Search This Blog

Monday, February 28, 2011

Pertumbuhan Janin Dalam kandungan


Setiap pasangan suami-isteri setelah mengetahui yang isteri sedang mengandung akan dengan gembiranya membuat persediaan untuk menerima bayi baru mereka. Tetapi dalam tempoh si isteri itu sedang mengandung kadang-kala timbul perasaan suka dan curiga. Hasrat suami-isteri memanglah untuk mendapatkan janin yang sihat, yang sempurna sifat-sifatnya tanpa kecacatan pada tubuh badannya. Proses pertumbuhan janin selama 40 minggu itu merupakan proses yang sangat pesat terutamanya dalam peringkat trimester pertama. Daripada peringkat pensenyawaan (fertilisation) di mana sel-sel dari pihak lelaki dan perempuan bertemu mewujudkan apa yang dinamakan zygote dalam bahasa Inggerisnya. Proses multiplikasi sel-sel ini akan berterusan dengan pesatnya sehingga terdapat tiga lapisan sel-sel yang berlainan, iaitu ektodem, mesodem dan endodem. Daripada lapisan-lapisan ini akan bertubuhlah berbagai-bagai organ dan sistem-sistem janin. Adalah menakjubkan kalau kita fikirkan bagaimana proses-proses ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur sehingga tertumbuhnya janin yang sempurna sifat-sifatnya tanpa apa-apa kecacatan. Semua ini membayangkan kekuasaan Allah s.w.t.

Kecacatan kepada janin boleh juga berlaku kerana berbagai-bagai faktor. Ada punca kecacatan pada janin yang kini dapat diketahui tetapi ada juga yang masih tidak dapat dikesan walaupun pada masa kini terdapat teknologi yang begitu maju.

Seseorang wanita dalam lingkungan umur dua puluhan yang mengandung bagi kali pertama mempunyai peluang yang baik sekali untuk melahirkan bayi yang tidak cacat. Apabila ia meningkat ke peringkat umur empat puluhan risikonya untuk mendapat bayi cacat meningkat lebih sedikit. Walau bagaimanapun peluang untuk mendapat bayi normal , jika tidak ada bayi -bayi atau saudara-mara yang berdekatan yang cacat kerana unsur genetik masih juga tinggi. Hakikat ini perlulah disedari oleh seseorang wanita supaya mereka tidak merasa curiga atau takut untuk mendapat anak. Bagi mereka yang mempunyai adik - beradik atau saudara -mara berdekatan yang cacat , mereka bolehlah mendapatkan maklumat dari doktor untuk mengetahui sama ada kecacatan itu disebabkan oleh punca -punca genetik ataupun punca-punca lain yang jarang akan berulang.

Kandungan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian , iaitu trimester pertama , trimester kedua dan trimester ketiga. Tempoh suatu trimester itu adalah selama 13 minggu. Trimester pertama iaitu kandungan 13 minggu pertama merupakan waktu yang sangat kritikal kerana sesuatu penyakit yang dihidapi oleh pendedahan kepada unsur -unsur kimia atau persekitaran kepada wanita yang mengandung boleh membawa kesan yang buruk kepada janin pada waktu ini. Trimester pertama merupakan waktu yang sangat aktif dalam proses pertumbuhan asas organ-organ dan sistem -sistem janin. Itulah sebabnya penyakit Rubella umpamanya jika dihidapi oleh seseorang wanita yang mengandung adalah lebih merbahaya jika terkena pada trimester pertama. Sesuatu gangguan kepada pertumbuhan janin pada trimester yang pertama samaada penyakit-penyakit yang dihidapi oleh ibu , unsur -unsur persekitaran seperti pendedahan sinaran X , bahan-bahan kimia di udara dan ubat -ubat yang dianggap teratogenik bukan sahaja akan menjejaskan pertumbuhan janin malahan boleh menyebabkan keguguran. Jika keguguran tidak berlaku, pertumbuhan janin akan terus berjalan tetapi janin itu besar kemungkinan akan cacat. Jika kecacatan pada organ-organ terlampau teruk janin itu mungkin akan mati semasa di dalam kandungan lagi. Jikalau ini tidak berlaku, selalunya bayi itu akan hidup untuk beberapa ketika sahaja selepas dilahirkan.

Samaada seseorang bayi itu boleh hidup dengan kecacatan hanya boleh ditentukan oleh organ-organ yang terlibat. Kerosakan pada jantung yang tidak sesuai untuk menampung keperluan hidup seseorang bayi akan menyebabkan bayi itu mati sejurus selepas dia dilahirkan. Sebaliknya jantung yang berlubang (seperti ventricular sepal defect) tanpa kerosakan yang lain mungkin tidak akan membawa maut kepadanya. Keadaan ini boleh meyebabkan bayi itu mendapat penyakit paru-paru (pneumonia) atau tidak subur. Kebanyakan lubang itu boleh tutup sendiri tanpa rawatan pembedahan. Gangguan kepada tumbuhan janin yang wujud semasa trimester kedua dan ketiga biasanya tidak memberi kesan yang sangat buruk kepada pertumbuhan janin. Umpamanya, jika wanita hamil menghidap penyakit Rubella pada usia 18 minggu mengandung bayi yang dilahirkannya mungkin hanya pekak sahaja, sedangkan, jika dia mengidap penyakit ini pada waktu trimester pertama, bayi yang dilahirkannya akan lebih kecil dari biasa, mengalami lebam hati (neo-natal hepatitis), selaput di mata (cataract), atau gangguan jantung dan saiz kepalanya kecil serta dia pekak dan sebagainya.

Bayi-bayi yang dilahirkan ringan (kurang dari 5 paun) adalah disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Punca yang biasa didapati dan boleh dikawal ialah jika ibu mengandung mengidap penyakit darah tinggi (pre-eclamptic toxaemia) daripada peringkat trimester kedua lagi. Keadaan ini boleh dikesan dari pemeriksaan antenatal dan rawatan sewajarnya boleh diberikan untuk menurunkan darah tinggi. Ibu-ibu yang merokok, meminum alkohol dan ibu-ibu yang rendah tahap pemakanannya juga boleh menyebabkan bayi dilahirkan ringan. Banyak juga di antara bayi-bayi yang dilahirkan kurang berat tidak dapat dikesan punca-puncanya tetapi sekumpulan besar daripada bayi-bayi yang kecil ini terdapat dari golongan mereka yang datang dari kumpulan sosio-ekonomi yang lebih rendah.

Bayi -bayi yang mengalami gangguan kromosom trisomy 18 ( sindrom Edward ) dan (sindrom Patau ) boleh menyebabkan mereka dilahirkan lebih kecil dengan kecacatan fizikal seperti kecacatan jantung , kecacatan otak dan sebagainya.

Cara -cara mengawasi pertumbuhan janin

Doktor -doktor telah lama menggunakan tanda -tanda seperti timbangan berat ibu yang mengandung dan pembesaran rahim dari semasa ke semasa untuk mendapat maklumat tentang kadar pertumbuhan janin di dalam kandungan. Alat -alat yang lebih moden seperti ultrasonography telah digunakan untuk mengikuti pertumbuhan janin di dalam kandungan. Alat ini tidak memberi pancaran sinaran X kepada ibu dan janin dan berjaya memberi maklumat seperti janin kembar , tumbuhan di dalam rahim dan juga beberapa keadaan kecacatan fizikal di tubuh janin. Untuk mengikuti pertumbuhan janin di dalam kandungan , doktor -doktor membuat pemeriksaan ultra-sound dari usia kandungan 16 minggu hingga 20 minggu dan juga membuat sekurang-kurangnya satu lagi ujian pada usia kandungan lebih daripada 32 minggu. Daripada maklumat yang didapati doktor -doktor dapat mengetahui sama ada kadar pertumbuhan janin itu memuaskan.

Kesimpulan

Walaupun pasangan suami-isteri Islam digalakkan oleh agama untuk memohon kepada Allah s.w.t. supaya di anugerahkan cahaya-mata yang sihat , yang sempurna sifat-sifatnya, mereka juga mestilah mendapatkan maklumat dan berikhtiar untuk memastikan supaya ibu mengandung itu berada dalam keadaan sihat dan dilindungi dari keadaan-keadaan yang boleh mengganggu pertumbuhan janin. Seseorang wanita boleh mendapatkan ujian darah untuk memastikan yang dia mempunyai imuniti kepada penyakit rubella umpamanya. Ibu mengandung dinasihatkan supaya mendapat pemeriksaan ante-natal supaya penyakit-penyakit seperti darah tinggi , kencing-manis , anaemia , penyakit infeksi kencing dan sebagainya dapat dirawat dengan sewajarnya. Seseorang ibu mengandung yang mendapati tanda-tanda kelahiran seperti pecah air , rahim berdarah atau sakit di bahagian abdomennya mestilah mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Kelahiran prematur boleh dihentikan dengan ubat-ubat jika rawatan di beri peringkat awal lagi.

Pertumbuhan Janin oleh Dr. Hamid Arshat

Thursday, February 24, 2011

Nak Buat Karipap Sardin

Semalam punya la berkobar-kobar rase nak buat karipap. Ni sume gara-gara berborak ngn Dina kwn sekolah rendah aku. Seorang yang kecik molek, mempunyai 2 org anak yg cute miut dan berkerjaya. Menurut Dina, die selalu jer buat kuih ni,, kacang sgt katernyer seminggu mestu 2 3 jenis kuih yg die buat. Haha tercabar aku yang masih belum mempunyai anak lagi nih.. Jadi tanpa berlengah lagi smlm aku terus la menggoogle resipi Karipap ni dan yang paling menarik hatiku adalah Karipap Sardin...~~

Cara nak buat Karipap Sardin ni adalah:

Bahan-bahan untuk kulit karipap:

400 gm tepung gandum
2 sudu makan majerin planta
40 ml minyak masak di panaskan
150 ml air hangat
½ sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:

Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar. Tuang kedua minyak & majerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit, sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Buatlah bebola-bebola mengikut saiz yg anda perlukan. Kemudian canai, bubuh inti dan kelim kemas-kemas. Goreng dgn kaedah terendam (deep frying) dgn api yg sederhana. Angkat dan toskan.

Bahan-bahan untuk Inti Sardin:

1 tin sardin (kalau nak sedap, gunakan Ayam Brand)
3 biji bawang besar (hiris)
2 sudu makan cili kering kisar
1 batang cili merah (hiris)
1 batang cili hijau (hiris)
½ sudu teh gula
secubit garam
jus dari ½ biji limau kasturi
2-3 sudu makan minyak utk menumis

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis separuh dari bawang hiris. Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga garing. Masukkan pula sardin dgn sedikit jer sos tomatonya, lebihan bawang hiris tadi dan juga cili hijau dan merah. Kacau rata tapi pastikan ikan jgn terlalu hancur/lumat. Biarkan kasar-kasar sedikit. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat dari api.

Waktu menggoreng, api jgn panas sgt nnt kulit karipap menggerutu.. huhu..

Jadi mlm tadi setelah habis berkemas makan malam, aku pn sebuk ler membuat inti karipap ni. Smpi tersengguk2 aku walhal rumah meriah jer dengan sorakan penyokong-penyokong malaysia menyaksikan Kelayakan Olimpik Malaysia menentang Pakistan. Malaysia menang 2-0 weh hehe.. Anyway disebabkan da mengantuk giler cik inti x dapat ler bertemu cik pap nyer. maka bersambung pd malam ini.. Nantikan wa pos gamba karipap pertamaku ku hehehehe

Wednesday, February 23, 2011

Internet Problem

Tensionnyer.. da 3 hari buat entry berlainan utk post dan setiap kali aku tekan publish mesti time tu gak la ade internet problem.. Arghhh!!!

Bos besar dan bos kecik xder arini jadi boleh la relaks rilek smpi terbaleks wakaka.. Jadi time mcm nila boleh merayau-rayau jengah blog orang lain.. sambil-sambil carik ilmu..

Tetapi internet yang terputus-putus ni memang potonggggg~~

** Terpaksa buat entry pendek jer sbb takut kecundang lagi ah~~

Tuesday, February 15, 2011

Buah Zuriat Bagi Yang Sukar Hamil

Buah nie dikatakan berkhasiat untuk tujuan mendapatkan zuriat. Buah nie nak dapat mmg susah.. Buah zuriat boleh didapati di Mekah dan Madinah. So, klu ada sesapa berhajat bleh la kirim pada saudara mara, sepupu sepapat, atuk nenek, sahabat handai yang pergi ke sana...

Ada juga yang mengatakan buah zuriat nie adalah buah dari pokok kokka yang dijadikan bahtera Nabi Nuh.

Antara cara makan buah zuriat ni yang aku dpt hasil menggoogle adalah:-

# makan sblm subuh, istifar 100 kali, selawat 10 kali dgn niat untuk mendapat zuriat yg sempurna.... Ada yang kata rebus dan minum airnya...

# kena rebus dan makan pada hari ke 5 period

# kene rebus dan buat mcm ni:-
1. Pecahkan 2 biji buah zuriat (Menurut ustaz mesti direbus 2 biji sekali rebus. umpamanya suami isteri)

2. Bila dah pecahkan buah tu..rupa dia mcm kelapa...pastu belah kepada dua sampai nampak isirung dia.. (macam isirung kelapa)

3. Letak air lebih kurang dalam periuk rebusan dan rebus hingga tinggal separuh drpd air yg dimasukkan. Air dia lebih kurang kaler coklat2

4. Minum airnya setiap hari selama 40 hari atau lebih sehingga preggy (suami isteri minum)

5. Ulang langkah 2 sampai kaler air tu jadi putih....(Lama2 air rebusan buah tu jadi pudar)

**Bacalah bismillah diikuti ayat 38 dari al Imran sebanyak 3 x
"RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA"

Banyak pulak cara-cara nak makan buah ni.. Jadi ada sapa2 yang tahu cara makan selain darpada yang telah dinyatakan tu harap boleh share =)

Friday, February 11, 2011

Anak

Sayu hatiku melihat kes-kes buang bayi yang makin banyak pulak sekarang ni. Si ibu tidak punya perasankah? Setelah membawak perut selama 9 bulan tapi masih sanggup membuang dan membunuh bayi yg dikandungnya tu. Malu mengatasi segalanya melangkaui perasaan takut kepada Allah SWT. MasyaAllah..

Selalu gak aku terpikir.. Org yang belum berkahwin dan telah berzina begitu mudah mendapat anak tetapi mereka yang telah berkahwin sesetengahnya begitu sukar mendapat anak walau telah berusaha bertahun-tahun. Kemudian aku tersedar, bukankah hamba-Nya selalu diduga.

Ramai kawan-kawanku sekarang sedang mengandung.. Ada yang mengandung anak sulung, anak ke-2 ade juga yang telah mempunyai 3 org anak. The best part, ade juga yang mengandungkan anak kembar. Alhamdulillah rezeki masing-masing. Aku plak, masih belum mempunyai rezeki lagi. Aku tahu ramai org yang baik dan concern dalam dunia ni. Sbb tu kalau org terserempak atau terjumpa dgn aku mereka mesti bertanyakan mengenai familiku. Ahhh... tipulah kalau aku kata aku tak terasa sedikit pun kalau org bertanyakan perihal anak. Bukan aku rasa cemburu terhadap mereka tetapi aku merasa sedih kerana aku telah merasa nikmatnya menjadi ibu tetapi hanya utk sekejapan. Tempoh yang paling lama adalah 3 bulan. Hatiku pasti sayu apabila mengenangkan hal itu. Namun kita hanya mampu berserah kepada yg Maha Esa dan pasrah atas apa sahaja dugaan yg mendatang. Bukankah dugaan yg diberikan adalah tanda kasih-Nya kpd kita.. dalam menguji sejauh mana pula kasih kita kpd-Nya.

Baru-baru ini aku diduga lagi. Dalam keseronokan kaum Cina dan kaum lain bercuti menyambut Tahun Baru Cina aku hanya duduk di rumah dan tidak ke mana-mana. Harapan yang disandarkan kini hilang dan membawa episod duka. Setelah seminggu berkuarantin, aku bangkit untuk memasang harapan semula. Semoga Allah merahmati kami.