Search This Blog

Thursday, August 14, 2008

Harapan Negara Sukan Olimpik Bejing 2008



Bilik urus setia Sukan Olimpik Beijing 2008 sebelah cubicle aku nih tgh gamat sekarang.. Sekarang tgh berlangsung perlawanan Badminton Quarter Final yg akan menentukan tempat ke Semi Final; MAS vs INA Atlet tersebut tentulah yg disebut2 sbg atlet yg akan membawa pulang 1 pingat buat Malaysia iaitu Lee Chong Wei yang sedang menentang Sony Dwi Kuncoro, Indonesia.

Hm masing2 tgh rasa teruja dan berpeloh melihat aksi Chong Wei. Harapan kami agar atlet yg telah digilap ini dapat memberikan hasil yg diharapkan oleh negara selama ini. Selain itu, antara atlet lain yg diletakkan harapan buat menggapai impian Malaysia adalah atlet berbasikal, Mohd. Azizulhasni Awang yg telah digelar sebagai Asia No.1.

Marilah rakyat Malaysia kita sama2 berdoa untuk kejayaan atlet-atlet kita di medan perjuangan mereka, Olimpik Beijing. Walaupun tanpa sorakan yg mampu didengar mereka, namun mereka tahu kita sentiasa medoakan kejayaan mereka walau di mana berada.

"Majulah Sukan Untuk Negara"

ein o_O

No comments:

Post a Comment