Search This Blog

Monday, December 22, 2014

Love Yourself

blankslide Loving Yourself Quotes




Hello Monday! Motivate diri sendiri sikit ^_^

Friday, December 19, 2014

Kerana Kawan

Non related to anybody. Read and think. Dont make any speculations ^_^V

Di satu petang yang damai di kedai Chatime (hihihi y must Chatime?)

Sal: Wah.. banyaknyer beli
Nurul: Tadi aku call Milah and Sara tya kalau diorg nk kirim.
Sal: Ko ni tu pun nak tya org.
Nurul: Well, aku ni kan suka pk psl org lain. Since aku dah kat Chatime aku pn tau diorg suke chatime so aku tyalah.  And making people happy makes me happy :)))
Sal: Whateverla.. tp diorg belum tentu igt kat ko.

Sesampai di rumah .
Nurul: Nah Chatime korang
Milah & Sara: TQ Nur
Nurul: Korang g ke kedai asam pedas td? Ada tapaukan aku x?
Milah: Oo x terigt pulak kat ko. Sorry la
Nurul: X igt kat aku, takpela, kira malang lah nasib aku ;)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila terbaca dialog ni aku senyum jer.. sedikit sebanyak itu mesti terjadi dalam perhubungan sesama kawan. Sebab tu kita boleh namakan seseorg tu sebagai sahabat dunia akhirat, kawan rapat, bestie, besfren, kawan, kenalan, kenal camtu2 jer dan byk lg lar.

Kawan, mereka nilah yg membantu mencorakkan attitude kita. Merekalah yang tegar memberikan pengalaman dan pengajaran dalam hidup ni. Merekalah orang selain famili yang kita ada. Tanpa kita sedar lebih 50% masa kita dihabiskan dengan kawan. Dari start nursery, tadika, sekolah smpi pencen kot mmg kita akan habiskan masa lebih byk bersama org lain daripada famili.

Aku dan kawan. Ok bab ni mmg emosi sikit. As for me, kawan is like ur twin. You can share anything though u r different in everything. Aku mudah menerima kawan dan mudah anggap org sebagai kawan rapat. Kalau dah jd besfren aku baik buruk pun aku terima. Kalau aku pandai (org ckp) so aku nk kawan aku pn pandai and dpt gred yg sama. Hm setengah orang cakap tak bagus utk ada sikap yang mcm tu. Zaman sekarang ni (dari zaman sekolah org dah ckp mcm tu. Now like almost 20yrs already) kebanyakan org x boleh dipercayai. Well, bab ni terlalu subjektif dan sebagai manusia biasa kita pun bukan sempurna dan suci murni lagi terpelihara dari dosa. Di mata kita org ni ambil kesempatan dan tak bagus dijadikan kawan, tp di mata org lain kita pula dilihat mengambil kesempatan ke atas individu yg lain.

Aku mmg emosi. Suka membahagiakan org lain dan selalu menangis kerana orang lain. Tapi pengalaman yang diperolehi sedikit demi sedikit membangkitkan satu karisma yang lain. Personalitiku mungkin tak berubah tp attitude towards somebody mungkin berubah. Puas rasanya biar hati 'dibuli' oleh orang yg tak reti mengenang erti dan pengorbanan especially diri sendiri yang tak kesian dengan hati sendiri. Puas sudah rasanya..

So what i learn?
Be kind to people
And dont expect to get the same or even less from people u help
Allah is always beside me.
The most Gracious
The most  Merciful




Tuesday, December 9, 2014

Chatime RM1 ThirstDay Deal



WOW WOW WOW!!!

Ok ini ketagihan baru yang melanda diri ini. Lately, selera makan kembali menyerang seperti terdapat virus2 yang menyebarkan penyakit mengunyah pada mulut ni.

I barely had my 1st to call my own Chatime treat about two weeks ago and it happened that i drank two cups of it the next day hahaha. Next after next day terus googling about chatime bcoz the cashier did mentioned about their promotions which i didnt paid much attentions as i termenung jap tgk the baristas making the drinks.. Wonder if my skills still in me.. i just love making drinks for people . Satisfied.

So bukak pakcik Google and found this. Wallawey~~ Yummeh!


Thirstea Member: present your card upon order and treat yourself to a 2nd drink at RM1* ONLY!
Non Member : Receive 50% for the 2nd Cup.

 
*Excluding Chatime Queensbay Mall, Penang
*Applicable on THURSDAYS, between 3PM-6PM ONLY
*2nd Cup offer applies for drink worth RM5.90 or LOWER value ONLY 
*Not in conjunction with other promotions and/or vouchers
*Not valid for delivery services
*Other terms & conditions may apply



Tuesday, December 2, 2014

Pureen Warehouse Sales 2014

Oh i missed it!

20141129 Pureen Stock Clearance Promo-Shah Alam

Not that i dunno about it, it just the eagerness wasnt there anymore hihi. Lagipun nk balik my kampung bwk the cinonets jumpa atoq, mak pak sedara and sepupu sepapat diorg. Rase mcm lama x jupe atok. Dalam 3 minggu ada. Masa tu pn balik kejap jer jadi Bonda tak puas jumpa  atoq juga hihi (sebenarnya bonda yg rindu nk manja ngn atoq hehe)

So, Pureen maybe next time.  Bila Aaron dah nak jadi abang nanti kot huhuhu ^_^



Monday, December 1, 2014

12 Gambar Yang Ada Dalam Telefon Bimbit Seorang Ibubapa







All those pictures are in my handphone hahaha.. Memang normal rasanya kalau ibu dan ayah (Especially ibu, mak, mama, bonda, mummy, umi dll) suke bena ambik gamba anak. Semacam satu hobi yang sgt memuaskan hati.. berbunga2 rasa hati ni kan ^_^.

So jom tgk ada tak gambar2 yang mcm kat bawah ni dalam henpon korang tu.. jengjengjeng.. hihihi


13 Photos Every Parent Has on Their Phone
 So much Angst!


 image
  Kids are so cute when they’re covered in food (until you have to bathe them).


image
We parents cannot help ourselves when it comes to our sleeping children. I mean, if someone took a picture of me sleeping, they’d be visiting Junk Punch City. Maybe it’s because kids look angelic when they sleep, and I just look drunk.


 image
 I take these pictures so when my hairdresser says, “Wow, more grey hairs!” I can be like, “This is why.”


 image
This is a devastating commentary on my obsession with coffee and fingerless mesh gloves


 image
Toddlers love to take pictures of themselves.


 image
 I’M RIGHT HERE WHY CAN’T YOU JUST LOOK AT ME FOR TWO SECONDS?!


 image
 Whenever I’m not with my kids I come across things I know they’d love.


image
If you stare at it long enough, it starts to look like one of those hidden image posters. I think I see a rocking horse!

 image
Not pictured: All the photos my daughter takes of me when I’m getting dressed


 image
 Maybe it’s the inside of my diaper bag? Or the inside of my pocket? And why don’t I delete it


image
 Bonus points for this one because my daughter took it selfie-style.

Photos courtesy of Heather Spohr
Source: https://www.yahoo.com/parenting/13-photos-every-parent-has-on-their-phone-103216981629.html

Wednesday, November 19, 2014

Pasteurize Your Breastmilk at Home

How can breastmilk be pasteurized at home?

When full screening is not available, donor health status is unknown, or to reduce the potential risks of exposure to HIV and/or other pathogens, breastmilk can be pasteurized at home.
  • Holder pasteurization
Holder pasteurization is considered the standard for human and cow’s milk pasteurization. It has been shown to inactivate pathogens while maintaining adequate nutritious properties. However, given its longer time-temperature curves, this method damages more of the antimicrobial factors of breastmilk than would flash pasteurization.

This method of pasteurization can be done by parents or caregivers on the stove top, or with a home pasteurizer kit for human milk. Some mothers may decide they want to buy commercial grade pasteurizers which are also available.

  • Flash-heating (FH)
Flash-heating is a low-tech method of pasteurizing breastmilk that was developed for HIV postitive mothers in developing countries who had no safe or affordable alternatives for feeding their infants.1
Studies by a research team lead by Israel-Ballard,2 have shown that FH breastmilk inactivates HIV and 4 common bacteria.
For an explanation on how to perform the Flash-heat method of pasteurization, please go here.
For more information on the different pasteurization methods see this section.
❆✼❆
Cooling down heat-treated milk
Cooked foods have a ‘danger zone,’ a temperature range from 60ºC/140ºF to 4ºC/39ºF where bacteria like to grow. It is therefore important to cool milk down quickly after it has been heated. Cooling the container in ice water is the quickest way to cool milk. Depending on the amount of milk, cooling it in the refrigerator is generally not recommended as the milk will cool unevenly, leaving some milk too warm for too long. Please know that not all glass is suited for heating and rapid cooling.

Reusing heat-treated milk In this study, the researchers discuss that after cooling “flash-heat was successful in completely eliminating bacteria in the majority of samples, and prevented substantial growth for up to 8 h when stored at room temperature.”

To date, the safety of reheating previously heat-treated milk has not, to our knowledge, been studied. It should be noted that most literature speaks in terms of heating expressed milk for feeding but that mothers generally warm the (thawed) milk under running warm water or set it in a container in warm water for a short while to get the chill out of it. Gently warming should not be considered heat-treating. For optimal properties of breastmilk, reheating (warming) milk should not be done directly in a pan on the stove top nor in a container set in boiling water on the stove top (which would be heat-treating it unnecessarily).

Heat-treated milk can possibly be refrigerated or frozen following common food safety protocols. We suggest, however, that after a first feeding, milk that was heat-treated not be refrigerated and reheated again as anti-bacteriological properties can decline with increased handling.

Source:  http://www.eatsonfeetsresources.org/?page_id=257

Tuesday, November 18, 2014

Buat Kuih Dengan Cinonet

Last Saturday was the best day ever when dua beranak, Bonda and Kakak cinonet buat kecah kat dapur huhuhu. Adik plak tdo mmg menjadik la projek Bonda and Kakak.

Since Bonda pn boring and nak menghilangkan pengaruh dadah ubat dalam badan ni ohh Bonda dah MC dua hari sebab demam sesemer, jadi sauna (duk kt dapor lar) adalah jalan terbaik hehehe.

Bila Cik Puteri sayang tu nampak Bonda tung tang ketung ketang kat dapur mula la dtg menjenguk dan jd reporter ala2 Cek Temah. Mcm retis plak Bonda rase bila byk nau soalan drpd si Kakak. Lastly Cek Temah pn join la Bonda nyer buat kuih Buah Melaka ^_^

TQ Kakak, really made my day. I feel blessed. Syukur Alhamdulillah.



Lonjong plak jadinyer hihihi

Thursday, November 13, 2014

Hukum Air Laut dan Isi Di Dalamnya

Abu Hurairah r.a. berkata “Seorang lelaki menanyakan kepada Rasulullah, katanya: Ya Rasulullah, kami biasa berlayar di lautan dan hanya membawa air sedikit. Jika kami pakai air itu untuk berwudhuk, akibatnya kami akan kehausan, maka bolehkah. kami berwudhuk dengan air laut? Berkatalah Rasulullah saw.:Laut itu airnya suci lagi menyucikan(2), dan bangkainya halal dimakan.(Muttafaq’ Alaih, diriwayatkan oleh Yang Berlima)
Air laut hukumnya suci dan boleh digunakan untuk berwuduk kerana ia adalah air yang mengalir. Jika terdapat najis sekalipun di dalamya ia tidak berada setempat dan akan dibawa arus.


Hadith Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dan dua jenis bangkai itu adalah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua jenis darah itu pula adalah hati dan limpa.” (Hadis Riwayat Ahmad (no.5690)

Mazhab Syafie menghalalkan haiwan laut selain ikan seperti sotong, ketam dan udang. Cuma ketam nipah diharamkan keran ia juga hidup di daratan. Dalam mazhab Hanafi, mereka mengharamkan makan sotong kerana ia umpama tikus (tikus laut), jika tikus tidak boleh di makan di darat, maka ia juga tidak boleh di makan di laut. Sepanjang hayatnya Baginda Mulia cuma makan ikan sekali sahaja. Rasulullah SAW tidak makan makanan laut yang lain seperti sotong atau ketam.

copypaste from http://nasbunnuraini.wordpress.com/2013/01/09/hukum-air-laut-dan-haiwan-di-dalamnya/

Wednesday, November 12, 2014

Sotong Kering Lebih Bahaya Daripada Merokok?

Pagi ni dapat mesej kasih sayang tentang Bahaya Makan Sotong Kering. Phewww bila baca rase mcm ngeri gakla tp sbb aku ni mmg tak minat sotong kering so ada rase selamat sikitlah hahaha boleh gitu..

Kandungan sms bunyiknya gini:

[SOTONG KERING LEBIH BAHAYA DARI MEROKOK.
Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok.

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam. Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.]

PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang.




Info: Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan.
Sumber Google Tahun 2010.

Wednesday, November 5, 2014

Noah Band - Hero

If you ask me how i fellI want to burn my lonely soulFly me through the danger zoneLike a shadow in your home
So let me be your heroAnd cast away your sin abovelet me be your heroand cast away your sin own
Fly me now and don't despairI'll be flying through your door
So let me be your heroAnd cast away your sin abovelet me be your heroand cast away your sin
Stand up I'll be on your sideTake my hand todayWe can fly togetherLet me lead the way

Friday, October 31, 2014

Seminar Asas Mengajar Al-Quran Dari Bayi

Teruja bila baca blog Islamic Parenting Network (IPN) yang dipunyai oleh Pn. Lina Karim mengenai anak-anaknya yang menghafal al-Quran sebelum mula bersekolah lagi. Ramai pembaca blog Pn. Lina Karim telah mengorak langkah yang sama bila mendapat bimbingan daripada beliau.

Hmm mmg byk cabarannya terutamanya bila baby dah mula pandai memberontak dan mempunyai byk akal. Parenting tips mmg sgt diperlukan ketika ini. Tenaga mereka yang byk tu perlu disalurkan ke perkara2 yg berfaedah dalam tumbesaran mereka atau kita akan rugi membiarkan ianya begitu saja.

Baru-baru ni baru perasan IPN akan anjurkan satu seminar pada bulan Disember ni. Sape yang berminat cepat2 daftar sebelum penuh atau leh tgk video tutorial kat sini:-

http://member.islamicparentingnetwork.net/wp/daftar/



Tuesday, October 28, 2014

Noah - Hapus Aku

This is awesome!! Favourite song sang by favourite singer.

https://m.youtube.com/watch?v=G9bZLHODyZQ

  HAPUS AKU

Kutuliskan kesedihanSemua tak bisa kau ungkapkanDan kita kan bicara dengan hatiku
Buang semua puisiAntara kita berduaKau bunuh dia sesuatuYang kusebut itu cinta

Yakinkan aku TuhanDia bukan milikku
Biarkan waktu waktuHapus akuSadarkan aku TuhanDia bukan milikkuBiarkan waktuHapus aku..

Kutuliskan kesedihanSemua tak bisa kau ungkapkanDan kita kan bicara dengan jiwaku
Buang semua puisiAntara kita berduaKau bunuh dia sesuatuYang kusebut itu cinta


Thursday, October 16, 2014

Comelnya Siti Nurhaliza dan Dato' K berselfie

Ok, comel sangat kakak kita sorang ni. Untung la Dato' K :)




Wednesday, October 15, 2014

Mom & Baby Expo October 2014

Ok malas nak citer panjang2 hehehe

Friday, October 10, 2014

Jajan Untuk Cinonets

Cinonetku sekarang dah berusia 2 thn 6 bln. Makin susah nk kontrol pemakanan dia. Tp yg lebih susah nk kontrol lagi tentulah adik cinonet yg kini dah berusia 14bulan. Pantang nmpk apa kakak pegang mesti 'nakkk'. Bonda pn da x koser nak jd Queen control lg. So inilah akibatnya, kua semata2 carik jajan @ munch2 diorg yg da abes stok. Tp selagi boleh Bonda cube juge control huhuhu ~

Wednesday, October 8, 2014

Page FB Pil Homeopathy Tambah Susu

Salam..
Ramai yg komen kt post 'Pil Homeopathy Tambah Susu' utk dapatkan pil tersebut.
Sebab aku ni jrg berbloging kesian pd yg dah lama komen tu. So di sini aku bg korang page kwn yg jual pil tu.  Sila lah 'Like' dan korang boleh direct dgn die terus. Payah kan kalau guna org tgh ni hehehe.
Selamat berusaha ibu2 di luar sana. Btw, ada jugak produk lain yg dijual. Boleh la tgk2 sekali. Cekidot ya!

Friday, June 20, 2014

Hukum Lukis Gambar Kartun Di Wajah


face painting

Soalan:
Apakah hukum mengecat wajah anak-anak (face painting) dengan lukisan gambar haiwan atau karektor kartun? Saya lihat ia semakin menjadi trend dalam sambutan ulang tahun hari lahir dan sebagainya?
Jawapan:
Melukis makhluk hidup, sama ada manusia atau haiwan, sama ada penuh atau sebahagian, dilarang tegas oleh Islam. Rasulullah bersabda: Orang yang paling pedih siksaannya pada hari kiamat kelak adalah orang yang suka menggambar (sama ada melukis atau membuat patung)." [Shahih Muslim, no: 3944/2109].
Dalam sebuah hadis yang lain Abdullah ibn Abbas menerangkan, bahawa Rasulullah bersabda: Setiap orang yang suka menggambar (melukis atau membuat patung) akan masuk neraka. Allah akan menjadikan baginya, dengan setiap gambar yang dibuat, sosok yang akan menyiksanya di neraka Jahanam kelak. Abdullah ibn Abbas melanjutkan: Jika kamu tetap perlu melakukannya, maka buatlah gambar pepohonan atau benda lain yang tak bernyawa. [Shahih Muslim, no: 3945/2110]
Pun begitu, tidak mengapa jika lukisan tersebut adalah untuk mainan kanak-kanak. Ini merujuk kepada kes patung di mana Islam melarang membuat dan menyimpan patung makhluk hidup di dalam rumah. Namun pengecualian diberikan kepada patung mainan kanak-kanak. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, no: 5665/6130, A'isyah menerangkan: Aku pernah bermain bersama anak-anak perempuanku (patung/dolls) dekat Nabi dan aku juga mempunyai teman-teman yang biasa bermain denganku. Apabila Rasulullah masuk, mereka bersembunyi daripada baginda, sehingga baginda memanggil mereka supaya kembali bermain bersamaku.
Oleh itu boleh mengecat wajah anak-anak (face painting) dengan lukisan gambar haiwan atau karektor kartun.
Sumber PA&MA : http://pama.karangkraf.com/hukum-melukis-di-muka-1.291903

Saturday, May 31, 2014

Buat I.C dan Lesen Memandu Yang Hilang di UTC

Hari Selasa pg2 tu smpi opis lgsg xder selera nafsu mkn mcm selalu. Besenye pg2 da kedengaran angin2 kus2 memaut di perut minta di isi. Nak wat kerja pn takde mood. Mn taknya. Wrislet hilang dlm tu mcm2 bende ada. Antara yang ada dlm tu duit (plus minus RM1K). IC, Lesen, ATM, CC, pas kerja. Tp mood stil ok xderla sedih sgt xtau kenapa. Redha mungkin?

Hasil gugle ramai yg kate report police tu tak penting sbb kalau atas kecuaian / tercicir tetap kene bayar denda. Ade gak sorang awek ni yg marah dgn polis sbb wallet die dicopet dlm bas tapi polis buatkan laporan sbb keciciran. Menurut dia polis tu kata nnt menyusahkan diorg utk pergi buat siasatan di tpt kejadian dan sbg.nya. Ape plak camtu kan. Sian awek tu. 

So atas dasar gugle td, aku pn tawakal jerlah ajak en asben g jer buat IC dan lesen kat UTC yang berdekatan sbb rasenyer ramai tahu yang UTC sumer agensi ada dlm tu. One Stop Centre katernyer. Walaupun report polis asal tu belum dicop tp bwk jerla. Kalau dicop pon TETAP kene bayar denda kehilangan kan huhuhuu T_T

Dalam kol 11.30 pg kami smpi di UTC Pudu. Parking memang agak susah tp tempat tu selesa sbb semua pn kat situ. Masa nak amik no. cakap dengan staf tu nak wat IC baru sbb hilang. Staff tu tak tya pn pasal police report die suh bayar denda jer. Haa tgk la sendiri...

credit to revlonmerah.blogspot.com

Yang sedihnya baru jer tukar IC baru last 2 month bayar RM10  .. Ok siap amik gambar dalam kol 1 lebih. Yg bestnya kaunter tak tutup pun. Cuma tinggal 1 atau 2 kaunter jer bukak. Bagus betul pejabat gomen mcm ni. nora kasi 5 * .. Tapi still IC x dapat haritu jugak maybe sbb da separuh hari. So kene dtg amik esok. Lepas dapat IC sementara kitorg pn terus carik opis JPJ berdepan jer dengan JPN tp tgk2 tutup sebab system down. Aku ajak asben lunch kt Foodcourt atas dan solat siap2 b4 blk ke opis. Mkn kt atas foodcourt atas tu kebanyakkannya nasi campur. Kalau korang nk makan pergila kedai yang belakang2 tu murah sikit daripada kedai yang depan2 dekat dgn lif. Caj makan mcm x sesuai jer dgn lauknye. Ptt la x ramai org makan kt kedai dia.

Lps solat, ajak asben lalu blk dpn JPJ tgk ehh da ok plak. terus tya kaunter boleh ker mohon lesen guna IC sementara? Officer tu cakap boleh tp kene bawak gambar. So carik la kedai gambar kat situ. Ada la 1 kedai harganya pn boleh tahan RM16 utk 4 keping gambar. Then rasa nk fotostat IC Sementara manala tau kot JPJ mintak ker. Photostat plak 30sen sekeping. Amik kesempatan ker? Sabor jerla..

Buat lesen kejap jer walau ada lebih kurang 10 orang masa tu. Abg JPJ check and ckp baru jer buat bulan Ogos aritu kan. Hm nk wat camner bang. Wallet kene copet. IC pn sy br tukar baru juga pon hilang. Lepas bayar denda RM20 dapatlah lesen baru mcm IC tu (mcm yg hilang) yang aku akan gunapakai utk 5 thn akan dtg.

Since bank dekat ngn opis ajak asben try luck g Maybank untuk apply kad ATM. Malangnya permohonan kad ATM perlu gunakan IC asal kalau nk guna IC sementara kene g apply kad tu dekat branch yang kita buka akaun. Sokeylah~~

Esoknya kol 11pg gak smpi kt UTC Pudu. Sampai kat JPN amik nombor dan tunggu dalam 1jam da dpt IC baru yehhhh. Balik opis dan terus g wat kad ATM. Kene bayar RM12 yer. Kalau xnk bayar die tolak jer duit dlm akaun. Kad ATM tu boleh pilih nak kad ATM kuning biasa atau Kad Debit gambar buah ceri. Nantila citer apa kelebihan kad2 ni pulak. Fuhhhh lega dah rase hati ni. Alhamdulillah. :)

Wednesday, May 28, 2014

Hilang Beg Duit a.k.a wrislet

Dugaan dtg lg. Hari Isnin. First day in a week. Paniknya rase bila tgk dlm handbag bende paling penting takde.."Mana beg duit ni?" Abes 3 3 handbag diselongkar. Dahla masa nk time. Jam menunjukkan pukul 6.50 pagi nenong nenong~~ lmbt la arini. Dala terlambat ckit bgn gara2 nk berikan sokongan kepada pasukan Malaysia dlm Thomas Cup. Lari time tdo terus x leh tdo. Jetlag kah? huhuhu..

Bila en asben da tunggu dlm kete bertambah panik la rasenyer. Setelah puas crk mn yg boleh dipikikan dulu br la kua g kete dan dgn lemahnya ckp kt asben 'walet hilang' dgn muka sedih yp x nmpk sbb gelap.  Asben plak dgn konfiden ckp 'rasenyer puteri main smlm'.  Hati pn terus berbunga..

Tp tu sume harapan tinggal kenangan. Bila blk uma dan selongkar celah2 mana yg boleh kompem mmg xder wrislet tu. Huwaaa Allah swt jer yg tahu perasaan dalam dada ni. Bila bgtau asben terus dia call bank to blocked all the credit cards (cehh mcm byk sgt CC kan) dan aku plak call la mak sedara yg aku bajet kat uma die walet aku hilang/ cicir/ kecopetan. 

Flashback, hari Ahad tu ade kenduri pertunangan sepupu asben. Uma mak2 sedara ni mmg sebelah menyebelah. Nape baru nk call? Well pd fikiran aku biarlah aku betul2 pastikan wrislet tu mmg tiada dalam uma aku. Then lets say hilang dan dijumpai di sekitar kwsn uma kenduri mesti dah ade yg call my MIL pya. Mereka ni merupakan saudara yg sgt rapat antara satu sama lain mmg buatkan aku terharu kaalu bersama diorg. Smg mereka dirahmati Allah swt.

So mlm tu lps dinner terus asben ajak g wat laporan polis spy esok pg leh terus g wat dokumen penting apa yg patutla. He's so worried bcoz he needed to go outstation for quite a long time. So all the important documents must have wif me b4 he leave. Bila polis tu dah sain report tetiber beliau berkata 'Ok puan boleh dtg esok time opis around jam 2pm to 4pm untuk cop pengesahan dan bayar RM2'.. Tanjat hakak opis da la jauh berbatu2 nk plak kene dtg esok time keje. Mayb polis tu pasan kot muka aku yg tertanjat tu cepat jer die ckp 'Puan boleh suh wakil dtg copkan pn takpe'

Hahahaha okla abg polis. Kita tgkla camne esok.. Asben pn senyum kamben jerla



Tuesday, May 20, 2014

Milo Banyakkan Susu

Memula tu mcm x caya gak biler opismate ckp die akn minum milo byk2 bile tgk ebm berkurangan. Dari dok dgr ckp org jer mn nk tau berkesan ke tak kn so mestila kene cube sendri br bleh nk citer. (Paling x suke kalau org jual brg bercerita bagai nk rak tp die sendri x cube pon. Kekwat.)
Aku ni mmg jenis pelupe tmbh sejak da bersalin dua org anugerah Allah lg2 kepelupaannyer tuh. Pil homeopathy tu mmg ade je la dlm drawer. Time igt gla mkn time x igt x mkn. Kdg berhari x mkn pn . Pil perancang? Rancang sendri jerla huhuhuhu.
So atas ckp2 kwn td tu aku pn try minum milo sejam sebelum nk pam. Alhamdulillah.  Lancar je production. Hasil pn lumayan.  Bila difikirkan mungkin betol jgk milo ni bleh jd pemangkin penambahan susu sbb milo kn coklat. Coklat merangsang hormon happy (ape nama ntah). And biler kite happy bdn pn happy ebm pn byk insyaAllah.  Pape pn yg penting ibu2 menyusu kene rajin berzikir dan berdoa mohon diperbanyakkn susu utk baby juga k!
Renung2kn dan selamat mencoba!

Thursday, April 24, 2014

Pil Homeopathy Banyakkan Susu

Ibu2 disarankan untuk menyusukan baby sejak lahir. Kebiasaannya kalau ibu dapat melepasi usia baby 3 bln, insyaAllah baby berpeluang merasa susu ibu hingga usia 6 bulan 9 bln 12 bln dan seterusnya hingga had yg disyariatkan selama 2 thn.
Namun ramai ibu2 yg gagal menyusukan baby secara eksklusif atas pelbagai faktor. Aku pn mengalami faktor2 yg hampir menyebabkan hati ni berputus asa, semangat ku hilang dan kdg2 perasaan MALAS dan SIBUK sering menjenguk.
Paling mencabar ketika badan rase tak sihat dan perlu menyusukan baby. Hanya Allah Yg Maha Mengetahui betapa getirnya semangat di kala tu. Ibarat telor di hjg tanduk dgn emosi yg up and down. Ibu2 tau tak kalu emosi kite memberi kesan ke atas production susu?
Dalam memenuhi syariat ini mmg memerlukan pengorbanan yg besar. Ibu2 pn kene rajin membaca dan membuat terapi minda dan emosi. Ecehh mcm propesor plak becakap. Apa yg sy belajar jugak, pentingnya mengetahui pemakanan yg baik utk bdn kita dan yg ni lg penting - kawan utk menyokong kita. Kalau dpt kwn yg ber-ebm sama lg best. So marilah ebm berjemaah huhuhu.
Supplement pn disajeskan. Sy mmg dr awal kelahiran baby sy da amalkan supplement soya dr brand yg pofular sgt kt fb tu. Alhamdulillah mmg berkesan di awal fasa. Ditambah dgn persediaan mental agaknya. Since ni 2nd baby jd dah kurglah perasaan nk nangis sbb baby meragam. Ahha kantoi di situ. Tp alhamdulillah baby aaron sgt baik sepanjang tempoh pantang.
Bila baby aaron masuk usia 6 bln, bonda die ni mula diserang sakit sbb berjangkit dr aaron. Pelbagai gejala penyakit mula menular di dlm umah. Antara bonda aaron and kakak puteri kami bergilir2 amik turn hingga sekarang bonda masih belum pulih. Syukurlah ia tidak melarat ke penyakit lebih berat dan bonda terima dengan redha dan berhrp ia adalah kifarah ke atas bonda.
Bila badan tak sihat production susu pn menurun mcm bonda ckp td. Sikit sebanyak sedih gak tp xnk sedih byk2 sbb nnt susu lg sikit.  Kdg bila bonda happy sgt susu pn tetibe byk. Jd ibu2 kenela selalu happykan diri. Dalam berborak2 dgn kwn2 ni selalu gak la kami selitkan psl penyusuan baby especially kwn yg ada baby ni. Tetibe kwn sorg ni perkenalkan Pil Homeopathy Tambah Susu.  Cara makan die kemam jer 3x sehari harga pn ok rm15 utk 60 biji. Sebelum ni aku ade survey gak supplement lain since produk shaklee da tak berkesan lg utk tmbhkan susu. Pil hormon Noriday pn nmpknya x berkesan tp boleh la mkn utk family planning. Ade 1 pil lg produk Mamamilky yg berharga rm70 mkn 2x sehari utk 12 hari. Hohoho mahalnye lahai.
Jadi aku pn oder jerla pil homeopathy tu dpt jer turus mkn hihihi. Alhamdulillah hari kedua tdo mlm smpi basah2 baju.  Dah lama x gitu. Esok pg pam pn hasilnya lumayan almost 10oz. Hrp pil ni berkesan utk jangka masa pjg.
So ibu2 yg ada mslh low production tu bleh la try g crk kt klinik homeopathy dr radziah di Kompleks PKNS shah alam. Bak tulisan Dr. Tu kita ikhtiar Allah jua menentukan.
"Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, perbanyakkanlah susuku untuk bayiku dan permudahkanlah perjalanan ku menyusukan anakku agar mengikuti segala yg Engkau syariatkan."
Amin.

Tuesday, April 8, 2014

Keracunan Makanan

Lately banyak kes2 keracunan makanan dikhabarkan hinggakan ada yang smpi meragut nyawa dan terlantar di hospital berhari2. Kebanyakan punca keracunan makanan ni dipercayai daripada daging ayam yg tercemar.

Kawan sebelah utara cerita kenduri2 di kampung dia dah kurang meriah kerana jemputan ramai yg tak hadir. Kalau hadir pon tidak mahu menjamah masakan ayam yg disajikan. Kasihannya tuan rumah. Sebagai sedara seIslam, memenuhi undangan itukan harus, mengimarahkan sesuatu majlis dan meraikan pengantin baru kan dapat pahala free jer. Kalaupun tak nak mkn situ, makan la kt kedai huhuhu...

Waktu muda2 dulu, aku kurang memahami konsep memenuhi undangan ni tapi bila kita da berkeluarga, da bercampur sedara mara, barulah paham konsep2 sebegini dan salute pada mak ayah yg masih menitikberatkan perkara ini. Bukan senang nak ajak anak dara or anak bujang g ikut mak ayah g kenduri sama2 hehehehe **garu2 kepala sambil lap peluh di dahi..

Berbalik topik keracunan makanan ni.. last week kami g meraikan seorang sahabat lama naik pelamin. Kebetulan masa ambik lauk tu ada terhidu bau kurang enak tp x dpt dipastikan dr lauk yg mana. Anak pulak tgh maen2 tak mahu dipegang. So amik jerla semua lauk atas pinggan dan hidu bila daa dok kt meja. takkan nk hidu kt tray2 lauk tu kan. Hmm masa hidu tu xder plak bau. So kita makan jerla.


Jam 4am perut rase x selesa gilers terus memulas dan bermulalah appointment dengan Dr. Tan. Jam 5am puteri pulak yang bangun nangis berak. Yg terakhir en asben pd jam 7am. Alhamdulillah puteri stop ahad pg. En asben Ahad ptg dan aku org pertama yg kene tp jadi org terakhir yg pulih pada hari senin ptg. Aduhhh tiada sakit yg tak sakit dan best kan. Sabar dan redha sajalah.

Pengajarannya, kalau ada bau atau rase yg kurang menyenangkan x pyhla makan. And parents, sila rase dulu sebelum bg makanan pd anak2..Kita sakit xpe tp kalu anak yg sakit luluh hati. T_T


Friday, March 28, 2014

Kronologi Kehilangan Penerbangan MH370

Kronologi kehilangan penerbangan MH3708 MAC - 24 MAC 2014

 Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-16 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

* 10 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

Mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport sama.

* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

* 15 Mac - Perdana menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* 16 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang

Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

* 21 Mac - Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu. Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

* 22 Mac - transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.

Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

* 23 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

* 24 Mac - Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

.. Al - Fatihah dan takziah buat keluarga yang terlibat ..