Search This Blog

Tuesday, June 30, 2015

Opick - Rapuh (Lirik)



detik waktu terus berjalanberhias gelap dan terangsuka dan duka tangis dan tawatergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepihadir bagai teman sejatidi antara lelahnya jiwadalam resah dan air matakupersembahkan kepadaMuyang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkahkadang tak setia kepadaMunamun cinta dalam jiwahanyalah padaMu
maafkanlah bila hatitak sempurna mencintaiMudalam dadaku harap hanyadiriMu yang bertakhta
detik waktu terus berlalusemua berakhir padaMu
T_T

Monday, June 22, 2015

Kedai TG Cemerlang - Masakan Patin Temerloh

Ok. Takyah cakap byk, patin masak tempoyak kedai ni mmg meletop sedap cuma pedas . Yes pedas. Tak boleh la compare  dengan patin tempoyak RNR Temerloh kedai hujung tu yer. Yg tu mmg terbaik. But stil patin tempoyak ni sedapp. Kelasss tersendiri.

Selain tu ade patin goreng diletak kan sambal. Ermmm pun sedap jugek sbb patin tu digoreng garing2. Yg paling layan kalau korang mkn dua2 sekali hahaha . Tamak haloba betol. Kalau larat boleh la. Kalau x larat order patin tempoyak mintak sambal tu sekali. Walaupon tempoyak tu podeh tp percayalah yg kaki pedas mesti suke kalau mkn lak dgn sambal. Eh ikan bakar pun ada tau!

Air dia pon limited and simple jer. Kalau limau tu diorg guna serbuk jer. Yang tak sedap dan tak best adalah kedai ni bukan kat shoplot. Jadi mmg panas la kalau g mkn tengahari. Xdo plak kipas kan. Mkn pedas2 mmg bleh lencun ketiak huhuhu. So nak tau g la rasa sendiri. Bon appetit.
Landmark : berhadapan masjid kinrara.

** Sorry lupe nak amik gambo menu huhuhu..

Wednesday, June 17, 2015

Doa Elakkan Sihir

Image result for bismillahillazi la yadurru ma'asmihi

Ini nak share pengalaman sendiri. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Kejadian berlaku tahun lepas tak silap aku. Bila DH minta masakkan megi di petang hari aku pon dengan seronotnyer g masak. Tengah masak tu sambil memandang ke luar jendela tetiber terdetik pesanan ustaz2 yang selalu dengar kat tv kat radio supaya amalkan bacaan doa di atas.

So elok megi masak aku pn baca Ya Latiff 7x ( petua eratkan kasih sayang ) dan baca ni:

Image result for bismillahillazi la yadurru ma'asmihi

Masukkan megi di pinggan pertama alhamdulillah ok. Bila masuk kan jer megi di pinggan kedua pinggan terus retak 2 terbelah tengah. Nice cut. Hati terkejut sikit dan terus panggil DH tgk. DH kata insyaAllah takde paper cuma pinggan tu dah lama pakai. Hmm ye ke??

Papepun. Aku hambaNya yg lemah berserah kepadaNya. Tiada daya dan upaya selain dengan pertolongan Allah SWT. Amin amin ya rabbal ala'min.



Tuesday, June 16, 2015

Sekolah Asrama Penuh 2 Bulan Ajew


Image result for school

Tetibe digamit kenangan zaman bersekolah plak time lembayung senja menjelma.  Tapi paling tak boleh igt tp terigt gak bila aku pernah bersekolah di asrama penuh di utara semenanjung. Haa ayat mcm best jer tp aku sekolah kat situ 2 bulan jer kot hahaha sedih tp benar dan benar2 berlaku.

Dari darjah 6 aku mmg teringin nk sekolah asrama tp xtau mcm mana. Mak ayah pn x de pengalaman kan. Masa cikgu bgtau psl MRSM rase berkobar2 nak belajar tp malangnya masih xder pendedahan mcm mn nk apply tau2 jer dah tutup selepas Percubaan UPSR kot. Bila ayah decide nak masukkan sekolah yg aku x pilih aku merajuk xnak g sekolah. Malas belajar tp selalu wakil sekolah utk aktiviti KoKo, PRS, Koperasi, AADK, wakil sekolah dlm sukan (carik can xnak masuk kelas sebenarnya). Sbb byk skip kelas lama2 jadi bodoh gak kan. Hahaha nangis jap.

Ada setengah cikgu asik marah jer sbb xreti dah nak jawab soalan. Ada gak 2 3 cikgu yg baik x marah pn tp paling salute cikgu Maths aku. Smpi skang xbleh lupekan die tp bleh tak aku tak igt nama die ;p Hampeh betol aku ni. Die la penyebab aku minat belajar balik. Minat Maths. Algebra tu mmg favorite questions. So bila dpt result yg agak cemerlang masa PMR (6A2B okla tu kot) aku pn teringin nk fulfilled impian yg terbantut masa darjah 6 dulu.

Pada pendapat aku pada usia sekarang dan selepas aku grad, aku rasa sistem sekolah yang benarkan senior meragging, denda dendi mmg merosakkan. Ini atas pengalaman aku dan nasib akulah kan mmg bukan nasib korang. Well setiap org ade keyboard masing2 dan terpulang kat korang la taip ape pon.

Camne aku bleh sekolah 2 bulan jer ek? Bukan sekolah asrama penuh sekolah teknik plak tu tak benarkan pelajar berpatah balik ke sekolah biasa? Haaa mesti byk persoalan korang kan kalau korang pernah g sekolah teknik/ vokasional lah. Yg x tahu prosedur tu baca diam2 sudah lah hihihi jgn mare.

Sbb musabab nyer merujuk pd Para di atas. Since aku sorang jer asal drpd Kolumpo Puan Warden pun sudah semacam lah dgn aku. Apehal nyer ntah. Ataupun perasaan aku jer entahla. Tp mmg ade dengar2 sore2 yg jeles dgn budak Kolumpu sorang ni dan warden pn penah sound aku 'toksah dok nak 'aku kau' la. Ckp jerla 'hang hangpa'. Eh eh eh.............. apela masalah puan kan. Wah sakit nya tuh di sini masih ada ker Cik aIn? Ha memang!

Nasib baik aku ni lembut hati orgnyer. Berendam airmata jer dok kat sekolah tu. Ngn senior ntah pape. Senior sgt ker? Sekolah pn ade form 4 form 5 ja pon. Tu pn kat food hall bleh nak asingkan form 4 form 5. Sekolah lain pn mcm tu ka? Nak guna public fon yg ade hya di blok senior pun ada time for junior and senior. Kang ade senior kesian kat aku bg guna, kang warden blok senior nmpk aku kene marah. Ade kes kecurian 1 blok kene denda membebel2 kat depan tu paksa suh mengaku. Bila aku tulis surat kat kawan bercerita psl minggu orientasi, senior wat spot check dan jupe surat tu terus denda sapu hall sekolah sambil galak bercerita psl isi surat tu. Aku cerita yg benar jew. Kalau terasa dgn apa yg aku tulis salah sapew kan kan? Pastu nak marah pulaksss kihkihkih tak leh terima kenyataan ke kak oi?

Langsung mati semangat dan minat nak belajar. Jumpe kaunselor sekolah pn lagi memburukkan keadaan. Mmg mcm harem sbb lps tu warden jupe aku dok perli2 plak. Ape masalah puan tu ntah. Paling sakit ati bila ayah terparking moto lepasi gate blok asrama aku. Ayah dtg naik bas smpi utara pinjam moto sedara x bgtau sbb kesian kat aku yg setiap hari call. Jadi ada sekali tu ayah kesian agaknya ayah terus shoot dtg asrama. Terharu betol aku tp tak bg warden tu. Lepas ayah blah die panggil aku dan cubit2 otot lengan ni sbb lelaki tak boleh lepas gate asrama sebenarnya. Tp ayah betol2 kt pintu asrama tu jer. Aku ckp ayah xtau sbb sy x bgtau. ayah x bgtau pn die nak dtg.

Kat sini gak aku belajar apa tu politik especially politik adik beradik. Sebagai seorang yg tegar KoKo aku pergi la selection komander satu badan beruniform ni tp bila da tinggal ber2 dgn adik senior pemes, so guess who got the throphy?? Ini diakui oleh salah seorang juri. Another thing, kt terminal bas yg jauh nya 20km dr sekolah pn akan jadi isu kalau korang tukar baju uniform sekolah atau bukak tudung. Smpi sekolah sok lusa siap la kau!

Disebabkan agak pofular gak aku pn dilantik sbg AJK Prep. Hmmm dala xder minat nk study dah suh plak aku jadi AJK Prep. Dengan aku2 kene denda x turun prep hahaha. Aku x sempat nak kenal dormmates aku or aku yg da x igt diorg kot. Paling tak best bila dormmate selang 2 katil bwk naik food sbb parents die dtg, acah-acah sorok2 food xnk bg aku mntx. Hya kawan2 die pilih jer dipanggil. Duhhh~~~ hand on chest.

The ultimatum bila aku demam panas. Tak pernah kene teruk mcm tu seumur hidup till now. Ok it was called 'homesick' ngeh ngeh ngeh. Dengan running nose yg dasat. Aku pon gagahkan diri turun ke sekolah sbb nk suh driver sekolah hntr g klinik. Lepas kumpul 6 7 org driver pon hntr g klinik kerajaan dan blah terus lps drop ktrg. Dah nasib aku jd org 2nd last di tpt yg aku lgsg tak familiar. Aku pesan ngn budak last nnt tunggu aku kt sini sbb bilik doctor lain2. Bila da amik ubat aku tak jupe kawan tu. Bila nmpk kawasan klinik tu lengang aku assumed budak tu dah blah. Jam kol 12 tgh. Matahari dah terpacak perut lapa badan tak larat halatuju tak tau ke mana tp tawakal jerlah. Jalan dlm 10m jupe ngn abg posmen tya arah bus stop. Die bgtau arah dan aku syukur sgt jupe dgn die. Smpi bus stop ala2 bas stop Seksyen 18 Shah Alam, aku nmpk ramai student dan kawan last tu pon ade tgh oder mkn bungkus. Terus aku g kat die and tya kenapa die tinggalkan aku? Dia ckp budak2 lain dah jln kaki so die pon jln la sbb die pn tak tahu jalan kat situ. Siap ofer aku tapau lagi. Aku tak jawab tp terus jln g public fon and call mak. Nangis!!!!

Driver sekolah amik kat situ rupenyer. Gilerlah nk jln agak jauh tu.. Kalau pestimer mcm aku ni mn nk carik bus stop mcm tu celah2 umah org? Smpi sekolah aku terus g pejabat sekolah nak jupe dgn PKHEM. Wow masih terasa perasaan tu. Betapa aku nekad. Jgn dibangkitkan harimau yg sedang tdor. Kucing yg manja jgn igt tidak mencakar. Staf kata PKHEM xder g umrah mulai hari tersebut. Aku pn minta utk jupe dengan mana2 cikgu yg setaraf or aku takkan berganjak. Puan Warden dtg opis pujuk aku mmg mampus la aku nk layan ko. Kemudian encik kaunselor pulak dtg pujuk tp takkan aku termakan lg. Ko dah khianat aku sebelum ni kan lagi nk tunjuk muka. Akhirnya aku mengalah sbb rase dah nak tumbang.

Esok tu ayah smpi lg dgn motor (kali ni mmg paksa dtg) terus g opis dan aku ckp aku nk quit sekolah ni. Cikgu pemangku la kot suh aku amik cuti 2 minggu pikir masak2. Ini antara 10 sekolah teknik terbaik Malaysia katernya. But i didnt bother. Aku da siap berangkut brg aku dah. Mana yg boleh sedekah aku tinggal jer utk kwn2. I would not come back. Ktrg blk dengan 1 handle ayah bwk baldi and penuh brg2. Tabahnya ayah melayan anakmu. I luv u ayah. Apa anak ni nak sume ayah cuba sedaya upaya tunaikan. I will try my best to repay u.

After 2 weeks ayah dan aku g jupe pengetua sekolah lama. Berbincang psl kes aku. Pengetua xder halangan asalkan kes aku tak sangkut di Jabatan Pendidikan. Seronok jupe kawan2 lama. Yg sedihnya aku byk ketinggalan silibus setiap subjek. Sedih gak bila abg marah sbb die spend almost RM1k masa registration sekolah asrama. Mcm2 nak kene beli tau. Cadar sarung bantal sekolah punya, baju n seluar sukan sekolah, kelengkapan belajar engineering (papan n pembari LK, set geometri, blablabla), dictionary Oxford (tu pun wajib ker?) and x igt dah.

Bila ayah n aku g JPNKL nk setelkan kes perpindahan balik diorg x dpt trace nama aku. Tp bila tau kes ni die ckp aku x boleh balik sekolah lama blablabla.. Talk only No action. Bagusla tu. Smpi nak SPM cikgu kelas remindkan psl kes aku sbb aku kene setelkan sendiri. Kalau nama aku bermasalah untuk dicalonkan sebagai Calon Sekolah cikgu akan registerkan sebagai Calon Persendirian. Pergi balik JPNKL dan nama aku clean. Konfius gak ape jadi dgn borang permohonan masuk sekolah teknik dan akuan ala2 akujanji tu?? Hmm tp biarlah tiada masalah hati pon senang muahaha.

Skang sume da berakhir hya tinggal kenangan. Walau pahit mana pun ianya kan kenangan.. So kenang kenang jerlah hihihi...


Image result for school






Friday, June 5, 2015

Roti Canai Segera warna hijau??

Last week month teringin sgt nk makan roti canai. Tp disebabkan aku x pandai nak canai2 dan terbang2 kan tepong tu jadi beli jerla yg da siap pya sambil nyanyi lagu frozen. Frozen food kan kate kau.

So pg tu dengan semangat penuh dedikasi nk hidangkan roti canai buat org2 tersayang aku pn bangun awal terus panaskan kuali. Tetibe roti tu nampak warna2 hijau. Risau makcik kalu roti tu bertukar jadi 'Hulk' isk isk isk.

Aku tawakkaltu a'lallah dan berdoa moga tiada lah 'racun' di dlm mknn yg nk hidangkan.

Alhamdulillah semua sihat wala'fiat dan roti canai garing tersebut habis. Walaubagaimanapun aku takkan beli dah instant roti canai brand KRAFT tu. Sebelum ni beli instant capati brand apetah mcm nama arab sikit. Yg tu mmg mebeles. Kalu makcik beli lg makcik up gambar kt blog ni k.