Search This Blog

Wednesday, August 27, 2008

Selamat Pulang Wira Negara

Alhamdulillah berakhirlah sudah sukan 4 tahun sekali, Olimpik Beijing 2008 pada 24 Ogos yang lalu. Pada dasarnya, Malaysia berjaya mencapai sasaran pingat walaupun menduduki tempat ke 69. Tahniah buat atlet-atlet kita yang turut berjaya mencapai sasaran masing-masing. Walaupun tidak berjaya mendapat sebarang pingat namun semangat yang ditonjolkan amat penting buat sekalian rakyat Malaysia yang menyaksikan dan mengharap agar kejayaan dapat menjadi milik malaysia. Namun, "GAGAL tetap GAGAL. Tiada istilah GAGAL dengan bergaya" kata Menteri KBS, Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Sekalung tahniah buat Lee Chong Wei dan Misbun Sidek yang bakal bergelar Datuk dalam masa terdekat ini. Kejayaan kalian telah menghentikan kemarau pingat Olimpik sekaligus menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Kontinjen Malaysia telah selamat tiba pada Hari Isnin jam 3.15 petang di KLIA. Ramai pegawai dan atlet yang telah pergi menyambut wira-wira negara ini di sana bersama para wartawan. Selain menyambut, ada juga yang tolong membawa peralatan mereka yang bukan sedikit ke kenderaan, dapat la juga menabur jasa pada atlet kita yang telah menabur jasa pada negara. Dalam pada tu, bleh la tumpang-tumpang masuk dalam gambar yang di'snap' oleh wartawan haaa mcm En. Azlan kita sorang ni.. Suke betol dia apabila terselit gambar beliau secara tak sengaja sewaktu sedang menolong para atlet kita. Kata beliau, "Masuk TV kejap jer, masuk paper smpi biler2 pn ader" bila terdapat usikan daripada kami. Selepas itu, telefonnya x berhenti2 la berbunyi.. Glamer masuk paper la katakan.

'Jangan Pandang Belakang'


Kejayaan seseorang atlet melambangkan orang-orang di belakangnya, maka teruskan usahamu tanpa jemu dalam menabur bakti kepada negara. Kerana kepadamu seluruh rakyat Malaysia kan bergantung harap agar dapat membuka mata dunia melalui persada sukan.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

Proud to be Malaysian
ein o_O

2 comments:

  1. yg belakang tu la yg penting, haha...baru balik beijing tuh...
    hak3...

    ReplyDelete
  2. yer selamat pulang ke tanah air lan... *yawn*

    hehe..

    ReplyDelete