Search This Blog

Thursday, July 23, 2015

Tips Persiapan Aidilfitri (Elakkan Stress)

Salam Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin kepada korang andai ada yg terasa dengan bahasa kasar saya semasa menulis blog ni. Tahun ni terasa meriah nya Aidilfitri sbb dah 7 Syawal tetapi rumah sedara mara pn lom abis raya walaupon kua pagi balik malam huhuhu. Ok nak share sikit tips yang rase berbaloi untuk dikongsi. InsyaAllah xderla rase serabut dan stress menjelang Syawal dan ibadah Bulan Ramadhan pon dapat dilaksanakan dengan tenang....


1) Beli Baju Raya Siap
Kalau rase saiz badan tu standard kan means beli baju siap pon da sedap pakai and jenis x cerewet , nasihatnya korang beli jerla baju siap. Sekarang ni harga kain pasang pon dah mahal. Lom nk byr harga upah tukang jahit lagi and belum masalah baju raya x sempat siap ataupon baju raya rosak sbb tukang jahit dah kelam kabut menjahit nk siapkan segala mala tempahan yang dia ambik. 


2) Shopping Time Sales!!
Tak kisahla sales bila pon kalau korang tgk harga nye mmg murah giler beli jerla. 

Dis year persiapan Aidilfitri dah dibuat seawal bulan Januari lagi hehehe. Since Jakel buat jualan penghabisan stok raya last year masa tu, so why not gunakan kaedah penjimatan yg berhemah? Baju raya sama jer cuma harga jer yg berbeza kerana bergantung kepada masa jualan.

Thx kat kakak ipar yg bgtau info masa tu. Siti Nurhaliza Collection's by Jakel and Aaron Aziz's Collection harga RM50 sepasang x giler??? Padahal kalu masa nk raya last year tu harga ratus2 gituw. Kebetulan bonus pun br dapat kan. Pandai Jakel nih. Paling mahal pon dlm RM75 jer lepas tawar2 lagi dengan manager Jakel tu. Bagus jugak manager Jakel ni kalau die tgk kite beli byk die kasi can la kite tawar lagi hihihi. Setel dah baju raya asben, MM dan MIL.

Kalau perkakasan rumah dan perabot pon boleh jika harga nya mmg murah giler!!!


3) Persiapan Rumah
Kalau nk siapkan rumah plak contohnya nk ngecat rumah ke tukar tikar getah ke nk tukar nako tingkap ker buatlah sebelum Ramadhan. One thing jugak bila kite setelkan satu persatu kewangan x rase membebankan. This financial management. Ada setengah kontraktor bleh byr ansuran oklah. kalau  x boleh, buatlah 1 bulan 1 bende kasi setel OK. Jgn kumpul hutang. Rancangla ikut kemampuan juga.


4) Kawal Pembelian Juadah Berbuka
Limitkan 1 atau 2 dessert sahaja semasa berbuka. Especially yang anak kecil2 lg mcm aku ni. Kalau kuih 5 biji RM2 beli la campur2. 


5) Tidak Perlu Berbuka di Hotel/ Restoren
Jika tiada keperluan xperlu la berbuka di hotel yg kebiasaannye harga pun bleh tahan.  


6) Persiapan Terakhir
Bila da setel yang major masa bulan Ramadan nnt boleh la setelkan barang2 kecil jer cthnya tudung selai dua, kerongsang, pin2 bagai kan. Jadi masa bershopping pon dpt dikurangkan dan bleh balik berbuka di rumah. Malam pon bleh g terawih.


Ini antara perkara basic utk dibuat. Dalam maksud yang lain persiapan raya ni boleh dibuat sepanjang tahun tak perlu tunggu dah nak raya br nk sediakan semua. Takut membebankan bagi yg kurang berduit tp kalau duit ade berguni-guni ape nak heran xyah survey2 g beli jer pape yg nak bila2 masa. 

Yang bagusnya bila persiapan raya dibuat lebih awal kite akan lebih bersedia menyambut Ramadhan Kareem kerana ianya bulan yg penuh rahmat utk umat Muhammad SAW. Rugilah kalau kita sia-siakan. Entah kita masih bisa berjumpa Ramadhan di tahun hadapan. Wallahua'lam bissawab.



No comments:

Post a Comment