Search This Blog

Saturday, May 31, 2014

Buat I.C dan Lesen Memandu Yang Hilang di UTC

Hari Selasa pg2 tu smpi opis lgsg xder selera nafsu mkn mcm selalu. Besenye pg2 da kedengaran angin2 kus2 memaut di perut minta di isi. Nak wat kerja pn takde mood. Mn taknya. Wrislet hilang dlm tu mcm2 bende ada. Antara yang ada dlm tu duit (plus minus RM1K). IC, Lesen, ATM, CC, pas kerja. Tp mood stil ok xderla sedih sgt xtau kenapa. Redha mungkin?

Hasil gugle ramai yg kate report police tu tak penting sbb kalau atas kecuaian / tercicir tetap kene bayar denda. Ade gak sorang awek ni yg marah dgn polis sbb wallet die dicopet dlm bas tapi polis buatkan laporan sbb keciciran. Menurut dia polis tu kata nnt menyusahkan diorg utk pergi buat siasatan di tpt kejadian dan sbg.nya. Ape plak camtu kan. Sian awek tu. 

So atas dasar gugle td, aku pn tawakal jerlah ajak en asben g jer buat IC dan lesen kat UTC yang berdekatan sbb rasenyer ramai tahu yang UTC sumer agensi ada dlm tu. One Stop Centre katernyer. Walaupun report polis asal tu belum dicop tp bwk jerla. Kalau dicop pon TETAP kene bayar denda kehilangan kan huhuhuu T_T

Dalam kol 11.30 pg kami smpi di UTC Pudu. Parking memang agak susah tp tempat tu selesa sbb semua pn kat situ. Masa nak amik no. cakap dengan staf tu nak wat IC baru sbb hilang. Staff tu tak tya pn pasal police report die suh bayar denda jer. Haa tgk la sendiri...

credit to revlonmerah.blogspot.com

Yang sedihnya baru jer tukar IC baru last 2 month bayar RM10  .. Ok siap amik gambar dalam kol 1 lebih. Yg bestnya kaunter tak tutup pun. Cuma tinggal 1 atau 2 kaunter jer bukak. Bagus betul pejabat gomen mcm ni. nora kasi 5 * .. Tapi still IC x dapat haritu jugak maybe sbb da separuh hari. So kene dtg amik esok. Lepas dapat IC sementara kitorg pn terus carik opis JPJ berdepan jer dengan JPN tp tgk2 tutup sebab system down. Aku ajak asben lunch kt Foodcourt atas dan solat siap2 b4 blk ke opis. Mkn kt atas foodcourt atas tu kebanyakkannya nasi campur. Kalau korang nk makan pergila kedai yang belakang2 tu murah sikit daripada kedai yang depan2 dekat dgn lif. Caj makan mcm x sesuai jer dgn lauknye. Ptt la x ramai org makan kt kedai dia.

Lps solat, ajak asben lalu blk dpn JPJ tgk ehh da ok plak. terus tya kaunter boleh ker mohon lesen guna IC sementara? Officer tu cakap boleh tp kene bawak gambar. So carik la kedai gambar kat situ. Ada la 1 kedai harganya pn boleh tahan RM16 utk 4 keping gambar. Then rasa nk fotostat IC Sementara manala tau kot JPJ mintak ker. Photostat plak 30sen sekeping. Amik kesempatan ker? Sabor jerla..

Buat lesen kejap jer walau ada lebih kurang 10 orang masa tu. Abg JPJ check and ckp baru jer buat bulan Ogos aritu kan. Hm nk wat camner bang. Wallet kene copet. IC pn sy br tukar baru juga pon hilang. Lepas bayar denda RM20 dapatlah lesen baru mcm IC tu (mcm yg hilang) yang aku akan gunapakai utk 5 thn akan dtg.

Since bank dekat ngn opis ajak asben try luck g Maybank untuk apply kad ATM. Malangnya permohonan kad ATM perlu gunakan IC asal kalau nk guna IC sementara kene g apply kad tu dekat branch yang kita buka akaun. Sokeylah~~

Esoknya kol 11pg gak smpi kt UTC Pudu. Sampai kat JPN amik nombor dan tunggu dalam 1jam da dpt IC baru yehhhh. Balik opis dan terus g wat kad ATM. Kene bayar RM12 yer. Kalau xnk bayar die tolak jer duit dlm akaun. Kad ATM tu boleh pilih nak kad ATM kuning biasa atau Kad Debit gambar buah ceri. Nantila citer apa kelebihan kad2 ni pulak. Fuhhhh lega dah rase hati ni. Alhamdulillah. :)

Wednesday, May 28, 2014

Hilang Beg Duit a.k.a wrislet

Dugaan dtg lg. Hari Isnin. First day in a week. Paniknya rase bila tgk dlm handbag bende paling penting takde.."Mana beg duit ni?" Abes 3 3 handbag diselongkar. Dahla masa nk time. Jam menunjukkan pukul 6.50 pagi nenong nenong~~ lmbt la arini. Dala terlambat ckit bgn gara2 nk berikan sokongan kepada pasukan Malaysia dlm Thomas Cup. Lari time tdo terus x leh tdo. Jetlag kah? huhuhu..

Bila en asben da tunggu dlm kete bertambah panik la rasenyer. Setelah puas crk mn yg boleh dipikikan dulu br la kua g kete dan dgn lemahnya ckp kt asben 'walet hilang' dgn muka sedih yp x nmpk sbb gelap.  Asben plak dgn konfiden ckp 'rasenyer puteri main smlm'.  Hati pn terus berbunga..

Tp tu sume harapan tinggal kenangan. Bila blk uma dan selongkar celah2 mana yg boleh kompem mmg xder wrislet tu. Huwaaa Allah swt jer yg tahu perasaan dalam dada ni. Bila bgtau asben terus dia call bank to blocked all the credit cards (cehh mcm byk sgt CC kan) dan aku plak call la mak sedara yg aku bajet kat uma die walet aku hilang/ cicir/ kecopetan. 

Flashback, hari Ahad tu ade kenduri pertunangan sepupu asben. Uma mak2 sedara ni mmg sebelah menyebelah. Nape baru nk call? Well pd fikiran aku biarlah aku betul2 pastikan wrislet tu mmg tiada dalam uma aku. Then lets say hilang dan dijumpai di sekitar kwsn uma kenduri mesti dah ade yg call my MIL pya. Mereka ni merupakan saudara yg sgt rapat antara satu sama lain mmg buatkan aku terharu kaalu bersama diorg. Smg mereka dirahmati Allah swt.

So mlm tu lps dinner terus asben ajak g wat laporan polis spy esok pg leh terus g wat dokumen penting apa yg patutla. He's so worried bcoz he needed to go outstation for quite a long time. So all the important documents must have wif me b4 he leave. Bila polis tu dah sain report tetiber beliau berkata 'Ok puan boleh dtg esok time opis around jam 2pm to 4pm untuk cop pengesahan dan bayar RM2'.. Tanjat hakak opis da la jauh berbatu2 nk plak kene dtg esok time keje. Mayb polis tu pasan kot muka aku yg tertanjat tu cepat jer die ckp 'Puan boleh suh wakil dtg copkan pn takpe'

Hahahaha okla abg polis. Kita tgkla camne esok.. Asben pn senyum kamben jerla



Tuesday, May 20, 2014

Milo Banyakkan Susu

Memula tu mcm x caya gak biler opismate ckp die akn minum milo byk2 bile tgk ebm berkurangan. Dari dok dgr ckp org jer mn nk tau berkesan ke tak kn so mestila kene cube sendri br bleh nk citer. (Paling x suke kalau org jual brg bercerita bagai nk rak tp die sendri x cube pon. Kekwat.)
Aku ni mmg jenis pelupe tmbh sejak da bersalin dua org anugerah Allah lg2 kepelupaannyer tuh. Pil homeopathy tu mmg ade je la dlm drawer. Time igt gla mkn time x igt x mkn. Kdg berhari x mkn pn . Pil perancang? Rancang sendri jerla huhuhuhu.
So atas ckp2 kwn td tu aku pn try minum milo sejam sebelum nk pam. Alhamdulillah.  Lancar je production. Hasil pn lumayan.  Bila difikirkan mungkin betol jgk milo ni bleh jd pemangkin penambahan susu sbb milo kn coklat. Coklat merangsang hormon happy (ape nama ntah). And biler kite happy bdn pn happy ebm pn byk insyaAllah.  Pape pn yg penting ibu2 menyusu kene rajin berzikir dan berdoa mohon diperbanyakkn susu utk baby juga k!
Renung2kn dan selamat mencoba!