Lately kesihatan ni tak menentu.. baru ucapkan syukur Alhamdulillah atas kesihatan yg semakin baik disebabkan gejala dan sindrom penyakit. Selang seminggu pastu dapat penyakit yang baru. Syukur Alhamdulillah juga. Kenapa sakit pun ucap syukur?? ^_^ Sakit tu adalah ujian Allah untuk hambaNya yg disayangi. Dalam kata lain Allah sedang memerhatikan kita. Nak menguji sejauh mana pulak kasih sayang kita padaNya.
Amboii .. kalau dengan orang yg kita sayang, pasti sanggup lakukan apa jer walaupun sedang sakit kan. Mcm tu juga Allah inginkan kasih sayang kita, hambaNya yg 'sombong' ni. Astagfirullahhal a'zim.
Dua tiga menjak ni banyak kedengaran khabar daripada saudara, kawan mengenai orang2 yg mereka kenali sedang sakit tenat malah yang pergi menghadap Ilahi. Setiap kali menyebut 'Innalilah hiwainnailaihi rojiu'n' pasti terselit sendu kat hati ni. MATI ITU PASTI. Tp apakah kita dah bersedia? Cukupkah amalan sebagai bekalan? Andai kata mati itu semakin hampir kala ini, bagaimana dengan anak2??
Banyak betul kira2 yang dihitung dalam benak fikiran ni. Tp bermaknakah semua tu andai hari ini adalah hari terakhir buat ku? Semoga aku tidak lagi menjadi orang-orang yg rugi..
Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”. Kenapa Rasulullah menyuruh kita untuk memperbanyak ingat akan mati? Yang pertama, kerana mati adalah kepastian “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185). “Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).
sumber: http://tazkirahjumaat.blogspot.com/2008/10/tj-mengingati-mati-hadis-kaya-harta-dan.html