Search This Blog

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran

Semenjak ade Facebook ni mmg 'x sempat' nk jenguk blog ni dah.. tambahan lambakan kerja yang xkan penah surut.. kerja sendri da tentu tp kerja KAWAN yg kita plak kene buat.. pn kene buatkan juger... al maklum.. kerja sbg 'storekeeper' mmg gitu.. sumer org carik kita utk minta @ ambil barang..

Hari ni da 27 ramadhan 1430H.. Hari Jumaat then hari Ahad da raya.. So nk tulis panjang2 pn da xder mood sgt. Air-cond lak terasa sejuk sgt mungkin sbb ramai yang da bercuti.. tanpa membuang masa lagi saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga blogger.. Smg semuanya berbahagia menyambut kejayaan pd tahun ini. berhati2 semasa memandu dn berada di jalan raya.. kdg2 bukan silap kita tp kita pn turut terlibat sama dalam sesuatu kecelakaan. Mohon maaf zahir dan batin andai ada yg terasa kata..

Salam raya..

Tuesday, July 7, 2009

Perkara yang kita buat..

Ada perkara yg kita buat, kita akan mudah melupakannya..
Ada perkara yg kita buat, kita ambik masa utk kita mengingatkannya setelah kita melupakannya..
Ada perkara yg kita buat, sentiasa akan kita igt smpi biler2..
Ada perkara yg kita buat, kalu boleh kita x mahu igt smpi biler2..
Ada perkara kita buat tanpa berfikir walau sesaat pun..
Ada perkara kita buat kita x berniat walaupun sedikit pun..
Ada perkara kita buat setelah kita berpk dgn semasak-masaknyer..
Walaupun bermacam perkara yg kita buat, pasti ada hikmah di sebalik semua yg berlaku selepas itu..
Yg baik kita perbaiki, yg x baik kita mohon ampun atas kekhilafan kita sebagai hamabaNya yg lemah.

ein
o_O

Tuesday, June 16, 2009

Jom S.C.U.B.A ditangguhkan..

Hm.. xtvt sgt pack.. mcm da x bermusim da keje sekang ni.. Sea Games makin dekat mmg lg pack la nmpknya jadual tugas.. Guys nmpknya Jom S.C.U.B.A bersama Ain (cess.. perasan cam selebiti) terpaksa ditangguhkan.. Entah biler la dpt dibuat.. tp yg pastinya.. ianya terpaksa diarrange semula pada tahun depan ;)

Doakan sy berjaya dan kita akan scuba pada tahun depan.. then we go Langkawi Island before we meet shark in Sipadan's.. Ehsan.. tlg rikikan Sipadan k.. yahuu...

Tp itu semua perancangan.. kita hya mampu merancang, Tuhan yg menentukan..

** Love our nature..

o_O
ein

Monday, May 11, 2009

DiE FoR LoVe

I sit in the park where I dwell,
For this boy I love so well.
He took my heart away from me,
Now he wants to set me free.
I see a girl on his lap,
He says things to her he never said to me.
I ran home to cry on my bed,
Not a word to mother was said.
Father came home late that night,
He looked at me from left to right.
He saw me hanging from a rope,
He took his knife to cut me down.
And on my dress a note was found:
Dig my grave, Dig it deep.
Dig my grave, From head to feet.
And on the top place a dove.
And remember this, I died for love...

EIN
O_o

Untuk Mak...

Mak,
Mcm semalam rasenyer br leh meniarap..
Sbb mak masih menyuapkan makanan pada mulut ni..

Mak,
Mcm semalam rasenyer br belajar berjalan..
Sbb mak masih memimpin tgn ni utk berdiri tegak..

Mak,
Mcm semalam rasenyer bleh berlari..
Sbb mak masih tolong sapukan ubat kalau ada luka..

Mak,
Mcm semalam rasenyer belajar mengaji..
Sbb mak masih ngajarkan tajwid yg da terlupa..

Mak,
Mcm semalam rasenyer cheq kahwin..
Sbb hati ini masih mengharapkan belaianmu..
Yg pasti tiada di tempat lain..

...Ain Sayang Sangat Mak...

ein
o_O

Wednesday, May 6, 2009

Green Hunt 2009

Organisasi Bukan Kerajaan Alam Sekitar Malaysia (MENGO) akan menganjurkan satu pertandingan harta karun yang memfokus pada tema HIJAU pada 27 Jun 2009 (Hari Sabtu).

Yuran pendaftaran RM50.00 dan terbuka kepada sesiapa sahaja dengan melibatkan kategori penggunaan pengangkutan awam seperti bas dan LRT dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut layari www. mengo.org.

** Kulihat hijau....

ein
o_O

Monday, May 4, 2009

Ada Apa Dengan Cinta

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku

Sepi sepi dan sendiri
Aku benci
Aku ngin bingar
Aku mau di pasar

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
Jaring laba-laba belang
Di tembok keraton putih

Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai .........
ein
o_O

Tuesday, April 28, 2009

Jom Scuba Diving!!!

Salam.. hai guys.. skang ni makin ramai plak yg da mempunyai lesen scuba.. Ahh x leh jadik ni biler tgk pic JLO, Omri...

So kepada sesape yg rase jeles gak tgk pic diorg tu dan berminat untuk mengambil lesen scuba especially kepada batch Iltizam, tolong tengok nih weii!!

Tarikh : Akhir Mei or Awal Jun
Lokasi : Kuala Terengganu
Yuran : RM 800 (lojing+ makan + equipment di sana)
Tempat kumpul : Nanti kita bincang.


Sila inform tarikh2 yg korang available sebelum 5 Mei 2009 untuk aku set upkan the real date. Rugi woo sape x join.. Mulahmulah saje ni..

** x sabar nyer nk tgk shark hahaha~

ein
o_O

Tuesday, April 14, 2009

Handphone Hilang

Da 3 hari handphone kesayanganku hilang... Terasa x lengkapnyer menjalani kehidupan harian tanpa handphone di sisi.. Time hp tu ade, mmg la hp tu x bz mcm sebelum kawin dahulu malah rsnyer kalau tertinggal hp di rumah 2 3 hari pn x aper.. Tp bila hp tu da hilang, baru rasa ralat yg amat sbb... x dpt kol mak bgtau blk lmbt, msg hubby time meeting huhu.. (shila, jgn bgtau bos aku) kol supplier.. aduihhhh...~ Hm tp da mmg lumrah manusia, bila di depan mata buat x endah, bila da hilang br menggelabah..

Imbas kembali : Sabtu malam, Pasar Keramat

Hp berbunyi msg..
Dikno : Da kt pasar ker? Owg nk dtg.
Ain : Ujan. X yahla dtg dok uma rehat
Dikno : Xperla owg dtg bwk payung kang budak demam tambah demam kene ujan ;b
Ain: Xyah la dtg dok uma rehat. Keta ada payung.
Dikno : Oo.. g klinik ngn a.ashid ker? Ok then.


Begitu ler lebey kurang msg aku ngn adik aku yg asyik nk berjalan keluar walaupun die sendiri br baik demam.. Lepas bermesej2an ngn Dikno, aku x memasukkan hp ke dlm poket sebaliknya meletakkan hp di atas meja.. Igt aku nnt pegang jelah hp tu ngn purse.. Spt kebiasaan perempuan..

Selepas bersiap utk menyaksikan Sirkit Kebangsaan Berbasikal di Velodrom, Cheras br aku perasan hp aku tiada dlm handbag.. Setelah di riki2.. Sah ler mmg hp tu da berada di tgn org len.. Ashid tya nk g kdi tu semula ker? Aku jwb x perlu la kalau masih ada kt ctu, da tentu akak kedai tu akan jwb panggilan kami.. Bukan reject dan off...

Tapi xperlah.. aku hya mampu jdkan kejadian ini sebagai peringatan dan buat ingatan kwn2 lain juga. Simpan hp anda selepas digunakan. Jangan letakkan di atas meja. Nanti kejadian lain pun boleh berlaku. Mintak dijauhkan..

Terima kasih kepada pekerja kedai mkn di Sg. Buloh yang telah menelefon hubby aku menggunakan hp aku untuk memulangkan handbag aku suatu masa dulu.. Nak tolong 1000 daya..

** Manakah kejujuran dan keikhlasanmu wahai umat Muhammad??? Hanya Allah SWT yg dpt membalasnya...

Ein
o_O

Thursday, April 9, 2009

Battle of The Band 2009

Sape nak join Battle of The Band 2009 sempena Hari Belia Negara 2009, Sila hubungi:

Cik Misha Nazreen.
Tel: 03-88713333
Bahagian Pembangunan Belia
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

** warga belia, serlahkan bakat anda.. Yeayeahh!!

ein
o_O

Monday, March 30, 2009

One Drop Perfumes


Dalam semakin majunya umat Islam, sering kali kita dimanipulasi dengan produk2 yang tidak halal buat kita. Salah satu drpd produk tu ialah sesuatu yang sering kita gunakan especially bg yg bekerja iaitu "PERFUME". Sememangnya ramai yang sedar bahawa perfume atau minyak wangi mengandungi alkohol dan ada juga yg claim ianya mengandungi "LARD" atau lemak khinzir yg bertujuan untuk membuatkan minyak wangi tahan lebih lama.

Kini, bagi yg gemarkan minyak wangi pelbagai bau dan jenama, anda tak perlu berasa ralat lagi kerana One Drop Perfumes sememangnya dibuat berinspirasikan pelbagai minyak wangi di pasaran. Yang lebih utama, ianya tanpa alkohol tetapi masih boleh bertahan berjam2 lamanya mengikut cara pemakaiannya. Selain mudah untuk dibawa ke mana-mana, ia juga boleh membuat pendapatan sampingan buat anda apabila kita menjadi pengedar/ stokis.

Terdapat 4 set utk wanita dan 2 set utk lelaki. Manakala terdapat 1 set berinspirasikan minyak wangi yang diasaskan oleh celebriti wanita dan lelaki Hollywood. Setiap set mengandungi 8 haruman berbeza. Boleh digunakan mengikut occasion siang dan malam dengan mood yang berbeza. Dengan 1 titik, anda kekal harum sepanjang hari. Tak percaya? Cubalah sendiri.

Sekiranya berminat untuk memiliki perfume ini atau menjadi pengedar, sila klik di sini atau hubungi saya untuk maklumat lanjut.

** Jadi pengguna yg bijak. Gunakan tanpa was-was dan jana pendapatan anda..

Ein
o_O

Makna Dalam Solat

Allah Maha Besar (Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku,
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika Duduk di Antara Dua Sujud
Ya Allah,
Ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku dan
Maafkanlah akan daku..

Bacaan ketika Tahiyyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami,
Selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah,
Berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu.. namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.. kamilah hamba yang mengharap belas darimu" Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang bertaqwa.. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

** Bermaknakah solat kita selama ini..

ein
o_O

Friday, March 20, 2009

Anugerah Pekerja Cemerlang 2008

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pekerja cemerlang (APC) bagi tahun lepas. Semoga dgn pemberian insentif ini, makin bersemangatlah untuk bekerja.

Dalam kebahagiaan pasti terselit kedukaan.. Kesian dgn seorang sahabat ni yang tidak dapat menerima hakikat bahawa seorang daripada sahabatnya tersenarai sebagai penerima APC. Buat apa susah hati dgn kebehagiaan orang lain, sedangkan kebahagiaan diri sendiri belum tentu lagi.. Itu semua rezeki masing2 kerana bekerja bukankah satu (1) ibadah.. kalau merasakan org tersebut tidak layak menerima APC, kita lihatlah pada diri kita pula. Adakah kita yang layak?

Usahlah menyimpan perasan mazmumah dalam diri, kelak akan merana sendiri.

** Ape-ape Ajer

ein
o_O

Temuduga Lagi..

Kelmarin terlepas sudah seksa kami yang menunggu untuk ditemuduga bagi jawatan tetap.. Fuhhh ~~ masing2 memang merasa lega selepas keluar dr bilik Serindit tu..
Aku, Ila, Shila dan Megat merupakan orang2 terakhir yg register.. Mcm star plak datang lmbt2 ni.. hehe itu strategi namanya supaya x ditemuduga awal..

Pada mereka yang telah mendapat tawaran temuduga, semoga success..

Pada yang belum ditemuduga yang akan disambung pada 31 Mac ni.. Gud luck.. Seksa kami dah lepas.. haha!!

** ddc8d to Ashid, En. Najib, Yuszairil, Bain, Kak Azie dll..

ein
o_O

Tuesday, March 3, 2009

Keberadaanku..

Kekadang kurasakan sudah penat... kekadang kurasakan sangat kecewa.. kekadang ku rasakan ku sudah berputus asa.. kekadang kurasakan sangat bosan.. kekadang kurasakan amarah yg amat.. kekadang kurasakan ketidakadilan.. Namun rasa-rasa ini tidak akan membawaku ke mana-mana.. Apatah membuatku merasa senang.. Hanya membuatkan yg terlaknat bersorak-sorak penuh keriangan melihat cucu Adam memaki kehidupannya sendiri..

Akhirnya aku tersedar dan kembali berserah kepada Yang Maha Mengetahui.. Ampunilah ketelanjuranku.. Moga apa yang terjadi penuh hikmah di sebaliknya..

** redha akan qada' dan qadarku..

Friday, February 27, 2009

Karnival Sukan KBS

Hari ni bermula Karnival Sukan KBS di sekitar perkarangan Kompleks Sukan Bukit Jalil. Hari ini bakal menyaksikan kecergasan dan kestaminaan kakitangan sukan baik pegawai besar mahupun anggota dalam bersukan huahuahua~

Mengikut sorang pegawai KBS yang bertugas also our fren la, mereka sengaja memecahkan pasukan MSN/ISN dengan menarik ISN menjadi pasukan KBS. Nak memecah tradisi kemenangan MSN/ISN katernya sambil berlagek. Hm mentang2lah mereka penganjur.... ;b

Jadi kepada team MSN moga all the best dan bersemangat sepasukan. Biarlah kita kalah dengan bermaruah daripada menang tanpa maruah.

** terlambat seminit...

Tuesday, February 17, 2009

Masih Teruja

Kejapnyer da masuk pertengahan bulan Februari.. Skang ni makin payah puler nak menjenguk blog sendiri apatah lg blog kawan2.. Menjenguk blog kawan2, Cheq, Oin, Tracy, Omry membuatku teruja dan rindu dgn alam dan rekreasi. Untungnya mereka masih mempunyai kesempatan untuk meneruskan xtvt2 sedemikian. Caiyok2 guys!

Bukannya aku tidak mahu, tp entahlah mungkin terasa diri ini tidak cukup fit utk xtvt sebegitu lg dan lebih kubimbangkan jika nnt aku menyusahkan kwn2 yg sedia 'kental' ni. Hai mcm satu alasan pulak yg kuberikan di sini hehe. Walaupun tidak lg berkesempatan menyertai xtvt2 outdoor ni, tp ianya tetap membara di hati ini. Jd, kwn2 kalau tetiba aku rs nk join xtvt korang tu, jgn ar reject ek jaga ain baik2 yer (ayat mak-mak yg biase kita dgr) haha~

ein
o_O

Monday, January 19, 2009

Apabila Manusia Mulai Leka dan Ambil Sambil Lewa

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat,
negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat,
negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat,
permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu,
tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
(Gambar sekadar hiasan)

Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,
orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki,
budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,
pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
(Gambar sekadar hiasan)

Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
( Gambar sekadar hiasan)

Bila jadi macam ini,
siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa?
Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana dah mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Lanjutan emel ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

** Sekadar menyampaikan dan ingat mengingati kepada saudaraku.

ein
o_O

Wednesday, January 14, 2009

Permulaan Yang Baru

Alhamdulillah da masuk tahun 2009 dah rupanyer.. waktu sekarang terasa cepat berlalu dan x sedar plak yg blog aku nih da bersawang huhu~

Tahun baru ni igt nk keluar lepak ngn are_shed berdua2an 'merempit' ke tempat2 sesak.. Tp x kesampaian plak hajat tu sbb jln sesak ke Keramat dan motor pula di Subang. Jadinya, kami cuma buka pintu dan tgk bunga api sambil duduk kat sofa jer :) Semenjak berkahwin, jarang betul kami keluar mlm, kalau setakat ke downtown KD tu aderla sekali sekala.. x mcm time bercinta dulu. Sekarang ni waktu yg terluang masing-masing ingin rehat di rumah jer sambil menguruskan rumahtangga. Maklumlah 2 2 bekerja.. jadi kerja di rumah pn bersama2lah.

Tahun baru kene la buka buku baru.. Sedih juga biler mengenangkan masih ada kwn2 yg masih x bertegur sapa tapi tidak mahu berbaik2.. Perkara yg lalu boleh dikenang dan dijdkan tauladan bukan disimpan sbg dendam yg membara di dalam hati dan fikiran. Manusia mmg lumrahnya tidak akan lepas dr melakukan kesilapan apatah lagi tatkala hati tgh panas dan jiwa sedang berkecamuk.. Sudah2lah.. Apalah salahnya kita berbaik2 dan memaafkan 1 sama lain.. Sedangkan junjungan kita Nabi Muhammad SAW pn memaafkan umatnya.

Satu lagi marilah kita sama2 memboikot barangan Yahudi yg terkutuk tu dan sekutunya dengan tidak membeli barangan mereka kerana pendapatan mereka tu akan digunakan utk membekalkan senjata bagi memusnahkan penduduk Islam di Palestin. Membeli barangan mereka bermakna kita turut membekalkan senjata kepada Yahudi. Sanggupkah kita membunuh kanak2 yg masih x mengerti....

** perbanyakkan baca surah al-Fil


ein
o_O