Kandungan sms bunyiknya gini:
[SOTONG KERING LEBIH BAHAYA DARI MEROKOK.
Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok.
GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai
pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis
kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan
baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan
seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah
pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di
pejabatnya di sini semalam. Menurutnya, selain sotong
kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang
juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.
PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang. |
Info: Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan.
Sumber Google Tahun 2010.
No comments:
Post a Comment