yg tersergam gah di depan. Mana tahu terserempak ngn Abg Sham yg sedang menjala kat parit, dpt gak bwk blk ikan haruan atau keli free ikan puyu komfem belambak hehe...




Friday, November 7, 2008

Kenali Si Bangsat 'FITNA'


Assalamualaikum...
Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.

Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel.. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.
Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.
Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.
Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.

BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH - DON'T BUY!!

1. Dutch Lady - Susu

2. Ferrero Roche - Coklat

3. Wall's - Ais Krim

4. Ing -Insurans

5. Planta -Magerin

6. Lady's Choice -Magerin

7. Lipton -Teh

8. Shell -Minyak

9. Knorr -Perisa Makanan

10. Dove -Mandian

11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan

12. Radiant -Deodoran

13. Rexona -Deodoran

14. Ponds -Produk Kecantikan

15. Kieldsens -Coklat

16. Slimfast -Produk Pelangsing

17. Lego -Kismis

18. Philips -Barangan Elektrik

19. Duyvis -Makanan Ringan

20. Gouda -Keju

21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian

22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian

23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian

24. Labello -Lip Balm

25. Pickwick -Teh

26. Venz -Mentega Coklat

27. Kinder Bueno -Coklat

28. Unilever -Syarikat

29. Dumex -Susu Tepung

30. Nutricia -Susu Bayi

31. Sunsilk -Shampoo

32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan

33. Lux -Mandian

34. Vaseline -Lip Balm

35. Cif -Pencuci Lantai

36. Surf -Pencuci Kain

37. Wishbone -Pencuci Kain

38. Doriana - Keju Krim

39. Bertolli -Minyak Masak

40. Clear -Shampoo

41. Breeze -Pencuci Kain

42. Sun -Pencuci Kain

** Kuasa di tangan kita..

ein o_O

Sunday, October 26, 2008

Kembara Malam

Aku ini kembara malam
Kilat senja lintas lalu
Laut masih berbunga karang
Gunung masih dipeluk kalbu
Pelangi terbit di hujan panas
Kembara malam adalah aku
Terpekik tangis anak
Pada ibu kering susu

Kembara malam
Sebuah lukisan usang
Di sebuah bilik kelam
Disaluti sarang lelabah
Terbiar
Tanpa puja..

Pada semua kembara malam
Pernahkah kau melutut
Pada dada sejadah usang
Dan merayu padaNya
Supaya segala dosa-dosamu diampunkan
Atau kau lebih redha
Berselaput dosa sepanjang masa?
Dan
Aku ini ibarat si buta
Teraba-raba mencari sejalur cahaya
Yang entah bila akan menjelma.

by Puteri Chandan @ Arca Di Cermin

Monday, October 20, 2008

P.E.A.C.E??

Jumaat lepas aku harus pulang menaiki tren kenapa lg kalu bukan kerana suamiku outstation.. Pasti ramai yg kan bertanya kenapa aku tidak membuat lesen memandu. Sudah sahabatku, aku adalah pemegang lesen P terhormat kata suamiku huhu.. Hm bukan tidak mahu memandu tetapi tahap keyakinanku masih belum utuh.. Hm bolehkah itu diterima sbg alasan? haha.. sebenarnya aku..tidak gemar memandu.. maceh shilawati md khairi ;) ko lah driver terhebat di abad ini selepas rashid.

Hujan pada petang itu menyebabkan aku terpaksa pulang agak lewat itupun kuredahkan jer walau rintik hujan masih turun membasahi bumi.. Keluar dari bangunan pejabat, bunyi lagu R&B yg sgt kuat telah menghambat pendengaran ku.. dtgnya tentulah dr speaker di pentas yg telah tersergam gah di hujung stadium manakala khemah putih kelihatan berbondong2 di sepanjang jalan menuju ke stesen lrt.. Oh mlm ini 'pesta' meraikan 'GLOBAL PEACE' bermula selama 3 hr berturut2..Pasti meriah mcm2 jualan ada produk kecantikan Ella pn ada pendek kate mcm2 aderrr... Kalaulah majlis festival agama ingin diadakan sebegini gempak, tentu sukar nk mendapatkan sponsor dan sambutan *grin*

Waktu menunjukkan hampir suku jam ke 7 sewaktu aku singgah membeli kueh utk bekalan perjalanan nnt. Maklumla naik tren mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah utk smpi ke rumahku kene la bwk bekal sikit takut gastrik menyerang. Lalu aku decide utk duduk minum di gerai tersebut sambil membaca novel penulis kegemaranku; Ramlee Awang Murshid sementara menunggu utk bsolat Maghrib di surau berhadapan dgn gerai.. nnt tak perlu lagi terkocoh2 mencari surau..

Azan Maghrib telah kedengaran tp yg menyakitkan hatiku bunyi2 lagu fengtau masih kedengaran kuat seakan2 ingin menandingi laungan seruan azan pd waktu itu.. Agar org2 muslim tidak mendgr seruan2 memanggil mereka ke arah kebaikan dan kejayaan, MasyaAllah. Kodok Pisang betol! Tanpa menghiraukan muzik2 tersebut imam masih meneruskan solat jemaah Mahgrib.. Selesai solat muzik terhenti seketika sangka kami mungkin mereka baru sedar akan apanya waktu ini. Namun ternyata semuanya meleset tatkala muzik mereka bergema lagi!! Ditambah pula remaja2 yg telah mula melepak di tepi2 surau dan menjerit tak tentu pasal mcm org xder akal. Nk mengorat anak dara org pn dik, jgn la di tepi surau time Maghrib pulak tu.. Hm anak2 zaman sekarang.. dan doaku moga mereka2 yg telah berbuat onar ini dibuka pintu hati mereka dan dijauhkan daripadaku dan keturunanku..

Keluar dr surau ku renung banting2 yg mempromosikan kempen ini.. Global Peace.. Hm sudah amankah kita?

Tuesday, October 14, 2008

CARoscope

Forget abt horoscope now u can use caroscope to read wat kind of person are u.. ;b

Perodua MyVi – You are kind of person who can easily be influenced by your friends. Plus, you are energetic and young. But, if you are 50's and driving this car, it is a sign of mid-life crisis.



Naza Citra – You don't really care about current fuel price.



Proton Perdana V6 – Err..Are you a government servant?



Proton Saga BLM – You are a great family guy and loves to travel with your family. If you are female, it's a sign that you have a lot of shoes (in the boot)



Proton Satria Neo – You want to be cool but you don't have enough money for it.



Naza Bestari – You think you are different and unique but you are not.



Perodua Kenari – You are kind of person who hates Perodua Myvi just because your enemy owned it.



Toyota Avanza – No, no. You don't have to tell me about your age. I know your are 45 years old and your fifth child is 9 years old.

Toyota Prius – You got some money and a smaller brain too.

Proton Savvy – You are a gay.

He he..



Borrowed from Mr5zal - CARoscope ;)

ein cars
o_O

Sunday, October 12, 2008

Menyahut Panggilan Ilahi

Semalam nenda mertuaku telah selamat disemadikan di Pusara Aman pada jam 12.30 tgh. Saat kami menerima berita itu pada pagi tersebut, entahkan iya entahkan tidak jer berita itu. Ramai yg anggap berita itu semacam gurauan 'kelakar2 seram' di pagi hari. Kakak iparku yang tinggal di kawasan ini turut mempertikaikan berita tersebut katanya "Nenek siapa? Nenek aku sihat.."

Manakan tidak, Cik Yah baru mlm tdnya dtg ke uma emakku daripada uma nenek membawa duit kueh raya yg nenek 'beli' daripadaku. Walaupun telah ku berikan aje kueh tersebut, nenek tetap nk bayar. Nenek yg berusia lingkungan 80 thn tidak pernah mengadu sakit demam apatah lagi mempunyai penyakit2 kronik yg lain. Penglihatan dan pendengaran masih jelas "'alhamdulillah' katanya".. Cuma kadang2 kelihatan juga koyok kecil di kiri dan kanan kepalanya. Menurut Cik Yah nenek xder tunjukkan apa2 tanda sakit pun, spt biasa duduk2 borak dpn tv bersama2. Sbb itu, Cik yah pn pulang ke rumahnya tanpa menyimpan perasaan yg kurang enak.

Pg tu, pkck yang tinggal dgn nenek yg memaklumkan kepada adik beradiknya yg tinggal berhampiran. Si kembar yg dtg menyampaikan kepada mak di sini dengan air mata yg bercucuran sambil mengayuh basikalnya. Nenek kembali ke rahmatullah tanpa anak2 di sisi. Tetapi itulah hasratnya dan ianya telah termakbul walaupun anak2nya merasa ralat dan terkilan. Mujur kami dan abg yg bekerja di Spore sempat beraya pertama bersama nenek tp tiada seorg pn drpd kami yg teringat utk mengabadikan kenangan bersama nenek walaupun masing2 membawa kamera!

Aku tidak igt akan kasih syg seorg nenek kerana nenekku yg terakhir meninggal dunia ketika aku baru melangkah ke alam persekolahan dan nenek mertuaku inilah tempat ku bermanja dan merasa bagaimana seronoknya mempunyai seorg nenek. Semasa perkahwinanku beliau yang jarang 'turun' turut mengikut rombongan pengantin ke rumahku untuk melihat kami walaupun majlis di sebelah lelaki akan diadakan pada minggu hadapan. X sabar katenyer. Setiap kali kami bertandang uma nenek mest puas diusik kami dan bahagia rasanya tatkala melihat nenek bgelak ketawa bersama kami. Kalau dipeluknya kami, dipeluk bersungguh2..~

Semoga Allah SWT yang Maha Menyayangi mencucuri rahmat ke atas rohmu dan menempatkanmu di kalangan ahli2 syurga.

Al-Fatihah

ein
O_o

Thursday, October 2, 2008

Masih Berdua

Syawal menjelma sudah.. Hari yg berbahagia ini tetap disambut dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan.. Itu aspek utama bak kata abg Zaini. Apapun yang kita buat, mesti kene meriah! huhuhu~

Raya tahun ni di belah en asben memang meriah walaupun kata mereka tahun ni kurang meriah ckit tapi bgku, ini pn da cukup meriah. Yelah dibandingkan beraya di 'Kota Batu' yang lengang; jln raya dpn uma tu boleh men baring2 lagi.. sanak saudaraku puler sume di kg, pastilah beraya di sini lebih terasa rayanye. Sanak saudara x henti2 bertandang. Mujur mereka turut bertandang ke uma kakak & abg di sebelah.. Jika tidak, 'selak2 orang, baru nmpk jalan'.. Haha.. Perumpamaan ini hanya mereka dan keluarga mereka jer yg tahu..

Spt biasa, ramai yg memuji lemang uma mak ni.. Bukan dibeli tau tp dibuat oleh adik beradik dan pakcik en asben; adik ipar tlg idupkan api jer huhu~.. Mungkin rasanya x setanding lemang bonda or King of Lemang tp x segan la untuk diberikan kepada saudara mara dan jiran2.. Boleh bikin bisnes jugak tu... ;b

X lengkap jugak sambil2 masak lemang tu x diiringi bunyi meriam warisan Wak Ramli tu.. Tapi sekali da main, pasti giannya dtg menderu2.. Ish2 kanak2 jgn men meriam boleh ketagihan dan BAHAYA!!

Dalam kemeriahan ini, sesekali terbit rasa sayu di hati.. Kemeriahan ini sepatutnya digandakan dengan kehadiran insan baru dalam hidup kami.. Namun Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.. Dan sesungguhnya DIA yang lebih berhak ke atas tiap sesuatu. Kata org tua, sudah ada yg mendoakan kami di Syurga InsyaAllah..Moga kami sentiasa dirahmati dan diberkatiNYA..

Buat semua umat Islam di seluruh dunia, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mohon Maaf zahir dan Batin.

Maka, nikmat Tuhanku yg manakah yg ku nafikan?


Teknik memasukkan daun pisang ke dalam buluh

ein
o_O

Thursday, September 25, 2008

Tribute to Allahyarhamah Maizatul Akmar Khairuddin

yaya, ila, aku, dee, MAI, nisa, zehan


Bulan ni genap la 5 tahun kwnku, Mai meninggalkan kami. Sape sangka dalam usia yang masih muda, sedang mendaki menara gading, telah dijemput kembali ke pangkuan NYA. Innalillahiwainna ilaihirojiun..

Mei 2001
Seksyen 1
Shah Alam

Masa mula2 kenal di Sem 1, kami 1 kelas. Mai agak trendy n join dgn geng2 'vogue' dr Shah Alam; yaya dan azreen. Segan pula tgk geng diorg ni sbb penampilan ku sering kukategorikan sbg simple & 'comot' haha. **Aku suke pd natural beauty**.

Jun 2002
Stadium Shah Alam

Apabila tiba Part 3, kami diberi pilihan utk memilih major masing2 dan disinilah 4 orang drpd kelas A td disatukan kembali dalam kelas tunggal SR112; Aku, yaya, Mai dan Mira. Kami sepakat untuk membantu satu sama lain sekiranya menghadapi masalah. Sape sangka aku,yaya dan mai semakin rapat tetapi mira telah mempunyai klik yg merupakan hse matenya. Mula2 rase kekok plak sbb setahun sebelum ni mmg x rapat ngn diorg tp rupanya2 xderlah vogeh sgt diorg ni huhu~.. Mai yg kukenal mmg manja dan loving semua org dipanggilnya 'sayang' hingga ada yg terperasan sendiri lar.. Mula2 kami rapat tu rasa menyampah pn ada gak.. tp itulah sifat dia bukannya dibuat mcm2 sesetengah orang. Lamer2 satu kelas kami pun smpi terikut2 memanggil satu sama lain dengan panggilan 'sayang' dek kerana nk mengusik Mai.

Kemudian klik kami bertambah lagi dengan adanya Omri Faez dan Cat Mukrim. Makin meriah dan seronok puler belajar di universiti. Hm sebenarnya sudah lama aku tidak mempunyai kwn2 yg betol2 rapat seperti mereka. Itu belum lagi di kira dengan semua classmate, makin bergegar Stadium Shah Alam tu dibuatnya. Budak2 kelas kami mmg sempoi abis smpi kebanyakan lecturer percaya kami tetap kan bersatu smpi biler2. Terima kasih SPORTREC keranamu kami mula mengenali apa itu kawan! Itulah kenangan terindah yg akan terpahat dlm hidup aku smpi akhir hayat. Salute u guys!

September 2003
JBS Kg. Pandan
Kuala Lumpur

Hari tu hari Sabtu.. Aku sepatutnya pulang ke rumah biasa la hujung minggu x betah rasanya utk tinggal di asrama. jam menunjukkan pukul 7.10 pg dan aku br nk lelapkan mata setelah berjaga semalaman. Tiba2 hp ku berdering dan kedengaran suara yaya teresak2 di talian sambil ckp 'ain, mai da xder' lalu terus menangis. Setelah memujuk yaya kami berjanji jupe di uma Mai di Seremban. Tuhan jer yg tahu perasan ku sewaktu tu.. Betapa ralatnya aku seperti tidak ketahuan. Sebenarnya sebelum aku menjalani latihan praktikal, klik kami menghadapi masalah 'keluarga' sedikit.. 'Ya Allah tabahkanlah hatiku'. Lantas ku trus bgn dan meminjam bj kurung Dot kerana bj2ku belum dibasuh, igt nk bwk blk basuh di rumah. Hmm baju Dot begitu besa dan agak labuh dibadanku tp pedulikan tu sume hasratku satu.. Ingin ke Seremban segera. Pelbagai rintangan tiba2 menjelma namun hasratku tercapai jua...Alhamdulillah.

Seremban
Negeri Sembilan

Kwn2 sudah ramai yg tiba dan menanti smpi ke luar utk menyambut jenazah arwah yang dijangka tiba selepas zohor..Suasana sayu menyelubungi indahnya pada hari itu.. Tiada sapa bisa menduga hari kematian yg wajib dijalani setiap yg hidup. Meniti usia 23 tahun, mai da bertunang dan akan melangsungkan perkahwinannya selepas grad pada tahun depan. Teringat kisah mai yg x dpt mengikuti kami ke gunung belumut x silap kerana telah menetapkan tarikh 'bertandang' pada waktu itu. Kononnya ingin berahsia akhirnya terbongkar jua.. Namun Tuhan Yang Maha Kaya lagi Bijaksana lebih menyayanginya lalu dijemput ajalnya pada malam tersebut kerana kemalangan kereta bersama tunangnya tetapi nasib tunangnya sedikit baik apabila dapat diselamatkan dan dirawat di ICU. Azan Zohor berkumandang dan van jenazah telah kelihatan dari jauh. Terpalit rasa pilu.. laungan azan seolah mengiringi jenazah ke rumah. Esakan dan tangisan sudah mulai kedengaran. Ralat rsnya tidak dpt mencium wajah arwah bimbang airmataku yg x ingin berhenti 'menyeksa'nya..

Aku x dpt mengiringi jenazah ke perhentian terakhirnya kerana terlalu penat dek tidak tidur semalaman. Hanya Al-Fatihah dan bacaan Yasin ku sedekahkan buat arwah. Moga rohmu berada di samping mereka yg terpilih dan dicucuri rahmatNYA ke atasmu.

Al-Fatihah

Every step i take
Every move i make
Every single day
Every time i pray
I'll be missing u..
We miss u so much

ein O_o

Tuesday, September 23, 2008

Baca Horoskop, Solat Tidak Diterima Selama 40 Hari

Jika anda pengguna internet, tidak lengkap jika tidak mempunyai emel dan menerima pelbagai info yang saban hari berbondong2 hingga tak terlarat nk membuka kesemuanya.. Kalau lah ia merupakan surat yg dipos, pasti da berguni2 hehe. Di sini suka ku lampirkan salah satu emel yg kuterima utk kita kongsikan bersama. Moga kita mendapat sesuatu daripadanya. InsyaAllah~

Petikan Emel:
"Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.
Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.
"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.
Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.
Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.
Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.
Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.."

Renung2kan dan selamat beramal..

ein o_O

Thursday, September 18, 2008

Kalif Ismail

Haa kawan2 masih igt lagi dengan sorang budak lelaki ni yg selalu pakai seluar baggy and key kat kepala then bwk beg besar mcm guni? Ala yg selalu ngn best fren die Amir tu.... Yezza he's Kalif Ismail now doing his master in Switzerland, if im x mistaken :b . Anyway he did tell me how he really mish us as he wanted to come and join us so much on dat day but of course he cant. So he gives this web which he's been using it to upload his latest pics for us to noe 5W1H he is doing over there. So guys, do check it out if u mish his "BEB" or if u hv forgotten who is this KALIF anyway? Duhhh~

Click Here to check it out -->> Kalif Ismail

ein O_o

Wednesday, September 17, 2008

Resipi Daging Blackpepper

Da 17 hari kita berpuasa, mesti selera da x 'setajam' waktu hari pertama berpuasa. Ada pula yg smpi x tahu nk mkn apa dan mkn sekadar utk berbuka shj. Buat yg selalu terkandas dalam trafik jammed dan tiba lewat ke rumah (mcm aku), di sini ada resipi yg mudah n sempoi giler utk dimasak walapun di saat2 nk berbuka. Serbuk lada hitam digunakan utk meng'kick'kan lg masakan ni di kala lidah seperti sudah 'tuli'. Berani cubalah. Anda pasti suker~ -^_^-

Bahan-bahan :

500 gm daging lembu (potong kecil dan nipis)
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung (bancuh)
1 cawan air
2 s/b lada hitam (tumbuk)
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

Bahan Tumis (MAYANG / HIRISKAN):

5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan Hiasan:

2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang (potong 1 inci)
1 biji tomato (belah 6)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.


Selamat Mencuba
ein O_o

Tuesday, September 16, 2008

Headache

Pg td igt da terlewat giler untuk bersahur kelam kabut aku bgn terus ke dapur masak air dulu papehal pun. Then tgk jam da dkt jam 5pg. Mak ngn kakak aku yg kebetulan dtg dgn anak2 dia drpd Kuala Selangor pn br bgn.

Lepas sediakan apa2 yg patut utk dibuat sahur, kepala aku rasa sakit sgt sbb bgn mengejut td.. Aduiii ni yg x tahan ni.. Rasa sakit pala ni seakan2 migrain.. smpi x leh buka mata rasanya.. Skang ni pn mata da berair2 kalu mengadap pc lama2.. Tula, mmg ada pesanan dari para bijak pandai kalau bgn tdo jgn terus berdiri, bgn perlahan2 then duduk kejap sebelum kita berdiri dan bergerak. Skang sapa yg sakit? Aku dan diriku juger..huhu~

Time2 skit pala ni kalau dpt tgk cite Afdlin Shauki mmg bleh hilang jap la sakitnyer ni. Tak sehat pn sanggup ke panggung. Mmg la nnt bleh beli dvd or komfem kua kt tv setahun dua lps tu. Tp perasaan tu x sama ngn tgk kt panggung; tv besar + sound system yg canggih hehe.. Filem br abg Afdlin 'Los dan Faun' akan berada di pawagam (ayat skema) pada 4 Disember 2008 ni. Nk tgk tailer die bolehlah layari laman web www.losdanfaun.com. Marilah kita sama2 penuhkan panggung citer Melayu dan secara x langsung meningkatkan produktiviti industri seni tanah air kita. Asyik penuhkan panggung citer mat saleh jer mcm maner produser Melayu yg berkaliber (x semua produser yg mempunyai kekaliberan.. mcm.. Lu pk la sendiri) nk mempunyai modal untuk menghasilkan filem yg lebih berkualiti di masa hadapan.. Walhal citer mat saleh tu pn belum tentu best walapun kosnya gemmpakk. Think abt it.



Headache me
ein o_O

Monday, September 15, 2008

Bengkel Poco-poco



Bengkel kat PD pn da abis maknanya bertambah lg la keje aku yg perlu diselesaikan. Semua nk ad hoc plak tu. Hm baki bayaran reunion hari tu pn perlu diselaraskan juga. Maaf ya, InsyaAllah sebelum Raya AidilFitri aku bank in duit korang.

Bengkel kali ni lebih santai daripada bengkel2 yg pernah kuhadiri sebelum ini. Walaupun ditugaskan di bahagian teknikal; setting lcd & presentation, tetapi x derlah seberat tugasan di bengkel lain sebelum ini. Tugasan ini mungkin adalah kerja hakiki unit aku semasa bengkel kot since department ni xder pegawai atau kerani ICT melainkan ketua unit aku yg terel gak la psl ICT ni. Paper gadjet rosak mesti minta die tlg. Salute. So nk xnk aku pn kene la terel dlm bidang ni juger. Unit kami ni nama besar tp pekerjanya 2 org jer, aku dan bos ku. Promote ckit~ "Sabahan nur bos.." huhu~

Mlm terakhir kami di sana, kakak2 ni bleh plak buat 'bengkel' poco-poco la plak lps tamat taklimat mlm tu. Sape lg instruktornyer kalu bukan Sarjan Rahim. Lan pun bleh tahan juga ada steps tersendiri. Itulah pertama kali aku tgk tarian poco-poco dan belajar poco-poco. Funny to noe dat i was so backdated but who cares haha.. Ok, a lil bit abt this dance as explained by Sarjan Rahim, Poco-poco has started long time ago back in 70's or 80's. It is supposedly a pairing dance which the partner are husband and wife and tremendously getting popular at function such as Joget Lambak; which is very popular in Malay Wedding function.

Recently, Poco-poco has become one of the most popular exercise leaving earobic exercise one step behind especially among the seniors citizen. It is so simple without the coreographing steps, only u need to repeat the same steps all over the time but yet can really made u sweat. If u dun believe me try it urself.

p/s: Dun forget to warm up 1st.


Bengkel Poco-poco

Currently listening to poco-poco by yopie latul while massaging my feet huhu~

ein
o_O

Friday, September 12, 2008

Iltizam's Gathering Sequel

Pertama sekali mohon maaf pada kwn2 yg bertanyakan mengenai 'slideshow' Kenangan Iltizam 2001-2004 dan gambar2 pada mlm bersejarah tersebut. X sempat lg nak upload dlm FRIENDSTER and all. Sekarang ni aku sedang menghadiri bengkel di PD. Maklum ler nk hujung2 tahun ni pelbagai aktiviti dan program akan diadakan sebagai 'review' dan perancangan utk tahun depan.

Di kesempatan ini aku rasa masih belum terlewat nk ucapkan berbanyak terima kasih kepada kwn2 dan lect yg sudi hadir pd mlm tu. Especially to Tracy yg awl2 lg da book flight bile tahu psl reunion ni. Dat was 1 of the reason i couldnt extend our reunion since i dun wanna make our fren lost her money for nothing. Basri plak mmg awal2 lg da semangat nk trun dr PERLIS and came downtown 1 day earlier to make sure he got his bestest look on dat nite. Lebih mengharukan apabila kami turut mengetahui DJ Fazli a.k.a Padu sanggup tuka sched keje die di saat2 akhir krn reunion ni.. Oso Ain Ismail yg 'ponteng' sekolah trun dr PENANG (Yg lain2 jgn ikut ni). Abon dtg terus dr MELAKA setelah amik FEEDA di Seremban, walaupun agak lmbt sedikit namun ttp menambahkan kemeriahan majlis ni.

Byk ucapan tahniah dan terima kasih yg kami terima. Namun sesungguhnya kejayaan majlis ni bukanlah kepada warga organizer shj tetapi kepada korang juger.. Tanpa korang, x mungkin majlis ni akan success. So Terima Kasih dan Tahniah buat korang juger..Buat yg x dpt dtg, jgnlah terus 'menghilangkan' diri. Thx kerana telah membantu secara langsung atau tidak langsung.

Moga gathering yg seterusnya dpt diadakan lg. Tp kali ini, kita mohon geng Gadises or Teruna Tegar la yg organize puler.. Pasti lebih meriah kan ~ huhu~


ein o_O

Monday, September 8, 2008

Iltizam's Reunion Dinner

Ptg tu, hujan dari tengahari tidak henti2. Jalan melalui Federal pulak jammed..Mula la sakit kepala ni.. Arghh migrain.. Lame betol x kene migrain sejak tuka department ni.. Sakit betol kepala ni tp x berdenyut2.. En asben suh lelapkan mata sementara nk smpi hotel.. Entah berapa lama ku terlelap tp kami masih sangkut di Federal, rupanya ade xcdnt antara lori dgn lori pasir. patut la pun.. apalagi yg bisa buat jln jammed selain xcdnt.

Sesmpi di hotel jam menunjukkan dekat pukul 6 ptg. Nasib baik dpt book VIP parking daripada En. Nain x pyh susah2 carik parking lg. Kebetulan Ila ngn hubby die pn br smpi, terus dia, Rahim (Ila's hubby) and En asben setlekan apa yg patot kt dlm dewan tu. Thx Rahim sempat jd urus setia yer.. Baik orgnyer ni.. rajin, peramah untung la sapa jd bini dia haha Ila jgn senyum lamer2.. Aku plak apalagi sebok dgn urus setia2 pendaftaran yg di import khas utk majlis ni buat aper yg patot..Briefing n all :b

Cemong and Yaya came with the fam and 2 org 'ketot'. Presenting 'The Gadises', who came together2 were O'in, Cheq & Tracy nek belon dari Sandakan woo.. Nurul spt biase la Bendahari tetap all program and Farkha came with sumbody jeng jeng jeng.. Thx Che Wan a.k.a Intan coz sudi join the partey.. Kalu Farkha x anta blk mlm tu bgtau k. Tshee, burfday gurl hadir striking hari ni dgn baju kurung hijau pucuk pisang tanpa suami kerana kerja, nk sambut bersama kwn2.. Syukur suami memahami dan mengizinkan begitu juge dgn Intan. ~ Meanwhile 'The Teruna Tegar' were Chedut, Ghadap, Zaki, Cat Mukrim, Azroi, Azrul, Basri and Megat Kusyairi came all alone..huhu kater masing2 nk bwk teman.. Takut ker??? B)

Couples getting married are Haidan & Ain Ismail, Abon & Feedot pn dtg tp xder kad jemputan lg tau. Couples already married are DJ Fazli a.k.a Padu (Selangor Fm) dan isteri, Zana.

Antara bekas lect yg sudi hadir Kak Anna a.k.a Puan Rezi, En Badrul a.k.a Cebad dan En. Arshad a.k.a Abg Ars huhu sorry yer en. Arshad gurau jer.. Hm.. sedih juga biler lect yg byk mengajar kami psl outdoors ni, tentunya En Syam, tidak dpt hadir kerana terpaksa menghantar sepupunya ke KLIA pada hari yg sama. Begitu juga dengan sahabat2 yg telah setuju utk hadir namun tiada khabar hingga di saat akhir.

Menambahkan migrainku, adam ex-SR13 yg akan hadir sbg photographer turut tidak dpt berbuat demikian di saat-saat akhir kerana ada review katernyer tp akan cuba mencarikan pengganti. Ahh sudah.. kwn2 da dijanjikan dengan sesi fotografi daripada cameraman handalan terpaksala gunakan adik2 pendaftaran untuk jd camera girl yg x bertauliah..

Majlis bermula dengan bacaan doa berbuka oleh DJ Padu. Kemudian En. Arshad dijemput memberikan sedikit ucapan diikuti persembahan slideshow Kenangan Iltizam 2001-2004. Walaupun persembahan 'slideshow' x sepenuhnya seperti yg kuharapkan, namun ku tahu Rashid & Ila telah berusaha membantu.. Mujur kwn2 yg hadir semua terhibur dan berterima kasih kepada organizer. Mereka memamahami beban kerja masing-masing dan tabik spring sbb dlm kesibukan kerja dan rumahtangga, kami sempat organize reunion ni..yg penting kata mereka adalah perjumpaan ini dan bukanlah perkara selainnya..

Namun ralat di hati apabila tidak dpt membuat 'Tribute to Allahyarhamah Maizatul Akmar Khairuddin, Mei 1983 - September 2003' kerana masalah teknikal yg dihadapi sewaktu itu.

Perjumpaan yg hebat ini berakhir sekitar jam 10 mlm namun masing-masing spt berat utk melangkah pulang. Perasaan rindu masih belum terlepas, byk cerita belum 'digali', byk tawa belum dikongsi. O'in aku x sempat usik telinga ko. Apakan daya masa mencemburui kita tp walau sejauh mana masa berlalu kita tetap ILTIZAM.. Walau kerja disanjung tinggi kita tetap ILTIZAM.. Walau beranak smpi 10 pn kita tetap ILTIZAM kan x kan berubah hahaha!! Jgn poyo2 and kontrol2 cun.. Bdk sport mmg..'selekeh'~ :D

Sesungguhnya yg kurang itu daripada kami warga organizer; Ain, Rashid, Ila, Tshee, Cemong, Yaya & Nurul dan yg baik itu daripada Allah SWT.

meja pendaftaran yg busy

Taraa~~

Masih tak berubah huhu..

:: Together We Have Made It Happened ::

ein
o_O


Friday, September 5, 2008

Keladi Bunting Lagi???

Ramai rupenyer komentor2 blog aku yg x bdaftar ni.. Alhamdulillah walaupun diorang x komen kat page aku, tandanya ada jugak la org yg sudi baca blog aku nih.. *grin*

Dlm byk2 yg komen tu, byk jugerla yg tanya "keladi bunting tu mcm maner rupenyer?" Ish3.. kadang2 rasa kesian juger dgn org2 yg dok di bandar ni.. apatah lagi biler mengenangkan tumbesaran anak2 yg tidak terdedah dgn alam semulajadi selain daripada teknologi yang semakin canggih dan aktiviti-aktiviti sosial.. Minta2 la dijauhkan daripada aktiviti yg melampaui batasan agama.. Nauzubillah. Bukanlah ingin mengutuk atau membuat sesiapa terasa kerana aku sendiri membesar di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur.. tetapi inilah realitinya.. Apabila Arissa, anak buahku meminta ibunya membeli cempedak goreng, "Mak nnt belikan adik yg mcm goreng pisang yg ada biji besar tu".. Terpinga2 kami sekeluarga mendengarnya.. 'goreng pisang yg ada biji besar???' Hahaha.. kelakar tp kita yg besar ni pasti terasa sesuatu.. Kalau anak pokok kelapa sawit dikatanya pokok nenas.. Jgn smpi pokok padi pun x kenal da parah lah tu..nasib baik famili2ku masih mempunyai kg halaman untuk kami 'berkubang'.. Mcm aku.. pokok durian smpi skang pn susah nk dikenalpastikan huhu..~

Nah~ Disini ku attachkan pic KELADI BUNTING dan POKOK DURIAN untuk tatapan korang..




Keladi Bunting



Pokok Durian

gambar ehsan Cik Google

ein
o_O

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Al Mubarak 1429

Alhamdulillah hari ini umat Islam seantero dunia telah mula menjalani Rukun Islam ke 3. Tanpa dapat kita lengahkan sesaat pn ia akan pasti tiba jua. Tahun ini, insyaAllah akan jadi Aidilfitri pertama aku di belah suami.. Hm berdebar2 juga ni pasti Kak Ida da menantikan ketupat palas daripaku memandangkan belah mereka 'famous' ngn lemang. Famili aku plak mmg x bleh tinggal ketupat palas... Hoho puasa baru bermula setengah hari da sebok berbicara psl raya puler.. Huhu~ Gitulah biasanya kalu da menyambut Ramadhan pasti terus akan bukak topik raya. Kueh raya dan baju raya komfem da disebok2kan sebelum raya lagi. Tempahan awl mmg perlu dibuat sebelum raya, kalau x, x berayalah kita.. Kemudian masuklah langsir, tikar getah, perabot raya pn ada.. x pecaya? Pegilah Court Mammoth Cheras pasti byk perabot 2nd hand selepas raya. Katernya org x mampu da nk byr, tp mungkinkah org tu mmg sengaja x nk byr.. nk melaram semasa raya kemudian habis raya dibiarkan pihak Court tarik balik. Hai dalam dunia ni yg haru biru skang ni mcm2 org ada..

Kesempatan yg datang setahun sekali ini, usah dibiarkan berlalu begitu sahaja.. Penuhi ia dengan xtvt yg x akan kita isi atau susah la nk isi di bulan2 lain seperti Terawih dan Tadarus. Memang susah ckit nk panaskan 'enjin' ke surau awl2 ini, tp jika x sekarang, bila lagi?? Bak ceramah Ustaz Akhil Hayy pada 28/08/09 lepas.. "Mungkinkah Ini Ramadhan Terakhirku?"

Renung-renungkan dan Selamat Beramal

ein
o_O

Wednesday, August 27, 2008

Selamat Pulang Wira Negara

Alhamdulillah berakhirlah sudah sukan 4 tahun sekali, Olimpik Beijing 2008 pada 24 Ogos yang lalu. Pada dasarnya, Malaysia berjaya mencapai sasaran pingat walaupun menduduki tempat ke 69. Tahniah buat atlet-atlet kita yang turut berjaya mencapai sasaran masing-masing. Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang pingat namun semangat yang ditonjolkan amat penting buat sekalian rakyat Malaysia yang menyaksikan dan mengharap agar kejayaan dapat menjadi milik malaysia. Namun, "GAGAL tetap GAGAL. Tiada istilah GAGAL dengan bergaya" kata Menteri KBS, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Sekalung tahniah buat Lee Chong Wei dan Misbun Sidek yang bakal bergelar Datuk dalam masa terdekat ini. Kejayaan kalian telah menghentikan kemarau pingat Olimpik sekaligus menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Kontinjen Malaysia telah selamat tiba pada Hari Isnin jam 3.15 petang di KLIA. Ramai pegawai dan atlet yang telah pergi menyambut wira-wira negara ini di sana bersama para wartawan. Selain menyambut, ada juga yang tolong membawa peralatan mereka yang bukan sedikit ke kenderaan, dapat la juga menabur jasa pada atlet kita yang telah menabur jasa pada negara. Dalam pada tu, bleh la tumpang-tumpang masuk dalam gambar yang di'snap' oleh wartawan haaa mcm En. Azlan kita sorang ni.. Suke betol dia apabila terselit gambar beliau secara tak sengaja sewaktu sedang menolong para atlet kita. Kata beliau, "Masuk TV kejap jer, masuk paper smpi biler2 pn ader" bila terdapat usikan daripada kami. Selepas itu, telefonnya x berhenti2 la berbunyi.. Glamer masuk paper la katakan.

'Jangan Pandang Belakang'


Kejayaan seseorang atlet melambangkan orang-orang di belakangnya, maka teruskan usahamu tanpa jemu dalam menabur bakti kepada negara. Kerana kepadamu seluruh rakyat Malaysia kan bergantung harap agar dapat membuka mata dunia melalui persada sukan.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Proud to be Malaysian
ein o_O

Tuesday, August 19, 2008

Happy Birthday & Happy 1st Anniversary


Last 15th August was my burfday.. Should i wish happy birthday to my ownself?? ohh dat is so uncool isnt it..~~ Thx to those who remember it and send ur wishes to me.. Especially my boO..

After dat came 18th August my 1st anniversary wif Rashid Ramli.. Ones whom i never expected to be my hubby one day hihi... Its not a too long story to tell but still the sweetest thing dat ever happened in my life..

To my sayang,

Thx for being part of me. I noe, my rebellious stuffy at most of the time makes it hard for u to understand me as well as our egoism have driven us to some point of nowhere but to keep blossoming our love on each other.

As on our anniversary, i pray that this bond will be last till death apart us. This is juz the beginning of our journey and the path that we will strive together is about to show it ways...

Lets walk hand-in-hand while we singing our favourite song..

ein LO.V.E
o_O

Thursday, August 14, 2008

Harapan Negara Sukan Olimpik Bejing 2008



Bilik urus setia Sukan Olimpik Beijing 2008 sebelah cubicle aku nih tgh gamat sekarang.. Sekarang tgh berlangsung perlawanan Badminton Quarter Final yg akan menentukan tempat ke Semi Final; MAS vs INA Atlet tersebut tentulah yg disebut2 sbg atlet yg akan membawa pulang 1 pingat buat Malaysia iaitu Lee Chong Wei yang sedang menentang Sony Dwi Kuncoro, Indonesia.

Hm masing2 tgh rasa teruja dan berpeloh melihat aksi Chong Wei. Harapan kami agar atlet yg telah digilap ini dapat memberikan hasil yg diharapkan oleh negara selama ini. Selain itu, antara atlet lain yg diletakkan harapan buat menggapai impian Malaysia adalah atlet berbasikal, Mohd. Azizulhasni Awang yg telah digelar sebagai Asia No.1.

Marilah rakyat Malaysia kita sama2 berdoa untuk kejayaan atlet-atlet kita di medan perjuangan mereka, Olimpik Beijing. Walaupun tanpa sorakan yg mampu didengar mereka, namun mereka tahu kita sentiasa medoakan kejayaan mereka walau di mana berada.

"Majulah Sukan Untuk Negara"

ein o_O

Monday, August 11, 2008

Bisnes @ Jutawan Internet


Hangin betol biler da panjang2 aku menaip tiber2 hilang puler.. jenoh la jari jemari ni nk menaip semula..huhu.. Tapi x kesahla..seronok puler dpt celoteh walaupun sorang2 and xder org nk bacer pun blog aku nih..

Skang ni banyak betol iklan pasal bisnes internet terpampang di dada2 akhbar tempatan.. kalu difikirkan secara logiknya, mcm x logik jer.. Tapi banyak yang gunakan artis2 tempatan untuk menarik perhatian org2 biasa cam aku nie.. Kala diri semakin menginjak usia mcm2 plan ada dlm fikiran ni bagaimana nk menaikkan taraf hidup famili. Bukan apa, masa muda2 nila kene bekerja untuk kesenangan famili biler da tua nnt tidak ler rase ralat biler lihat anak sendiri tidak dpt kite sediakan kemudahan asas.. Tapi biler aku tgk psl bisnes ni, hmmm sanggup ker org yg gaji x seberapa cam aku ni take the risk? Dalam era globalisasi ni, pelbagai cara penipuan digunakan oleh org2 yg x berhati pankreas ni utk hidup senang di dunia yg fana ni.. (Hm x ker mereka ni sedar hidup ini sementara jer.. Akhirat dia sendri mau igt la..) Wat a fish curry head sungguh (pinjam ayat abg afdlin shauki)

Nway, berbalik pada iklan di dada akhbar tu, tgh aku belek paper yg sekian lamer x bacer setelah dpt redeem tix ke Lost World of Tambun.. (thx to Berita Harian) tetiber terlihat ler pic sorang artis yg aku suke beno tgk sbb 'kebecokan, kemesraan & keselambaan' die ngn famili die , Rashidi Ishak.. Hmm.. jd usahawan internet plak ker abg rashidi nie.. Kalu nk tahu tahu pasal diorg ni, leh ler singgah blog diorg; wwww.kebintang.blogspot.com.

Kesimpulannya, korang rase patot ke x patot bisnes ni di explorasi oleh golongan2 muda n berpendapatan rendah cam kiter ni..huhu.......

Musykil....

o_O
ein

Thursday, August 7, 2008

Kepulangan Yang Dinanti

Senja hampir melewati malam, aku masih setia menunggu en asben balik dari Perak..Hm kinda miss him already.. Air-cond ofis ni masih belum off lagi.. Hm baik plak hati Cik Mat arini macam tau2 jer aku masih ada kat cni.. Tapi kalaupun Cik Mat off air-cond ni awal, aiman tak kesah & aku lagi tak kesah sbb aku da ader USB fan yang comel.. Haha Shila jangan jeles ek.. Gi lah beli kat Low Yat, mulah2 sajer..

Yeyyy en asben da pun kol. Alhamdulillah die da selamat smpi sini jadi aku pn perlu pulang.. Perot pn da semakin lapa dek kerana sejuknyer air-cond Cik Mat arini.
Ok chow...

Tuesday, July 29, 2008

Keladi Bunting Punya Pasal

Pagi ahad lepas seperti biase uma mertua aku tu mesti takkan sunyi kalu mak tak g rewang.. Tak sedara mara anak2 die yg dok berjiran ngn die pasti berkumpul.. Tgh borak2 pasal pokok2 air ni, mak kater "Keladi bunting pasti boleh!"

Lepas tu riuh satu umah biler suami n adik ipar aku, nak 'turun padang' carik keladi bunting dekat parit sebelah pasar tu.. Planning nak nek keta bleh la angkut byk sikit tapi kang susah pulak nak stop2 tepi jalan ni.. So diorg nek moto jerla.. 15minit kemudian diorg pun sampai umah. Hm macam maner tak kecohnya biler planning yer2 tapi sorang pun tak kenal keladi bunting tu macam maner rupenyer..

So kakak ipar aku (konon sifu bab bunga n pokok) ni pun offer diri beliau.. "Jom pegi ngn kakak pulak" katernye dgn kondifen.. So tadi abg ngn adik ni kakak ngn adik puler.. Haha mesti org kg pelik tengok aperla anak beranak Wak Esah ni nak buat dari tadi dok pusing kg bergilir cabut pokok keladi kat parit.. mesti org kg ingat 'ada gotong royong kot..' Lebih kurang 15minit diorg pun smpi umah.. Ler pokok keladi yg dibawa baliknyer.. Huyyyyy gamat lagi la umah mak mertua den tu ha.. Adik beradik 2x5 jer..

Cerita punya cerita last sekali petang tu kami decide g beli jerla kat sepanjang jln ke Sg. Buloh kan banyak kedai bunga.. Kedai pertama banyak betol pokok keladi yg ashid ngn kak Ida amik pagi td mahal plak tu dekat RM25 sepasu. Ini kedai kedua yg kami pergi tak der pun kat dalam pasu2 yg ade ader air tu.. Sekali aku nmpk kat satu saliran air hujung pasu pokok teratai tu penuh ngn pokok yg kitorg dok carik2 selama ini. Aku pun panggil en asben pergi situ and ambikkan die setangkai pokok KELADI BUNTING. Tiba-tiba bunyi anjing kuat giler kat depan kami besar plak tu anjing tu!! Apalagi aku menjerit sekuat hati and terus campak balik keladi bunting kt saliran tu.. En asben plak da berlari melompat pasu 2 tingkat depan jalan tu.. Ohhh nasib baik anjing tu berikat...~~

Ramai jugak la yang menyaksikan Drama Hari Ini yang dilakonkan oleh kami.. dan kami pun terus berlalu dengan muka selamba panggil macha yg keje situ...

Sepanjang perjalanan pulang yg tak smpi 15minit tu, ketawa kami tak berenti mengenangkan kisah tadi.. dari pagi sampai petang macam2 hal.. Semua KELADI BUNTING PUNYA PASAL.

ein
o_O

Wanita Yang Suka Menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak
dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan,
atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada.

ein
0_O