Abu
Hurairah r.a. berkata “Seorang lelaki menanyakan kepada Rasulullah,
katanya: Ya Rasulullah, kami biasa berlayar di lautan dan hanya membawa
air sedikit. Jika kami pakai air itu untuk berwudhuk, akibatnya kami
akan kehausan, maka bolehkah. kami berwudhuk dengan air laut? Berkatalah
Rasulullah saw.:Laut itu airnya suci lagi menyucikan(2), dan bangkainya
halal dimakan.(Muttafaq’ Alaih, diriwayatkan oleh Yang Berlima)
Air
laut hukumnya suci dan boleh digunakan untuk berwuduk kerana ia adalah
air yang mengalir. Jika terdapat najis sekalipun di dalamya ia tidak
berada setempat dan akan dibawa arus.
Hadith
Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
bersabda:“Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah.
Dan dua jenis bangkai itu adalah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua
jenis darah itu pula adalah hati dan limpa.” (Hadis Riwayat Ahmad
(no.5690)
Mazhab
Syafie menghalalkan haiwan laut selain ikan seperti sotong, ketam dan
udang. Cuma ketam nipah diharamkan keran ia juga hidup di daratan. Dalam
mazhab Hanafi, mereka mengharamkan makan sotong kerana ia umpama tikus
(tikus laut), jika tikus tidak boleh di makan di darat, maka ia juga
tidak boleh di makan di laut. Sepanjang hayatnya Baginda Mulia cuma
makan ikan sekali sahaja. Rasulullah SAW tidak makan makanan laut yang
lain seperti sotong atau ketam.
copypaste from http://nasbunnuraini.wordpress.com/2013/01/09/hukum-air-laut-dan-haiwan-di-dalamnya/
No comments:
Post a Comment