Search This Blog

Friday, December 10, 2010

Gelang Magnet AC Mizal punya cerita

:: Petikan daripada emel yang diterima, baca dan fikirlah. cekidot ya ::
Gelang Magnet AC Mizal RM78 Jer Reganya,Jual RM1000 Hampeh Tol!!

Mengeluh panjang saya, bila saya dapat price-list daripada syarikat yang menghasilkan gelang ajaib AC Mizal ni. Anda lihatlah sendiri di bawah ini. Hampir semua gelang berharga USD25 setiap satu. Jual kat orang-orang Melayu (sebab kaum lain tak hingin pun nak tengok, usahkan nak pakai) dengan harga ribu-ribu. Patut la beli kereta Bentley ya AC? Bila nak accident? Duit tak berkat ni...

Kalau nak jadi businessman, seseorang itu kena berwibawa, ada karisma dan yang paling penting.... mesti cerdik, atau yang saya lebih suka panggil sebagai "street-smart". Kalau nak menipu untuk mengaut kekayaan dalam perniagaan, memang boleh buat - tapi satu sahaja undang-undangnya: JANGAN SAMPAI DAPAT TANGKAP! Jangan sampai pecah tembelang. Kalau orang-ramai dapat tahu tentang sesuatu rahsia perniagaan itu, orang tak kan percaya lagi dah. Habis modal untuk menipu, habis tak kan berjaya dalam perniagaan selepas itu.

Tapi, dari perspektif kita orang Islam, di bawah inilah tegahan yang selalu dibincangkan. Jangan mengambil untung terlalu tinggi dan jangan kelentong pelanggan buta-buta. Cakap gelang ada neodymium, ada berlian... berlian apakejadahnya kalau harganya USD25 (~RM78)??? Cuba cerita sket...

cid:_1_09EC4F08044E18E4002FC0C5482577D6



TERAPI MAGNET KELENTONG!!!


Ramai orang di Malaysia memakai gelang magnet atau cincin magnet. Ini mungkin disebabkan anda melihat iklan gelang magnet lakunan AC Mizal. Jika anda memakai gelang atau cincin magnet tersebut, ketahuilah bahawa anda telah kena kelentong dan anda telah diperbod0hkan.

Untuk mendidik diri anda, sila baca laman wikipedia berikut:

http://en.wikipedia.org/wiki/Magnet_therapy

Magnet therapy is considered pseudoscientific due to both physical and biological implausibility, as well as a lack of any established effect on health or healing.[1][2][3] Although hemoglobin, the blood protein that carries oxygen, is weakly diamagnetic and is repulsed by magnetic fields, the magnets used in magnetic therapy are many orders of magnitude too weak to have any measurable effect on blood flow.

Effects of magnet therapy on pain relief a beyond non-specific placebo response have not been adequately demonstrated. A 2003 Cochrane Review of carpal tunnel syndrome treatments found no improvement in symptoms over placebo or control.[18] A 2008 systematic review of magnet therapy for all indications found no evidence of an effect for pain relief, with the possible exception of osteoarthritis.[10] Both reviews report that small sample sizes, inadequate randomization, and difficulty with allocation concealment, all of which tend to bias studies positively, limit the strength of any conclusions. A 2009 randomised double-blind placebo-controlled crossover study concluded that magnetic bracelets are ineffective in the management of pain and osteoarthritis.

A 2002 U.S. National Science Foundation report on public attitudes and understanding of science noted that magnet therapy is "not at all scientific."[21] A number of vendors make unsupported claims about magnet therapy by using pseudoscientific and new-age language. Such claims are unsupported by the results of scientific and clinical studies.

Marketing of any therapy as effective treatment for any condition is heavily restricted by law in many jurisdictions unless all such claims are scientifically validated. In the United States, for example, U.S. Food and Drug Administration regulations prohibit marketing any magnet therapy product using medical claims, as such claims are unfounded.

cid:_2_09F04D1C09F03CA8002FC0C5482577D6

Kalau anda tidak faham ayat-ayat tersebut kerana menggunakan istilah Inggeris dan saintifik yang susah, mari saya tolong beri ringkasan:

Terapi magnet tidak mempunyai apa-apa "khasiat" perubatan, sama ada melancarkan aliran darah, menajamkan minda, mengurangkan kesakitan, mengurangkan stres mahupun menambahkan seri muka. Anda tidak menjadi makin sihat, makin pandai atau makin lawa apabila memakai gelang magnet. Bahkan, tak ada bezanya jika anda memakai gelang magnet berharga RM78 yang dijual dengan RM1200 ini dengan memakai gelang mainan plastik yang diberi percuma di dalam kotak Tora atau Ding Dang.
cid:_1_043C5FA009F03CA8002FC0C5482577D6


Jika anda membayar sejumlah wang untuk membeli cincin magnet atau gelang magnet, anda telah kena tipu, kena kencing, kena kelentong, dan kena diperbod0hkan. Ini bukanlah kata saya, atau kata siapa-siapa yang dengki. Kajian sains (double blind experiment) telah dijalankan beberapa kali oleh makmal-makmal sains yang diiktiraf, yang menunjukkan bahawa cincin magnet, gelang magnet atau terapi magnet tidak memberi apa-apa manfaat sama ada dari segi kesihatan mahupun dari segi kepandaian atau kecantikan. Yang mengaku semua itu ialah penjual-penjual magnet MLM yang ingin menipu anda (mungkin jurujual itu ikhlas, dan dia tak tahu, tapi upline yang paling atas sekali memang pasti ingin menipu).

Oleh itu, sayangilah diri anda dan keluarga anda dan elakkan dari ditipu dan diperbod0hkan oleh penjual-penjual magnet yang mahal. Lagi bagus beli magnet hiasan letak dekat peti sejuk, sekurang-kurangnya boleh guna untuk lekat kertas di depan peti sejuk.

Ada banyak lagi laman web yang mendedahkan penipuan gelang/cincin/terapi magnet, termasuklah:

The Skeptic's Dictionary: http://www.skepdic.com/magnetic.html (laman web rujukan yang lengkap untuk perkara-perkara pseudoscience)

Magnet Therapy — A Skeptical View: http://www.quackwatch.org/04ConsumerEducation/QA/magnet.html (mengandungi banyak rujukan-rujukan saintifik dan data-data eksperimen, jika geng-geng magnet ni ingin mengajak anda berdebat)

Kesimpulannya, janganlah kita diperbod0hi oleh orang lain yang menjual barang-barang ajaib yang kononnya boleh memberi manfaat kesihatan kepada kita. Mereka cuma menjual "harapan kosong" sahaja. Sedang anda dikelentong memakai gelang magnet ke hulu ke hilir, towkey gelang magnet ni ketawa berguling-guling menggelakkan anda yang telah tertipu sehingga sanggup membayar beribu-ribu ringgit. Don't be a sucker.
__________________



p/s: renung2kan dan selamat beramal..

1 comment:

  1. Aaihhh yg baik utk kesihatan tak salah rasa nya..

    ReplyDelete