Ibu2 disarankan untuk menyusukan baby sejak lahir. Kebiasaannya kalau ibu dapat melepasi usia baby 3 bln, insyaAllah baby berpeluang merasa susu ibu hingga usia 6 bulan 9 bln 12 bln dan seterusnya hingga had yg disyariatkan selama 2 thn.
Namun ramai ibu2 yg gagal menyusukan baby secara eksklusif atas pelbagai faktor. Aku pn mengalami faktor2 yg hampir menyebabkan hati ni berputus asa, semangat ku hilang dan kdg2 perasaan MALAS dan SIBUK sering menjenguk.
Paling mencabar ketika badan rase tak sihat dan perlu menyusukan baby. Hanya Allah Yg Maha Mengetahui betapa getirnya semangat di kala tu. Ibarat telor di hjg tanduk dgn emosi yg up and down. Ibu2 tau tak kalu emosi kite memberi kesan ke atas production susu?
Dalam memenuhi syariat ini mmg memerlukan pengorbanan yg besar. Ibu2 pn kene rajin membaca dan membuat terapi minda dan emosi. Ecehh mcm propesor plak becakap. Apa yg sy belajar jugak, pentingnya mengetahui pemakanan yg baik utk bdn kita dan yg ni lg penting - kawan utk menyokong kita. Kalau dpt kwn yg ber-ebm sama lg best. So marilah ebm berjemaah huhuhu.
Supplement pn disajeskan. Sy mmg dr awal kelahiran baby sy da amalkan supplement soya dr brand yg pofular sgt kt fb tu. Alhamdulillah mmg berkesan di awal fasa. Ditambah dgn persediaan mental agaknya. Since ni 2nd baby jd dah kurglah perasaan nk nangis sbb baby meragam. Ahha kantoi di situ. Tp alhamdulillah baby aaron sgt baik sepanjang tempoh pantang.
Bila baby aaron masuk usia 6 bln, bonda die ni mula diserang sakit sbb berjangkit dr aaron. Pelbagai gejala penyakit mula menular di dlm umah. Antara bonda aaron and kakak puteri kami bergilir2 amik turn hingga sekarang bonda masih belum pulih. Syukurlah ia tidak melarat ke penyakit lebih berat dan bonda terima dengan redha dan berhrp ia adalah kifarah ke atas bonda.
Bila badan tak sihat production susu pn menurun mcm bonda ckp td. Sikit sebanyak sedih gak tp xnk sedih byk2 sbb nnt susu lg sikit. Kdg bila bonda happy sgt susu pn tetibe byk. Jd ibu2 kenela selalu happykan diri. Dalam berborak2 dgn kwn2 ni selalu gak la kami selitkan psl penyusuan baby especially kwn yg ada baby ni. Tetibe kwn sorg ni perkenalkan Pil Homeopathy Tambah Susu. Cara makan die kemam jer 3x sehari harga pn ok rm15 utk 60 biji. Sebelum ni aku ade survey gak supplement lain since produk shaklee da tak berkesan lg utk tmbhkan susu. Pil hormon Noriday pn nmpknya x berkesan tp boleh la mkn utk family planning. Ade 1 pil lg produk Mamamilky yg berharga rm70 mkn 2x sehari utk 12 hari. Hohoho mahalnye lahai.
Jadi aku pn oder jerla pil homeopathy tu dpt jer turus mkn hihihi. Alhamdulillah hari kedua tdo mlm smpi basah2 baju. Dah lama x gitu. Esok pg pam pn hasilnya lumayan almost 10oz. Hrp pil ni berkesan utk jangka masa pjg.
So ibu2 yg ada mslh low production tu bleh la try g crk kt klinik homeopathy dr radziah di Kompleks PKNS shah alam. Bak tulisan Dr. Tu kita ikhtiar Allah jua menentukan.
"Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, perbanyakkanlah susuku untuk bayiku dan permudahkanlah perjalanan ku menyusukan anakku agar mengikuti segala yg Engkau syariatkan."
Amin.
Amin.