Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat,
negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat,
negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat,
permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,
kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu,
tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
(Gambar sekadar hiasan)
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,
orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki,
budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan,
pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
(Gambar sekadar hiasan)
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
( Gambar sekadar hiasan)
Bila jadi macam ini,
siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat,
bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa?
Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana dah mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Lanjutan emel ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)
** Sekadar menyampaikan dan ingat mengingati kepada saudaraku.
ein
o_O
Search This Blog
Monday, January 19, 2009
Wednesday, January 14, 2009
Permulaan Yang Baru
Alhamdulillah da masuk tahun 2009 dah rupanyer.. waktu sekarang terasa cepat berlalu dan x sedar plak yg blog aku nih da bersawang huhu~
Tahun baru ni igt nk keluar lepak ngn are_shed berdua2an 'merempit' ke tempat2 sesak.. Tp x kesampaian plak hajat tu sbb jln sesak ke Keramat dan motor pula di Subang. Jadinya, kami cuma buka pintu dan tgk bunga api sambil duduk kat sofa jer :) Semenjak berkahwin, jarang betul kami keluar mlm, kalau setakat ke downtown KD tu aderla sekali sekala.. x mcm time bercinta dulu. Sekarang ni waktu yg terluang masing-masing ingin rehat di rumah jer sambil menguruskan rumahtangga. Maklumlah 2 2 bekerja.. jadi kerja di rumah pn bersama2lah.
Tahun baru kene la buka buku baru.. Sedih juga biler mengenangkan masih ada kwn2 yg masih x bertegur sapa tapi tidak mahu berbaik2.. Perkara yg lalu boleh dikenang dan dijdkan tauladan bukan disimpan sbg dendam yg membara di dalam hati dan fikiran. Manusia mmg lumrahnya tidak akan lepas dr melakukan kesilapan apatah lagi tatkala hati tgh panas dan jiwa sedang berkecamuk.. Sudah2lah.. Apalah salahnya kita berbaik2 dan memaafkan 1 sama lain.. Sedangkan junjungan kita Nabi Muhammad SAW pn memaafkan umatnya.
Satu lagi marilah kita sama2 memboikot barangan Yahudi yg terkutuk tu dan sekutunya dengan tidak membeli barangan mereka kerana pendapatan mereka tu akan digunakan utk membekalkan senjata bagi memusnahkan penduduk Islam di Palestin. Membeli barangan mereka bermakna kita turut membekalkan senjata kepada Yahudi. Sanggupkah kita membunuh kanak2 yg masih x mengerti....
** perbanyakkan baca surah al-Fil

Subscribe to:
Posts (Atom)