Search This Blog

Saturday, October 17, 2015

Cara Cari KOD di Pampers DRYPERS

Selama ni ingatkan KOD DRYPERS ni adalah BARCODE yang cashier scan masa nak bayar. Pelik jugak sebab barcode tu kebanyaakannya sama jadi mcm mana nak key in di website dan dapatkan point kan?

Disebabkan kebizian campur malas-malas sikit takdelah dibelek2 website www.drypers.com.my tu. sekadar register jer sbb masa tu welcome gift dpt Beg Ladybird tp sampai ke sudah x dapat. Bila kumpul plastik drypers da tahap melampau aku pon dengan cerdiknya gunting amik barcode jerla seperti kefahaman aku sblm ni dan buang lam beg plastik pampers tu. Bila nak key in barcode tu mmg tak lepas tapi.. masih malas nk kaji lagi kenapa tak boleh key in? Nak call lagi tak rajin.

Baru tak baru ni adik aku tya aku ada redeem ker dan senyum jer bila dgr cerita iols ni. Haiyaaa rupanya code tu terletak di bahagian dalam plastik!!! Aduhhh sakitnya tu di sini rasanya. So ni nak share kepada sapa yang tak tahu tu bleh tgk gambar ni yer. Selamat meng-collect points! 


Thursday, October 15, 2015

Kadar Baru Fi Hilang IC

Credit: yeopmaz.com
Tudia kadar baru hilang IC.
Kalau difikirkan mestilah ada sebabnya takkan la suka2 kadar denda sampai RM1,000 dikenakan jika 3x kali hilang. Kalau dah smpi 3x, sapa2 pon marah kan.

Mengikut laporan MalaysianInsider, kadar kehilangan IC semakin meningkat setiap tahun.



Musykil juga ya. Tp dengan byknya kes ragut, samun yang berlaku dua tiga menjak ni mcm mana la IC pun x hilang sama. So berhati-hati lah lah dgn hati yang penuh hati hati.




Friday, October 2, 2015

Review: Arowana Spa, Taman Melawati

Image result for arowana spa taman melawati







Wanita mana tak sukakan SPA? Ada ker? Kalau ada xpelah kisah plak aku dia suka ke tak kan. Yang penting saya suka saya suka hihihi. Da byk jugak SPA yang aku try tp x pernah nk buat review. Okla kasi satu dulu kat blog ni sementara tgh rajin hehe.

Terpikat dengan harga kat pakej AROWANA SPA ni masa jalan2 kat GROUPON. Gile tak beli kalau 3 jam treatment harga RM38 jer. So aku amik package for 2 sbb nak bawak mak sekali syok2 kat SPA. Lokasi pun agak dekat. Terletak di belakang Bank Rakyat Taman Melawati dan menghadap kawasan parking. 

The deal

  • Full body spa for 1 person for RM38 instead of RM341
  • Full body spa for 2 people for RM68 instead of RM682 (only RM34 per person)

3-hour package includes

  • 1-hour full body massage (choose 1): 
    - Full body Royal Relaxation massage with hot stone 
    - Full body traditional Malay massage
  • 45-minute full body scrub
  • 30-minute full body mask
  • 15-minute face therapy
  • 10-minute foot detox
  • 20-minute foot reflexology
  • Serving of complimentary drink




Hari kejadian kami smpi jam 11.10 pg. Masuk je spa ni akan jumpa tempat salon dulu. OK yang ni aku suka salon and spa 1 tempat. Nanti senang kalau nk buat treatment badan dan treatment rambut :)
Then masa isi borang maklumat peribadi beselah therapist akan offer mcm2. So aku terima offer sauna untuk 2 orang sebanyak RM30 selama 30 mnt. Kemudian minyak massage plak ada halia atau serai. 2 orang dapat harga RM10. 

Baru start treatment, ada customer dtg. 3 orang dan sorang tu bakal pengantin. Terus therapist aku minta excuse untuk entertain customer tu. Antara dialog yg aku dengar:
C: (masuk kawasan bilik) Tinggal 1 bilik jer kosong mcm mana dengan yg lain?
T: Kene tunggu la.

My booking supposed to finish at 2.00pm (tu belum add time for sauna) how can they accept other booking at 12pm??? Perasaan pon da x best sbb aku berani jamin therapist mesti kalut nak kejar client. Masa tgh massage pula, therapist pujuk buat bekam angin kat bahu. Keras sgt katernyer. SO i did for 2 cups at RM15 (offer lagi katenyer). After putting masker, the therapist straightaway did facial. Tak lama lepas tu da p suruh mandi masker pon x kering lagi. Terdengar plak customer td tya kain lapik x tukar ke sbb basah ni. Therapist kata x pe basah sikit jer. Fuhh nasib baik aku kira first customer utk bilik aku. Hmmmm. 

In the deal, u can see we shoud get foot detox and foot reflexology all for 30 mnt. But we didnt. My treatment started with massage erm barely massage not Malay Massage mcm mak bidan buat, abit Bali massage laa, then scrub, afterthat sauna, masker (add bekam), facial, shower and drink. Thats all and it finished at 1.30pm. My 3 and half hour treatment had became less than 2 hour treatment.

I might put the blame on GROUPON too since their printed voucher no longer stated the details of DEAL that i bought. My mistake as well as i didnt manage to write down the details on the printed voucher. I feel unhappy and thinking to cancel 3 other packages i bought on that day. Its sumthing i need to sort out later.

Thats all.

Saturday, August 15, 2015

Happy Besday Yaw!

Happy Besday to me!

Alhamdulillah another year is coming through. Semoga perjalanan nya dipermudahkan walau pun ku tahu as a Muslim, ujian kan sentiasa hadir untuk menguji sejauh mana iman dalam diri ini.

Sepanjang menjalani kehidupan macam2 yang pernah dilalui. Itu dinamakan pengalaman dan sejarah hidup. Setiap orang takkan jalani pengalaman yang sama walaupon bersama semasa hadapi sesuatu peristiwa kerana JIWA kita berbeza. Rasa kita berbeza. Pemikiran kita berbeza. Jadi semua insan adalah berbeza. Orang boleh melihat beban dan jalan yang kita lalui tapi orang takkan rasa apa yg kita rasai.

Image result for birthday wishes to myself quotes

Friday, July 24, 2015

Never Had - Oscar Isaac



I've been gone for so long now
Chasing everything that's new I've forgotten how I got here I have not forgotten you We were just children but our eyes opened and You were all that i could see You came close enough to know my heart beat but Still not close enough for me Through the good times and the bad You were the best I never had The only chance I wish I had to take But there was no writing on the wall No warning signs to follow I know now and I just can't forget You're the best I never had In this motel Well passed midnight When I'm bluer than a bruise You come drifting in through the half light In your funny yellow shoes And I hope that's you standing at my doorway That's the scratching of your key And I hope this song I'm singing Someday finds you Whereever you may be Through the good times and the bad You were the best I never had The only chance I wish I had to take But there was no writing on the wall No warning signs to follow I know now and I just cant forget You're the best I never had Best I never had Best I never had

Thursday, July 23, 2015

Tips Persiapan Aidilfitri (Elakkan Stress)

Salam Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin kepada korang andai ada yg terasa dengan bahasa kasar saya semasa menulis blog ni. Tahun ni terasa meriah nya Aidilfitri sbb dah 7 Syawal tetapi rumah sedara mara pn lom abis raya walaupon kua pagi balik malam huhuhu. Ok nak share sikit tips yang rase berbaloi untuk dikongsi. InsyaAllah xderla rase serabut dan stress menjelang Syawal dan ibadah Bulan Ramadhan pon dapat dilaksanakan dengan tenang....


1) Beli Baju Raya Siap
Kalau rase saiz badan tu standard kan means beli baju siap pon da sedap pakai and jenis x cerewet , nasihatnya korang beli jerla baju siap. Sekarang ni harga kain pasang pon dah mahal. Lom nk byr harga upah tukang jahit lagi and belum masalah baju raya x sempat siap ataupon baju raya rosak sbb tukang jahit dah kelam kabut menjahit nk siapkan segala mala tempahan yang dia ambik. 


2) Shopping Time Sales!!
Tak kisahla sales bila pon kalau korang tgk harga nye mmg murah giler beli jerla. 

Dis year persiapan Aidilfitri dah dibuat seawal bulan Januari lagi hehehe. Since Jakel buat jualan penghabisan stok raya last year masa tu, so why not gunakan kaedah penjimatan yg berhemah? Baju raya sama jer cuma harga jer yg berbeza kerana bergantung kepada masa jualan.

Thx kat kakak ipar yg bgtau info masa tu. Siti Nurhaliza Collection's by Jakel and Aaron Aziz's Collection harga RM50 sepasang x giler??? Padahal kalu masa nk raya last year tu harga ratus2 gituw. Kebetulan bonus pun br dapat kan. Pandai Jakel nih. Paling mahal pon dlm RM75 jer lepas tawar2 lagi dengan manager Jakel tu. Bagus jugak manager Jakel ni kalau die tgk kite beli byk die kasi can la kite tawar lagi hihihi. Setel dah baju raya asben, MM dan MIL.

Kalau perkakasan rumah dan perabot pon boleh jika harga nya mmg murah giler!!!


3) Persiapan Rumah
Kalau nk siapkan rumah plak contohnya nk ngecat rumah ke tukar tikar getah ke nk tukar nako tingkap ker buatlah sebelum Ramadhan. One thing jugak bila kite setelkan satu persatu kewangan x rase membebankan. This financial management. Ada setengah kontraktor bleh byr ansuran oklah. kalau  x boleh, buatlah 1 bulan 1 bende kasi setel OK. Jgn kumpul hutang. Rancangla ikut kemampuan juga.


4) Kawal Pembelian Juadah Berbuka
Limitkan 1 atau 2 dessert sahaja semasa berbuka. Especially yang anak kecil2 lg mcm aku ni. Kalau kuih 5 biji RM2 beli la campur2. 


5) Tidak Perlu Berbuka di Hotel/ Restoren
Jika tiada keperluan xperlu la berbuka di hotel yg kebiasaannye harga pun bleh tahan.  


6) Persiapan Terakhir
Bila da setel yang major masa bulan Ramadan nnt boleh la setelkan barang2 kecil jer cthnya tudung selai dua, kerongsang, pin2 bagai kan. Jadi masa bershopping pon dpt dikurangkan dan bleh balik berbuka di rumah. Malam pon bleh g terawih.


Ini antara perkara basic utk dibuat. Dalam maksud yang lain persiapan raya ni boleh dibuat sepanjang tahun tak perlu tunggu dah nak raya br nk sediakan semua. Takut membebankan bagi yg kurang berduit tp kalau duit ade berguni-guni ape nak heran xyah survey2 g beli jer pape yg nak bila2 masa. 

Yang bagusnya bila persiapan raya dibuat lebih awal kite akan lebih bersedia menyambut Ramadhan Kareem kerana ianya bulan yg penuh rahmat utk umat Muhammad SAW. Rugilah kalau kita sia-siakan. Entah kita masih bisa berjumpa Ramadhan di tahun hadapan. Wallahua'lam bissawab.



Friday, July 3, 2015

The Zikr (Nazrey Johani) - Mengemis Kasih

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua lupa
Lalu terhiritlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan... dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan... walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku..




Ya Rabb, sungguh benar apa yang disampaikan melalui syair indah ini. Ya Rabb, Engkaulah Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Engkaulah Yang Maha memberikan petunjuk kepada hambaMu. Semoga engkau mengampuni dosa2 kami yang sering alpa dan seronok berada di dalam kelalaian. Bukakanlah pintu hati kami, lapangkanlah dada kami, lembutkan dan bersihkanlah hati kami agar kami bisa menerima perkara2 yang bermanfaat dan menolak perkara2 yang memudaratkan jiwa kami.

Ya A'lim, Walau kami sedar bermacam2 yang kami mohon kepada Mu tapi tidak pula kami berusaha untuk mencapainya sendiri. Masih kami keraskan hati kami kerana yang wajib itu amat payah untuk dilaksanakan, yang sunat dan sunnah itu sering kami abaikan, lidah kami tidak mengalunkan zikir kepadaMu, hati kami tidak bertasbih kepadaMu. Malunya kami tapi kami hambaMu yang lemah lagi hina. Tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan pertolonganMu Ya Rahman Ya Rahim. La illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin.

Wednesday, July 1, 2015

MyDear Warehouse Sale 25 Jun - 5 Julai 2015

My Dear Warehouse Sale Baby Malaysia Jualan GUdang Clearance 2015 Beranang 2016

Nampak tak? Nampak tak? ^_^

bleh search kat sini --> http://www.everydayonsales.com/98086/25-jun-5-jul-2015-my-dear-warehouse-sale

Tuesday, June 30, 2015

Opick - Rapuh (Lirik)



detik waktu terus berjalanberhias gelap dan terangsuka dan duka tangis dan tawatergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepihadir bagai teman sejatidi antara lelahnya jiwadalam resah dan air matakupersembahkan kepadaMuyang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkahkadang tak setia kepadaMunamun cinta dalam jiwahanyalah padaMu
maafkanlah bila hatitak sempurna mencintaiMudalam dadaku harap hanyadiriMu yang bertakhta
detik waktu terus berlalusemua berakhir padaMu
T_T

Monday, June 22, 2015

Kedai TG Cemerlang - Masakan Patin Temerloh

Ok. Takyah cakap byk, patin masak tempoyak kedai ni mmg meletop sedap cuma pedas . Yes pedas. Tak boleh la compare  dengan patin tempoyak RNR Temerloh kedai hujung tu yer. Yg tu mmg terbaik. But stil patin tempoyak ni sedapp. Kelasss tersendiri.

Selain tu ade patin goreng diletak kan sambal. Ermmm pun sedap jugek sbb patin tu digoreng garing2. Yg paling layan kalau korang mkn dua2 sekali hahaha . Tamak haloba betol. Kalau larat boleh la. Kalau x larat order patin tempoyak mintak sambal tu sekali. Walaupon tempoyak tu podeh tp percayalah yg kaki pedas mesti suke kalau mkn lak dgn sambal. Eh ikan bakar pun ada tau!

Air dia pon limited and simple jer. Kalau limau tu diorg guna serbuk jer. Yang tak sedap dan tak best adalah kedai ni bukan kat shoplot. Jadi mmg panas la kalau g mkn tengahari. Xdo plak kipas kan. Mkn pedas2 mmg bleh lencun ketiak huhuhu. So nak tau g la rasa sendiri. Bon appetit.
Landmark : berhadapan masjid kinrara.

** Sorry lupe nak amik gambo menu huhuhu..

Wednesday, June 17, 2015

Doa Elakkan Sihir

Image result for bismillahillazi la yadurru ma'asmihi

Ini nak share pengalaman sendiri. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Kejadian berlaku tahun lepas tak silap aku. Bila DH minta masakkan megi di petang hari aku pon dengan seronotnyer g masak. Tengah masak tu sambil memandang ke luar jendela tetiber terdetik pesanan ustaz2 yang selalu dengar kat tv kat radio supaya amalkan bacaan doa di atas.

So elok megi masak aku pn baca Ya Latiff 7x ( petua eratkan kasih sayang ) dan baca ni:

Image result for bismillahillazi la yadurru ma'asmihi

Masukkan megi di pinggan pertama alhamdulillah ok. Bila masuk kan jer megi di pinggan kedua pinggan terus retak 2 terbelah tengah. Nice cut. Hati terkejut sikit dan terus panggil DH tgk. DH kata insyaAllah takde paper cuma pinggan tu dah lama pakai. Hmm ye ke??

Papepun. Aku hambaNya yg lemah berserah kepadaNya. Tiada daya dan upaya selain dengan pertolongan Allah SWT. Amin amin ya rabbal ala'min.



Tuesday, June 16, 2015

Sekolah Asrama Penuh 2 Bulan Ajew


Image result for school

Tetibe digamit kenangan zaman bersekolah plak time lembayung senja menjelma.  Tapi paling tak boleh igt tp terigt gak bila aku pernah bersekolah di asrama penuh di utara semenanjung. Haa ayat mcm best jer tp aku sekolah kat situ 2 bulan jer kot hahaha sedih tp benar dan benar2 berlaku.

Dari darjah 6 aku mmg teringin nk sekolah asrama tp xtau mcm mana. Mak ayah pn x de pengalaman kan. Masa cikgu bgtau psl MRSM rase berkobar2 nak belajar tp malangnya masih xder pendedahan mcm mn nk apply tau2 jer dah tutup selepas Percubaan UPSR kot. Bila ayah decide nak masukkan sekolah yg aku x pilih aku merajuk xnak g sekolah. Malas belajar tp selalu wakil sekolah utk aktiviti KoKo, PRS, Koperasi, AADK, wakil sekolah dlm sukan (carik can xnak masuk kelas sebenarnya). Sbb byk skip kelas lama2 jadi bodoh gak kan. Hahaha nangis jap.

Ada setengah cikgu asik marah jer sbb xreti dah nak jawab soalan. Ada gak 2 3 cikgu yg baik x marah pn tp paling salute cikgu Maths aku. Smpi skang xbleh lupekan die tp bleh tak aku tak igt nama die ;p Hampeh betol aku ni. Die la penyebab aku minat belajar balik. Minat Maths. Algebra tu mmg favorite questions. So bila dpt result yg agak cemerlang masa PMR (6A2B okla tu kot) aku pn teringin nk fulfilled impian yg terbantut masa darjah 6 dulu.

Pada pendapat aku pada usia sekarang dan selepas aku grad, aku rasa sistem sekolah yang benarkan senior meragging, denda dendi mmg merosakkan. Ini atas pengalaman aku dan nasib akulah kan mmg bukan nasib korang. Well setiap org ade keyboard masing2 dan terpulang kat korang la taip ape pon.

Camne aku bleh sekolah 2 bulan jer ek? Bukan sekolah asrama penuh sekolah teknik plak tu tak benarkan pelajar berpatah balik ke sekolah biasa? Haaa mesti byk persoalan korang kan kalau korang pernah g sekolah teknik/ vokasional lah. Yg x tahu prosedur tu baca diam2 sudah lah hihihi jgn mare.

Sbb musabab nyer merujuk pd Para di atas. Since aku sorang jer asal drpd Kolumpo Puan Warden pun sudah semacam lah dgn aku. Apehal nyer ntah. Ataupun perasaan aku jer entahla. Tp mmg ade dengar2 sore2 yg jeles dgn budak Kolumpu sorang ni dan warden pn penah sound aku 'toksah dok nak 'aku kau' la. Ckp jerla 'hang hangpa'. Eh eh eh.............. apela masalah puan kan. Wah sakit nya tuh di sini masih ada ker Cik aIn? Ha memang!

Nasib baik aku ni lembut hati orgnyer. Berendam airmata jer dok kat sekolah tu. Ngn senior ntah pape. Senior sgt ker? Sekolah pn ade form 4 form 5 ja pon. Tu pn kat food hall bleh nak asingkan form 4 form 5. Sekolah lain pn mcm tu ka? Nak guna public fon yg ade hya di blok senior pun ada time for junior and senior. Kang ade senior kesian kat aku bg guna, kang warden blok senior nmpk aku kene marah. Ade kes kecurian 1 blok kene denda membebel2 kat depan tu paksa suh mengaku. Bila aku tulis surat kat kawan bercerita psl minggu orientasi, senior wat spot check dan jupe surat tu terus denda sapu hall sekolah sambil galak bercerita psl isi surat tu. Aku cerita yg benar jew. Kalau terasa dgn apa yg aku tulis salah sapew kan kan? Pastu nak marah pulaksss kihkihkih tak leh terima kenyataan ke kak oi?

Langsung mati semangat dan minat nak belajar. Jumpe kaunselor sekolah pn lagi memburukkan keadaan. Mmg mcm harem sbb lps tu warden jupe aku dok perli2 plak. Ape masalah puan tu ntah. Paling sakit ati bila ayah terparking moto lepasi gate blok asrama aku. Ayah dtg naik bas smpi utara pinjam moto sedara x bgtau sbb kesian kat aku yg setiap hari call. Jadi ada sekali tu ayah kesian agaknya ayah terus shoot dtg asrama. Terharu betol aku tp tak bg warden tu. Lepas ayah blah die panggil aku dan cubit2 otot lengan ni sbb lelaki tak boleh lepas gate asrama sebenarnya. Tp ayah betol2 kt pintu asrama tu jer. Aku ckp ayah xtau sbb sy x bgtau. ayah x bgtau pn die nak dtg.

Kat sini gak aku belajar apa tu politik especially politik adik beradik. Sebagai seorang yg tegar KoKo aku pergi la selection komander satu badan beruniform ni tp bila da tinggal ber2 dgn adik senior pemes, so guess who got the throphy?? Ini diakui oleh salah seorang juri. Another thing, kt terminal bas yg jauh nya 20km dr sekolah pn akan jadi isu kalau korang tukar baju uniform sekolah atau bukak tudung. Smpi sekolah sok lusa siap la kau!

Disebabkan agak pofular gak aku pn dilantik sbg AJK Prep. Hmmm dala xder minat nk study dah suh plak aku jadi AJK Prep. Dengan aku2 kene denda x turun prep hahaha. Aku x sempat nak kenal dormmates aku or aku yg da x igt diorg kot. Paling tak best bila dormmate selang 2 katil bwk naik food sbb parents die dtg, acah-acah sorok2 food xnk bg aku mntx. Hya kawan2 die pilih jer dipanggil. Duhhh~~~ hand on chest.

The ultimatum bila aku demam panas. Tak pernah kene teruk mcm tu seumur hidup till now. Ok it was called 'homesick' ngeh ngeh ngeh. Dengan running nose yg dasat. Aku pon gagahkan diri turun ke sekolah sbb nk suh driver sekolah hntr g klinik. Lepas kumpul 6 7 org driver pon hntr g klinik kerajaan dan blah terus lps drop ktrg. Dah nasib aku jd org 2nd last di tpt yg aku lgsg tak familiar. Aku pesan ngn budak last nnt tunggu aku kt sini sbb bilik doctor lain2. Bila da amik ubat aku tak jupe kawan tu. Bila nmpk kawasan klinik tu lengang aku assumed budak tu dah blah. Jam kol 12 tgh. Matahari dah terpacak perut lapa badan tak larat halatuju tak tau ke mana tp tawakal jerlah. Jalan dlm 10m jupe ngn abg posmen tya arah bus stop. Die bgtau arah dan aku syukur sgt jupe dgn die. Smpi bus stop ala2 bas stop Seksyen 18 Shah Alam, aku nmpk ramai student dan kawan last tu pon ade tgh oder mkn bungkus. Terus aku g kat die and tya kenapa die tinggalkan aku? Dia ckp budak2 lain dah jln kaki so die pon jln la sbb die pn tak tahu jalan kat situ. Siap ofer aku tapau lagi. Aku tak jawab tp terus jln g public fon and call mak. Nangis!!!!

Driver sekolah amik kat situ rupenyer. Gilerlah nk jln agak jauh tu.. Kalau pestimer mcm aku ni mn nk carik bus stop mcm tu celah2 umah org? Smpi sekolah aku terus g pejabat sekolah nak jupe dgn PKHEM. Wow masih terasa perasaan tu. Betapa aku nekad. Jgn dibangkitkan harimau yg sedang tdor. Kucing yg manja jgn igt tidak mencakar. Staf kata PKHEM xder g umrah mulai hari tersebut. Aku pn minta utk jupe dengan mana2 cikgu yg setaraf or aku takkan berganjak. Puan Warden dtg opis pujuk aku mmg mampus la aku nk layan ko. Kemudian encik kaunselor pulak dtg pujuk tp takkan aku termakan lg. Ko dah khianat aku sebelum ni kan lagi nk tunjuk muka. Akhirnya aku mengalah sbb rase dah nak tumbang.

Esok tu ayah smpi lg dgn motor (kali ni mmg paksa dtg) terus g opis dan aku ckp aku nk quit sekolah ni. Cikgu pemangku la kot suh aku amik cuti 2 minggu pikir masak2. Ini antara 10 sekolah teknik terbaik Malaysia katernya. But i didnt bother. Aku da siap berangkut brg aku dah. Mana yg boleh sedekah aku tinggal jer utk kwn2. I would not come back. Ktrg blk dengan 1 handle ayah bwk baldi and penuh brg2. Tabahnya ayah melayan anakmu. I luv u ayah. Apa anak ni nak sume ayah cuba sedaya upaya tunaikan. I will try my best to repay u.

After 2 weeks ayah dan aku g jupe pengetua sekolah lama. Berbincang psl kes aku. Pengetua xder halangan asalkan kes aku tak sangkut di Jabatan Pendidikan. Seronok jupe kawan2 lama. Yg sedihnya aku byk ketinggalan silibus setiap subjek. Sedih gak bila abg marah sbb die spend almost RM1k masa registration sekolah asrama. Mcm2 nak kene beli tau. Cadar sarung bantal sekolah punya, baju n seluar sukan sekolah, kelengkapan belajar engineering (papan n pembari LK, set geometri, blablabla), dictionary Oxford (tu pun wajib ker?) and x igt dah.

Bila ayah n aku g JPNKL nk setelkan kes perpindahan balik diorg x dpt trace nama aku. Tp bila tau kes ni die ckp aku x boleh balik sekolah lama blablabla.. Talk only No action. Bagusla tu. Smpi nak SPM cikgu kelas remindkan psl kes aku sbb aku kene setelkan sendiri. Kalau nama aku bermasalah untuk dicalonkan sebagai Calon Sekolah cikgu akan registerkan sebagai Calon Persendirian. Pergi balik JPNKL dan nama aku clean. Konfius gak ape jadi dgn borang permohonan masuk sekolah teknik dan akuan ala2 akujanji tu?? Hmm tp biarlah tiada masalah hati pon senang muahaha.

Skang sume da berakhir hya tinggal kenangan. Walau pahit mana pun ianya kan kenangan.. So kenang kenang jerlah hihihi...


Image result for school






Friday, June 5, 2015

Roti Canai Segera warna hijau??

Last week month teringin sgt nk makan roti canai. Tp disebabkan aku x pandai nak canai2 dan terbang2 kan tepong tu jadi beli jerla yg da siap pya sambil nyanyi lagu frozen. Frozen food kan kate kau.

So pg tu dengan semangat penuh dedikasi nk hidangkan roti canai buat org2 tersayang aku pn bangun awal terus panaskan kuali. Tetibe roti tu nampak warna2 hijau. Risau makcik kalu roti tu bertukar jadi 'Hulk' isk isk isk.

Aku tawakkaltu a'lallah dan berdoa moga tiada lah 'racun' di dlm mknn yg nk hidangkan.

Alhamdulillah semua sihat wala'fiat dan roti canai garing tersebut habis. Walaubagaimanapun aku takkan beli dah instant roti canai brand KRAFT tu. Sebelum ni beli instant capati brand apetah mcm nama arab sikit. Yg tu mmg mebeles. Kalu makcik beli lg makcik up gambar kt blog ni k.


Thursday, April 16, 2015

Mengingati Mati

Lately kesihatan ni tak menentu.. baru ucapkan syukur Alhamdulillah atas kesihatan yg semakin baik disebabkan gejala dan sindrom penyakit. Selang seminggu pastu dapat penyakit yang baru. Syukur Alhamdulillah juga. Kenapa sakit pun ucap syukur?? ^_^ Sakit tu adalah ujian Allah untuk hambaNya yg disayangi. Dalam kata lain Allah sedang memerhatikan kita. Nak menguji sejauh mana pulak kasih sayang kita padaNya.

Amboii .. kalau dengan orang yg kita sayang, pasti sanggup lakukan apa jer walaupun sedang sakit kan. Mcm tu juga Allah inginkan kasih sayang kita, hambaNya yg 'sombong' ni. Astagfirullahhal a'zim.

Dua tiga menjak ni banyak kedengaran khabar daripada saudara, kawan mengenai orang2 yg mereka kenali sedang sakit tenat malah yang pergi menghadap Ilahi. Setiap kali menyebut 'Innalilah hiwainnailaihi rojiu'n' pasti terselit sendu kat hati ni. MATI ITU PASTI. Tp apakah kita dah bersedia? Cukupkah amalan sebagai bekalan? Andai kata mati itu semakin hampir kala ini, bagaimana dengan anak2??

Banyak betul kira2 yang dihitung dalam benak fikiran ni. Tp bermaknakah semua tu andai hari ini adalah hari terakhir buat ku? Semoga aku tidak lagi menjadi orang-orang yg rugi..



Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”. Kenapa Rasulullah menyuruh kita untuk memperbanyak ingat akan mati? Yang pertama, kerana mati adalah kepastian “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185). “Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).

sumber: http://tazkirahjumaat.blogspot.com/2008/10/tj-mengingati-mati-hadis-kaya-harta-dan.html

Tuesday, February 24, 2015

Sia feat David Guetta - TITANIUM



You shout it loud, but I can’t hear a word you say
I’m talking loud, not saying much
I’m criticized, but all your bullets ricochet
you shoot me down, but I get up

I’m bulletproof, nothing to lose
fire away, fire away
ricochet, you take your aim
fire away, fire away
you shoot me down, but I won’t fall
I am titanium
you shoot me down, but I won’t fall
I am titanium

Cut me down, but it’s you who have further to fall
Ghost to-own and haunted love
Raise your voice, sticks and stones may break my bones
I’m talking loud, not saying much

I’m bulletproof, nothing to lose
fire away, fire away
ricochet, you take your aim
fire away, fire away
you shoot me down, but I won’t fall
I am titanium
you shoot me down, but I won’t fall
I am titanium
I am titanium
I am titanium

Stone hard, machine gun
Fired at the ones who run
Stone hard, though as bulletproof glass

You shoot me down, but I won’t fall
I am titanium
You shoot me down, but I won’t fall
I am titanium
You shoot me down, but I won’t fall
I am titanium
You shoot me down, but I won’t fall
I am titanium
I am titanium
I am titanium

Madilyn Bailey cover : https://www.youtube.com/watch?v=PGoCtJzPHkU&list=PLE5B4071C46DD67B8

Tuesday, January 6, 2015

Selamat Tahun Baru 2015








Tahun Baru dah menjelma. Kalendar meja pun telah bertukar baru tp masih ade 1 errm 2 kalendar tahun 2014 di atas meja sbb makcik ni malas nk selak2 kalendar bila kene check claim etc. haha..

Dasatnya dah tahun baru tp masih ada penyakit M tu hmm semua org ada kan dan x kan hilang smpi mati agaknya. Takpe asalkan jgn MALAS nk SOLAT dan beramal k.

Makcik ni xderla excited nak celeb2 new year ni dah and ade dah yg kabo kita sebagai orang Islam lebih afdal meraikan 1 Muharam. Yer ada benarnyer tu. Untuk menjadi muslimin muslimah yang sejati mmg sukar di zaman serba mencabar ni. Terlalu banyak godaan dan dugaan. Tp jika kita beramal, buat apa yg Dia suruh tinggalkan apa yg Dia larang, hayati rukun Islam dan Rukun Iman, insyaAllah hati tenang dan kita menuju ke arah yg lebih baik dan terbaik.

Makcik ni bukan poyo cuma makcik ni terlalu byk khilaf dan alangkah indahnya kalau makcik ni tersedar lebih awal. Alangkah bagusnya andai ada org yg sentiasa mengingatkan makcik sedari dulu. Papepun, itu semua sudah berlalu. Yg hidup perlu meneruskan kehidupan dan menuju ke arah yg lebih baik sehingga ajal dtg menjemput.

Demikianlah wawancara dgn makcik Temah dari Kg. Daun Semambu. Semoga Tahun 2015 akan dipenuhi dgn warna-warna keceriaan dan kebahagian dalam diari hidup kita.. Kekasih tulis namaku... di dalam diari hatimuuu...~ Eh ternyanyi pulak ;)