Search This Blog

Friday, March 28, 2014

Kronologi Kehilangan Penerbangan MH370

Kronologi kehilangan penerbangan MH3708 MAC - 24 MAC 2014

 Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-16 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

* 10 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

Mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport sama.

* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

* 15 Mac - Perdana menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* 16 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang

Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

* 21 Mac - Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu. Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

* 22 Mac - transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.

Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

* 23 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

* 24 Mac - Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

.. Al - Fatihah dan takziah buat keluarga yang terlibat ..




Wednesday, March 19, 2014

Sakit!

Bagai lumba lari pas baton gitula keadaan dalam umah aku skang ni. Kalau sorang demam, seorang demi seorang akan demam. Begitula jugalah kalau ada penyakit lain.. punn sama. namun idaklah aku mengeluh cuma kdg emosi ni terganggu jgk.

Kesian pd anak2 yg belum mengerti dan pandai utk uruskan diri. hmm kebiasaannya si ayah pn sama. Ibu jgklah yg harus menjaga timing makan ubat dan sebagainya. Kalau tak, ubat pn x disentuh. Haiya..

Perubahan cuaca pulak mmg membantu penyebaran penyakit berjangkit ni.Apa yg mampu aku lakukan skang berdoa agar anak2 diberikan kesihatan yg baik dan pindahkanlah kesakitan dan ketidakselesaan yg mereka alami ke atas diriku. Dengan izinMu Ya Allah. Amin.

Tuesday, March 4, 2014

BERUBAH LAH!

Tahun 2014 sudah masuk suku tahun. nampaknya hasrat hati yang beriya2 mahu memanfaatkan blogish ni masih seperti dulu, masih seperti memula blog ini di'design', masih seperti memula memikirkan apakah nama blog yang sesuai (shame on U ain, yess u lah, owner of this lousy ugly looking blog).

Hmm well mcm2 alasan boleh bagi untuk menutup kesalahan atau nak hilangkan rase bersalah dlm diri tu tp samapi bila kita mahu beralasan kan? Walau hakikatnya itu lumrah seorang manusia. Yer, aku pun manusia biasa jugak.

Kalu ikutkan nk buat blog ni drpd zaman sekolah lg tp tau x bile blog ni direka? Da kawen la br terhegeh2 nk berblogging hohoho sedey. Actually aku suka baca blog2 org tp blog sendri malehnya nk update. Rase mcm byk nau kekangan-kekangan yang terkangkang bila nk taip satu-satu entri tu. Hm tmbh plak bile kene guna fon sbb pc da kene blocked. Bila pc da kene blocked abes sume apps pn kene blocked.

Baru2 ni chit chat ngn asben psl dua org hamba Allah ni. Mereka sepasang suami isteri yang masih terkontang kanting menjalani kehidupan sebagai ibubapa suami isteri anak menantu walaupun dah hampir 5 thn berkahwin . Nasib mereka agak baik kerana tinggal serumah dgn org tua. yang kami kasihankan adalah orang tuanya itu dan rase geram nau dgn diorg tu.

Aku ni mmg tak phm dgn org yg tak reti nk amik hati org tua ni. Tambah2 bila masih bersikap malas walaupun da beranak pinak. leka dgn telefon dan mula meminggirkan anak. Sbb tu aku dan asben da sepakat untuk tgk fon bila perlu jer. Mmg bila kita pgg fon kita akan mula leka dan anak yg nk ajak berborak akan jd marah sbb kita tak pandang dia dan dia pon mula crk psl cthnya tepok hp mahal kita tu smpi jatuh dr tgn. maka kita pn akan marah sbb hp mahal kita jatuh dan mungkin rosak. Anak aku yg sulung tu pya suka ngn henpon smpi sakang da tau sebut 'fon' dan yg selalu jd mangsa dah tentu henpon mak dia. Hmm standby jerla duit bila hp tu dah mula hang2 skang.

Berbalik psl JODOH dan PERTEMUAN mmg semuanya sudah ditentukan Allah SWT. "Manusia ni tiada yang sempurna tp apa yg penting sebenarnya adalah BERUBAH."

Terkedu jap bila asben ckp camtu. Betullah.
Tiada org yg semulajadi tahu memasak tp boleh jd pndi dgn belajar,
berubah drpd tak tahu kepada tahu,
berubah drpd malas kepada rajin,
berubah drpd degil kepada akur.
Berubahlah ke arah kebaikan.
InsyaAllah bahagia hingga ke Jannah!