Search This Blog

Monday, November 15, 2010

Bercuti di Pulau Langkawi - Tempat2 Menarik

Hari ni balik keje lewat sikit.. sbb ade kerja yang perlu dibereskan sebelum nk berweekend, nnt teringat2 pulak sampai x boleh tdo aiyoo~~ Then biler time tgh beezee mcm ni, apa lagi yg plaing best difikirkan jika bukan bercuti.. Alahai teringat masa g Pulau Langkawi taun lepas bestnyerrrr~~ Jadi tetiber rase nak share sikit2 gambar2 masa percutian tu.. Harap korang enjoy dan rasekan keseronakannyer muahaha.. nak bagi jeles bley?



1) Pantai Cenang

Tak mandi pun kt pantai ni lagipun penduduk tempatan pn cakap airnya dah x bersih. Tp pantai ni mmg sesuai utk aktiviti watersport.



Kitorang mmg menginap di Pantai Cenang, jadi saje nak test restoran makanan laut yg berderet kat situ. Restoran ni cdgn drpd akk hotel. Namanya restoran Haji ape ntah.. so 2 air buah dan makanan spt dalam gamba tu berjumlah RM80++ x silap. Ala2 harga makan kat KL gituw nasib baek sedap dan dpt layanan drpd pondan-pondan waitress.. Hm sesuai ker dgn nama restoran? Korg pikio ler sendiri.

2) Dataran Lang


Ahaa inilah tempat yang ade patung burung helang yang besar tu.. Er kene mintak tolong orang tangkapkan gambar la hehehe

3) Mangrove Tour

Mangrove Tour ni harga agak mahal sikit sbb banyak tempat yg dilawati selain air mineral dan makan tengahari disediakan.

Antara tempat yang kitorg round dalam hutan paya bakau ni:

A: Kelong Ikan - tempat ni bukan tempat utk ternak ikan tapi lebih dijadikan kepada tempat perkenalan pelancong dengan beberapa spesis ikan yg unik. Kat sini kite leh bagi makan ikan pari, barracuda, ade ikan pilot dan ikan sumpit (sgt chumel ikan itu). Kelong ini juga menyediakan makan tengahari kepada pelancong yg mengikuti mangrove tour. Bayangkan makan masakan laut yg fresh dan sedap di tengah2 paya bakau masin sambil dihembus angin sepoi2..

B: Gua Buaya - Tak dapat masuk sbb air da pasang. Guide kate dlm gua tu ade batu bentuk mmcm buaya sbb tu dipanggil Gua Buaya' hoho.

C: Gua Kelawar - Menarik gak sbb ade jambatan utk masuk ke gua tu dan apalagi di dalamnya kelawarlah~ Pelbagai spesis kelawar ada dlm ni.. teruja gak biler guide terangkan 1 persatu spesis dan gelagat diorg ni hihi.

D: Eagle Feeding - Helang ni pandai, yg dicampak dekat2 diorg xmo amik.. Sambil2 nak smpi tempat helang, sempat la bg Monkey feeding, pandai plak moneyt2 tu berenang smpi ke bot tp diorg x berani masuk bot. Nak kene penampar ngn aku?? ceewah~

E: Round2 dalam hutan paya bakau hehe :) Ktrg mmg bernasib baek sbb dpt Abg Bad ni yg memang meminati bidang pelancongan dan pandai berbahasa Inggeris. Sanggup dia layan mat salleh nk tgk ular daun kat celah2 pokok.. Aduh, dala perut da lapa,.. seb baek jumpa gak.

F: Ktrg jugak dibawak meround Kilim Geopark yg sgt cantik dan lalu la tepi Gua Cherita , dpt tgk dr jauh jerla. Kalau ade sesape nk mandi-manda, guide akan bwk ke pesisir pulau2 kecil situ yg pantainya sgt bersih dan air jernih .. boleh la mandi dlm 10-15mnt. On the way balik ke jeti, Abg Bad ni ikut laluan sg yg dipenuhi kapal2 layar yg sedang berlabuh.. cantik weh..

Masa ni Abg bad tgh terangkan bagaimana paya bakau menjadi benteng kepada Pulau Langkawi semasa tsunami dan kepentingannya yg lain-lain. Dapat tambah pengetahuan lagi. Aku tgk bot org laen guide diorg senyap jer.. Habis tu br ktrg bergerak semula ke kelong utk lunch.

---- Akan bersambung... Panjang beno nak citer hehe~
ok kite sambung semula.

4) Island Hoping
Kalau korang dok Pantai Cenang, kat sepanjang jalan tu byk agensi, ade yg tawarkan RM30 seorang dan ade yg smpi RM40 seorg. So kene rajin jalan2 k. Besenyer ade 3 pulau yg akan guide bwk iaitu Pulau Dayang Bunting, pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Jeti ukt ke Island hoping dekat jer dgn pantai Cenang dan korg leh la bawak snek sbb air mineral dan mknn mmg tidak dibekalkan. Tp perlu disimpan betul2 dlm beg korang sbb monyet2 kat Pulau2 ni mmg eksterim giler k.

Untuk smpi ke tasik dayang Bunting, korang perlu berjalan memanjat bukit kemudian turun semula melalui cenuram yg bertangga batu selama 10 mnt. Sblm trekking ni, ade pondok guard dan pondok rehat, kebanyakkan warga emas yg x larat nk pegi ke tasik bolehla menunggu anak cucu mereka di pondok tersebut.

Bg yg x reti terapung, boleh sewa jaket keselamatan RM5 x silap + RM5 deposit. Kat situ pn ade kolam keli utk korang rendamkan kaki dan keli ni akan bergesel2 dgn kaki korg.. Erk pic xder sbb leka berendam smpi lupe psl keli ni. Keli ni x berbisa tau.

Perjalanan Island hoping ni sedikit x best apabila guide x pergi Pulau Singa Besar sebaliknya hya buat aktivit Eagle Feeding jer. Then kami ke Pulau Beras Basah, tiada kemudahan asas seperti tandas utk bilas mandian laut. Ade kedai kecil yg menjual snek dan abg yg sewakan jet ski.. huhuhu..

5) Cable Car

Bayaraan RM30 lebih bg orang tempatan. kalau korang sewa kete mest dpt kupon diskaun Rm2 sorg x silap.. janji ade kan.. Kat cable car ni pn ade mini zoo, petting zoo, kedai souvenier dan rumah2 spt zaman dinasti cina.

6) Oriental Village

Sape yg sukekan bunga sakura boleh la masuk sini. Bayaran dikenakan bwk RM10 seorg tp x pasti berapa. Tempatnye pn bersebelahan jer dgn Cable Car.

7) Telaga Tujuh
Dr Cable Car kite terus ke telaga tujuh. Da dekat dah. Tp sesape yg rase x fit tu x yah ler g yer. Tp pemandangan di telaga tujuh mmg mengasyikkan. Rugi la plak kalu x naik kan hehehe..



8) Beras Terbakar

Kesan beras terbakar dah tak kelihatan, tapi tuan tanah telah membuat tugu kecil sebagai memperingati kejadian tersebut. Kalau nak cari souveniers spt keychains, kain batik, kraftangan, t-shir boleh la beli kat sini harganya murah2 berbanding di Kuah.

9)Gunung Raya Tower
Kalau nk nikmati pemandangan seluruh Pulau Langkawi boleh naik ke Gunung Raya Tower. Bayaran RM10 akan dikenakan sebagai sewa teropong sebelum naik ke menara. Merrka yg terasa lapa boleh makan dan minum di atas puncak menara ni selain restoran di tingkat 2. Harga pun okla standard cafe2 kat Kuala Lumpur.


Kalau korang nk menginap kat sini pun bleh, mmg best giler pepagi mengadap kabus dan dengar bunyik flora dan fauna ..klik sini..

10) Makam Mahsuri
Makam mahsuri ni terletak berdekatan dengan kilang2 gamat. Untuk masuk RM3 dikenakan setiap seorg. Tetapi tandas di dalam perlu dibayar hmmm... Pada waktu tertentu tarian dan sketsa akan diadakan tapi x sure kene byr ke tidak utk tgk. Kalau nak tgk melodrama plak RM2 seorang akan dikenakan sebelum masuk.


11) Underwater World
Walaupun aku x pernah g Akuaria tp aku rase tempat tu lagi menarik drpd Underwater World ni.. Mungkin cerita ikan2 yg diracun tu menjadi salah 1 punca juga tiada lagi tarikan..


Ada byk lagi tempat menarik di pulau Langkawi kalau nak pergi tapi ini adalah antara tempat2 yg aku dah pegi.. Antara lain:
# Buffolo Farm
# FAMA - kat sini korang leh makan buah sepuas2nya dgn bayaran yg murah
# Taman Buaya
# Hot Spring - masa ktrg g tpt tu tgh renovate
# Rumah Anna & The King

So harap korang yg nk g Pulau Langkawi nanti dpt rasai keseronokan yg samer mcm yg ktrg rasai hehehe~

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete