Search This Blog

Thursday, September 25, 2008

Tribute to Allahyarhamah Maizatul Akmar Khairuddin

yaya, ila, aku, dee, MAI, nisa, zehan


Bulan ni genap la 5 tahun kwnku, Mai meninggalkan kami. Sape sangka dalam usia yang masih muda, sedang mendaki menara gading, telah dijemput kembali ke pangkuan NYA. Innalillahiwainna ilaihirojiun..

Mei 2001
Seksyen 1
Shah Alam

Masa mula2 kenal di Sem 1, kami 1 kelas. Mai agak trendy n join dgn geng2 'vogue' dr Shah Alam; yaya dan azreen. Segan pula tgk geng diorg ni sbb penampilan ku sering kukategorikan sbg simple & 'comot' haha. **Aku suke pd natural beauty**.

Jun 2002
Stadium Shah Alam

Apabila tiba Part 3, kami diberi pilihan utk memilih major masing2 dan disinilah 4 orang drpd kelas A td disatukan kembali dalam kelas tunggal SR112; Aku, yaya, Mai dan Mira. Kami sepakat untuk membantu satu sama lain sekiranya menghadapi masalah. Sape sangka aku,yaya dan mai semakin rapat tetapi mira telah mempunyai klik yg merupakan hse matenya. Mula2 rase kekok plak sbb setahun sebelum ni mmg x rapat ngn diorg tp rupanya2 xderlah vogeh sgt diorg ni huhu~.. Mai yg kukenal mmg manja dan loving semua org dipanggilnya 'sayang' hingga ada yg terperasan sendiri lar.. Mula2 kami rapat tu rasa menyampah pn ada gak.. tp itulah sifat dia bukannya dibuat mcm2 sesetengah orang. Lamer2 satu kelas kami pun smpi terikut2 memanggil satu sama lain dengan panggilan 'sayang' dek kerana nk mengusik Mai.

Kemudian klik kami bertambah lagi dengan adanya Omri Faez dan Cat Mukrim. Makin meriah dan seronok puler belajar di universiti. Hm sebenarnya sudah lama aku tidak mempunyai kwn2 yg betol2 rapat seperti mereka. Itu belum lagi di kira dengan semua classmate, makin bergegar Stadium Shah Alam tu dibuatnya. Budak2 kelas kami mmg sempoi abis smpi kebanyakan lecturer percaya kami tetap kan bersatu smpi biler2. Terima kasih SPORTREC keranamu kami mula mengenali apa itu kawan! Itulah kenangan terindah yg akan terpahat dlm hidup aku smpi akhir hayat. Salute u guys!

September 2003
JBS Kg. Pandan
Kuala Lumpur

Hari tu hari Sabtu.. Aku sepatutnya pulang ke rumah biasa la hujung minggu x betah rasanya utk tinggal di asrama. jam menunjukkan pukul 7.10 pg dan aku br nk lelapkan mata setelah berjaga semalaman. Tiba2 hp ku berdering dan kedengaran suara yaya teresak2 di talian sambil ckp 'ain, mai da xder' lalu terus menangis. Setelah memujuk yaya kami berjanji jupe di uma Mai di Seremban. Tuhan jer yg tahu perasan ku sewaktu tu.. Betapa ralatnya aku seperti tidak ketahuan. Sebenarnya sebelum aku menjalani latihan praktikal, klik kami menghadapi masalah 'keluarga' sedikit.. 'Ya Allah tabahkanlah hatiku'. Lantas ku trus bgn dan meminjam bj kurung Dot kerana bj2ku belum dibasuh, igt nk bwk blk basuh di rumah. Hmm baju Dot begitu besa dan agak labuh dibadanku tp pedulikan tu sume hasratku satu.. Ingin ke Seremban segera. Pelbagai rintangan tiba2 menjelma namun hasratku tercapai jua...Alhamdulillah.

Seremban
Negeri Sembilan

Kwn2 sudah ramai yg tiba dan menanti smpi ke luar utk menyambut jenazah arwah yang dijangka tiba selepas zohor..Suasana sayu menyelubungi indahnya pada hari itu.. Tiada sapa bisa menduga hari kematian yg wajib dijalani setiap yg hidup. Meniti usia 23 tahun, mai da bertunang dan akan melangsungkan perkahwinannya selepas grad pada tahun depan. Teringat kisah mai yg x dpt mengikuti kami ke gunung belumut x silap kerana telah menetapkan tarikh 'bertandang' pada waktu itu. Kononnya ingin berahsia akhirnya terbongkar jua.. Namun Tuhan Yang Maha Kaya lagi Bijaksana lebih menyayanginya lalu dijemput ajalnya pada malam tersebut kerana kemalangan kereta bersama tunangnya tetapi nasib tunangnya sedikit baik apabila dapat diselamatkan dan dirawat di ICU. Azan Zohor berkumandang dan van jenazah telah kelihatan dari jauh. Terpalit rasa pilu.. laungan azan seolah mengiringi jenazah ke rumah. Esakan dan tangisan sudah mulai kedengaran. Ralat rsnya tidak dpt mencium wajah arwah bimbang airmataku yg x ingin berhenti 'menyeksa'nya..

Aku x dpt mengiringi jenazah ke perhentian terakhirnya kerana terlalu penat dek tidak tidur semalaman. Hanya Al-Fatihah dan bacaan Yasin ku sedekahkan buat arwah. Moga rohmu berada di samping mereka yg terpilih dan dicucuri rahmatNYA ke atasmu.

Al-Fatihah

Every step i take
Every move i make
Every single day
Every time i pray
I'll be missing u..
We miss u so much

ein O_o

Tuesday, September 23, 2008

Baca Horoskop, Solat Tidak Diterima Selama 40 Hari

Jika anda pengguna internet, tidak lengkap jika tidak mempunyai emel dan menerima pelbagai info yang saban hari berbondong2 hingga tak terlarat nk membuka kesemuanya.. Kalau lah ia merupakan surat yg dipos, pasti da berguni2 hehe. Di sini suka ku lampirkan salah satu emel yg kuterima utk kita kongsikan bersama. Moga kita mendapat sesuatu daripadanya. InsyaAllah~

Petikan Emel:
"Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.
Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.
"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.
Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.
Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.
Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.
Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan.."

Renung2kan dan selamat beramal..

ein o_O

Thursday, September 18, 2008

Kalif Ismail

Haa kawan2 masih igt lagi dengan sorang budak lelaki ni yg selalu pakai seluar baggy and key kat kepala then bwk beg besar mcm guni? Ala yg selalu ngn best fren die Amir tu.... Yezza he's Kalif Ismail now doing his master in Switzerland, if im x mistaken :b . Anyway he did tell me how he really mish us as he wanted to come and join us so much on dat day but of course he cant. So he gives this web which he's been using it to upload his latest pics for us to noe 5W1H he is doing over there. So guys, do check it out if u mish his "BEB" or if u hv forgotten who is this KALIF anyway? Duhhh~

Click Here to check it out -->> Kalif Ismail

ein O_o

Wednesday, September 17, 2008

Resipi Daging Blackpepper

Da 17 hari kita berpuasa, mesti selera da x 'setajam' waktu hari pertama berpuasa. Ada pula yg smpi x tahu nk mkn apa dan mkn sekadar utk berbuka shj. Buat yg selalu terkandas dalam trafik jammed dan tiba lewat ke rumah (mcm aku), di sini ada resipi yg mudah n sempoi giler utk dimasak walapun di saat2 nk berbuka. Serbuk lada hitam digunakan utk meng'kick'kan lg masakan ni di kala lidah seperti sudah 'tuli'. Berani cubalah. Anda pasti suker~ -^_^-

Bahan-bahan :

500 gm daging lembu (potong kecil dan nipis)
2 s/b kicap pekat
2 s/b tepung jagung (bancuh)
1 cawan air
2 s/b lada hitam (tumbuk)
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

Bahan Tumis (MAYANG / HIRISKAN):

5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

Bahan Hiasan:

2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang (potong 1 inci)
1 biji tomato (belah 6)
2 biji cili merah
2 biji cili hijau

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan daging dan gorengkan sehingga daging lembut.
3. Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kicap pekat.
4. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
5. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.


Selamat Mencuba
ein O_o

Tuesday, September 16, 2008

Headache

Pg td igt da terlewat giler untuk bersahur kelam kabut aku bgn terus ke dapur masak air dulu papehal pun. Then tgk jam da dkt jam 5pg. Mak ngn kakak aku yg kebetulan dtg dgn anak2 dia drpd Kuala Selangor pn br bgn.

Lepas sediakan apa2 yg patut utk dibuat sahur, kepala aku rasa sakit sgt sbb bgn mengejut td.. Aduiii ni yg x tahan ni.. Rasa sakit pala ni seakan2 migrain.. smpi x leh buka mata rasanya.. Skang ni pn mata da berair2 kalu mengadap pc lama2.. Tula, mmg ada pesanan dari para bijak pandai kalau bgn tdo jgn terus berdiri, bgn perlahan2 then duduk kejap sebelum kita berdiri dan bergerak. Skang sapa yg sakit? Aku dan diriku juger..huhu~

Time2 skit pala ni kalau dpt tgk cite Afdlin Shauki mmg bleh hilang jap la sakitnyer ni. Tak sehat pn sanggup ke panggung. Mmg la nnt bleh beli dvd or komfem kua kt tv setahun dua lps tu. Tp perasaan tu x sama ngn tgk kt panggung; tv besar + sound system yg canggih hehe.. Filem br abg Afdlin 'Los dan Faun' akan berada di pawagam (ayat skema) pada 4 Disember 2008 ni. Nk tgk tailer die bolehlah layari laman web www.losdanfaun.com. Marilah kita sama2 penuhkan panggung citer Melayu dan secara x langsung meningkatkan produktiviti industri seni tanah air kita. Asyik penuhkan panggung citer mat saleh jer mcm maner produser Melayu yg berkaliber (x semua produser yg mempunyai kekaliberan.. mcm.. Lu pk la sendiri) nk mempunyai modal untuk menghasilkan filem yg lebih berkualiti di masa hadapan.. Walhal citer mat saleh tu pn belum tentu best walapun kosnya gemmpakk. Think abt it.



Headache me
ein o_O

Monday, September 15, 2008

Bengkel Poco-poco



Bengkel kat PD pn da abis maknanya bertambah lg la keje aku yg perlu diselesaikan. Semua nk ad hoc plak tu. Hm baki bayaran reunion hari tu pn perlu diselaraskan juga. Maaf ya, InsyaAllah sebelum Raya AidilFitri aku bank in duit korang.

Bengkel kali ni lebih santai daripada bengkel2 yg pernah kuhadiri sebelum ini. Walaupun ditugaskan di bahagian teknikal; setting lcd & presentation, tetapi x derlah seberat tugasan di bengkel lain sebelum ini. Tugasan ini mungkin adalah kerja hakiki unit aku semasa bengkel kot since department ni xder pegawai atau kerani ICT melainkan ketua unit aku yg terel gak la psl ICT ni. Paper gadjet rosak mesti minta die tlg. Salute. So nk xnk aku pn kene la terel dlm bidang ni juger. Unit kami ni nama besar tp pekerjanya 2 org jer, aku dan bos ku. Promote ckit~ "Sabahan nur bos.." huhu~

Mlm terakhir kami di sana, kakak2 ni bleh plak buat 'bengkel' poco-poco la plak lps tamat taklimat mlm tu. Sape lg instruktornyer kalu bukan Sarjan Rahim. Lan pun bleh tahan juga ada steps tersendiri. Itulah pertama kali aku tgk tarian poco-poco dan belajar poco-poco. Funny to noe dat i was so backdated but who cares haha.. Ok, a lil bit abt this dance as explained by Sarjan Rahim, Poco-poco has started long time ago back in 70's or 80's. It is supposedly a pairing dance which the partner are husband and wife and tremendously getting popular at function such as Joget Lambak; which is very popular in Malay Wedding function.

Recently, Poco-poco has become one of the most popular exercise leaving earobic exercise one step behind especially among the seniors citizen. It is so simple without the coreographing steps, only u need to repeat the same steps all over the time but yet can really made u sweat. If u dun believe me try it urself.

p/s: Dun forget to warm up 1st.


Bengkel Poco-poco

Currently listening to poco-poco by yopie latul while massaging my feet huhu~

ein
o_O

Friday, September 12, 2008

Iltizam's Gathering Sequel

Pertama sekali mohon maaf pada kwn2 yg bertanyakan mengenai 'slideshow' Kenangan Iltizam 2001-2004 dan gambar2 pada mlm bersejarah tersebut. X sempat lg nak upload dlm FRIENDSTER and all. Sekarang ni aku sedang menghadiri bengkel di PD. Maklum ler nk hujung2 tahun ni pelbagai aktiviti dan program akan diadakan sebagai 'review' dan perancangan utk tahun depan.

Di kesempatan ini aku rasa masih belum terlewat nk ucapkan berbanyak terima kasih kepada kwn2 dan lect yg sudi hadir pd mlm tu. Especially to Tracy yg awl2 lg da book flight bile tahu psl reunion ni. Dat was 1 of the reason i couldnt extend our reunion since i dun wanna make our fren lost her money for nothing. Basri plak mmg awal2 lg da semangat nk trun dr PERLIS and came downtown 1 day earlier to make sure he got his bestest look on dat nite. Lebih mengharukan apabila kami turut mengetahui DJ Fazli a.k.a Padu sanggup tuka sched keje die di saat2 akhir krn reunion ni.. Oso Ain Ismail yg 'ponteng' sekolah trun dr PENANG (Yg lain2 jgn ikut ni). Abon dtg terus dr MELAKA setelah amik FEEDA di Seremban, walaupun agak lmbt sedikit namun ttp menambahkan kemeriahan majlis ni.

Byk ucapan tahniah dan terima kasih yg kami terima. Namun sesungguhnya kejayaan majlis ni bukanlah kepada warga organizer shj tetapi kepada korang juger.. Tanpa korang, x mungkin majlis ni akan success. So Terima Kasih dan Tahniah buat korang juger..Buat yg x dpt dtg, jgnlah terus 'menghilangkan' diri. Thx kerana telah membantu secara langsung atau tidak langsung.

Moga gathering yg seterusnya dpt diadakan lg. Tp kali ini, kita mohon geng Gadises or Teruna Tegar la yg organize puler.. Pasti lebih meriah kan ~ huhu~


ein o_O

Monday, September 8, 2008

Iltizam's Reunion Dinner

Ptg tu, hujan dari tengahari tidak henti2. Jalan melalui Federal pulak jammed..Mula la sakit kepala ni.. Arghh migrain.. Lame betol x kene migrain sejak tuka department ni.. Sakit betol kepala ni tp x berdenyut2.. En asben suh lelapkan mata sementara nk smpi hotel.. Entah berapa lama ku terlelap tp kami masih sangkut di Federal, rupanya ade xcdnt antara lori dgn lori pasir. patut la pun.. apalagi yg bisa buat jln jammed selain xcdnt.

Sesmpi di hotel jam menunjukkan dekat pukul 6 ptg. Nasib baik dpt book VIP parking daripada En. Nain x pyh susah2 carik parking lg. Kebetulan Ila ngn hubby die pn br smpi, terus dia, Rahim (Ila's hubby) and En asben setlekan apa yg patot kt dlm dewan tu. Thx Rahim sempat jd urus setia yer.. Baik orgnyer ni.. rajin, peramah untung la sapa jd bini dia haha Ila jgn senyum lamer2.. Aku plak apalagi sebok dgn urus setia2 pendaftaran yg di import khas utk majlis ni buat aper yg patot..Briefing n all :b

Cemong and Yaya came with the fam and 2 org 'ketot'. Presenting 'The Gadises', who came together2 were O'in, Cheq & Tracy nek belon dari Sandakan woo.. Nurul spt biase la Bendahari tetap all program and Farkha came with sumbody jeng jeng jeng.. Thx Che Wan a.k.a Intan coz sudi join the partey.. Kalu Farkha x anta blk mlm tu bgtau k. Tshee, burfday gurl hadir striking hari ni dgn baju kurung hijau pucuk pisang tanpa suami kerana kerja, nk sambut bersama kwn2.. Syukur suami memahami dan mengizinkan begitu juge dgn Intan. ~ Meanwhile 'The Teruna Tegar' were Chedut, Ghadap, Zaki, Cat Mukrim, Azroi, Azrul, Basri and Megat Kusyairi came all alone..huhu kater masing2 nk bwk teman.. Takut ker??? B)

Couples getting married are Haidan & Ain Ismail, Abon & Feedot pn dtg tp xder kad jemputan lg tau. Couples already married are DJ Fazli a.k.a Padu (Selangor Fm) dan isteri, Zana.

Antara bekas lect yg sudi hadir Kak Anna a.k.a Puan Rezi, En Badrul a.k.a Cebad dan En. Arshad a.k.a Abg Ars huhu sorry yer en. Arshad gurau jer.. Hm.. sedih juga biler lect yg byk mengajar kami psl outdoors ni, tentunya En Syam, tidak dpt hadir kerana terpaksa menghantar sepupunya ke KLIA pada hari yg sama. Begitu juga dengan sahabat2 yg telah setuju utk hadir namun tiada khabar hingga di saat akhir.

Menambahkan migrainku, adam ex-SR13 yg akan hadir sbg photographer turut tidak dpt berbuat demikian di saat-saat akhir kerana ada review katernyer tp akan cuba mencarikan pengganti. Ahh sudah.. kwn2 da dijanjikan dengan sesi fotografi daripada cameraman handalan terpaksala gunakan adik2 pendaftaran untuk jd camera girl yg x bertauliah..

Majlis bermula dengan bacaan doa berbuka oleh DJ Padu. Kemudian En. Arshad dijemput memberikan sedikit ucapan diikuti persembahan slideshow Kenangan Iltizam 2001-2004. Walaupun persembahan 'slideshow' x sepenuhnya seperti yg kuharapkan, namun ku tahu Rashid & Ila telah berusaha membantu.. Mujur kwn2 yg hadir semua terhibur dan berterima kasih kepada organizer. Mereka memamahami beban kerja masing-masing dan tabik spring sbb dlm kesibukan kerja dan rumahtangga, kami sempat organize reunion ni..yg penting kata mereka adalah perjumpaan ini dan bukanlah perkara selainnya..

Namun ralat di hati apabila tidak dpt membuat 'Tribute to Allahyarhamah Maizatul Akmar Khairuddin, Mei 1983 - September 2003' kerana masalah teknikal yg dihadapi sewaktu itu.

Perjumpaan yg hebat ini berakhir sekitar jam 10 mlm namun masing-masing spt berat utk melangkah pulang. Perasaan rindu masih belum terlepas, byk cerita belum 'digali', byk tawa belum dikongsi. O'in aku x sempat usik telinga ko. Apakan daya masa mencemburui kita tp walau sejauh mana masa berlalu kita tetap ILTIZAM.. Walau kerja disanjung tinggi kita tetap ILTIZAM.. Walau beranak smpi 10 pn kita tetap ILTIZAM kan x kan berubah hahaha!! Jgn poyo2 and kontrol2 cun.. Bdk sport mmg..'selekeh'~ :D

Sesungguhnya yg kurang itu daripada kami warga organizer; Ain, Rashid, Ila, Tshee, Cemong, Yaya & Nurul dan yg baik itu daripada Allah SWT.

meja pendaftaran yg busy

Taraa~~

Masih tak berubah huhu..

:: Together We Have Made It Happened ::

ein
o_O


Friday, September 5, 2008

Keladi Bunting Lagi???

Ramai rupenyer komentor2 blog aku yg x bdaftar ni.. Alhamdulillah walaupun diorang x komen kat page aku, tandanya ada jugak la org yg sudi baca blog aku nih.. *grin*

Dlm byk2 yg komen tu, byk jugerla yg tanya "keladi bunting tu mcm maner rupenyer?" Ish3.. kadang2 rasa kesian juger dgn org2 yg dok di bandar ni.. apatah lagi biler mengenangkan tumbesaran anak2 yg tidak terdedah dgn alam semulajadi selain daripada teknologi yang semakin canggih dan aktiviti-aktiviti sosial.. Minta2 la dijauhkan daripada aktiviti yg melampaui batasan agama.. Nauzubillah. Bukanlah ingin mengutuk atau membuat sesiapa terasa kerana aku sendiri membesar di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur.. tetapi inilah realitinya.. Apabila Arissa, anak buahku meminta ibunya membeli cempedak goreng, "Mak nnt belikan adik yg mcm goreng pisang yg ada biji besar tu".. Terpinga2 kami sekeluarga mendengarnya.. 'goreng pisang yg ada biji besar???' Hahaha.. kelakar tp kita yg besar ni pasti terasa sesuatu.. Kalau anak pokok kelapa sawit dikatanya pokok nenas.. Jgn smpi pokok padi pun x kenal da parah lah tu..nasib baik famili2ku masih mempunyai kg halaman untuk kami 'berkubang'.. Mcm aku.. pokok durian smpi skang pn susah nk dikenalpastikan huhu..~

Nah~ Disini ku attachkan pic KELADI BUNTING dan POKOK DURIAN untuk tatapan korang..




Keladi Bunting



Pokok Durian

gambar ehsan Cik Google

ein
o_O

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Al Mubarak 1429

Alhamdulillah hari ini umat Islam seantero dunia telah mula menjalani Rukun Islam ke 3. Tanpa dapat kita lengahkan sesaat pn ia akan pasti tiba jua. Tahun ini, insyaAllah akan jadi Aidilfitri pertama aku di belah suami.. Hm berdebar2 juga ni pasti Kak Ida da menantikan ketupat palas daripaku memandangkan belah mereka 'famous' ngn lemang. Famili aku plak mmg x bleh tinggal ketupat palas... Hoho puasa baru bermula setengah hari da sebok berbicara psl raya puler.. Huhu~ Gitulah biasanya kalu da menyambut Ramadhan pasti terus akan bukak topik raya. Kueh raya dan baju raya komfem da disebok2kan sebelum raya lagi. Tempahan awl mmg perlu dibuat sebelum raya, kalau x, x berayalah kita.. Kemudian masuklah langsir, tikar getah, perabot raya pn ada.. x pecaya? Pegilah Court Mammoth Cheras pasti byk perabot 2nd hand selepas raya. Katernya org x mampu da nk byr, tp mungkinkah org tu mmg sengaja x nk byr.. nk melaram semasa raya kemudian habis raya dibiarkan pihak Court tarik balik. Hai dalam dunia ni yg haru biru skang ni mcm2 org ada..

Kesempatan yg datang setahun sekali ini, usah dibiarkan berlalu begitu sahaja.. Penuhi ia dengan xtvt yg x akan kita isi atau susah la nk isi di bulan2 lain seperti Terawih dan Tadarus. Memang susah ckit nk panaskan 'enjin' ke surau awl2 ini, tp jika x sekarang, bila lagi?? Bak ceramah Ustaz Akhil Hayy pada 28/08/09 lepas.. "Mungkinkah Ini Ramadhan Terakhirku?"

Renung-renungkan dan Selamat Beramal

ein
o_O