yaya, ila, aku, dee, MAI, nisa, zehan
Bulan ni genap la 5 tahun kwnku, Mai meninggalkan kami. Sape sangka dalam usia yang masih muda, sedang mendaki menara gading, telah dijemput kembali ke pangkuan NYA. Innalillahiwainna ilaihirojiun..
Mei 2001
Seksyen 1
Shah Alam
Masa mula2 kenal di Sem 1, kami 1 kelas. Mai agak trendy n join dgn geng2 'vogue' dr Shah Alam; yaya dan azreen. Segan pula tgk geng diorg ni sbb penampilan ku sering kukategorikan sbg simple & 'comot' haha. **Aku suke pd natural beauty**.
Jun 2002
Stadium Shah Alam
Apabila tiba Part 3, kami diberi pilihan utk memilih major masing2 dan disinilah 4 orang drpd kelas A td disatukan kembali dalam kelas tunggal SR112; Aku, yaya, Mai dan Mira. Kami sepakat untuk membantu satu sama lain sekiranya menghadapi masalah. Sape sangka aku,yaya dan mai semakin rapat tetapi mira telah mempunyai klik yg merupakan hse matenya. Mula2 rase kekok plak sbb setahun sebelum ni mmg x rapat ngn diorg tp rupanya2 xderlah vogeh sgt diorg ni huhu~.. Mai yg kukenal mmg manja dan loving semua org dipanggilnya 'sayang' hingga ada yg terperasan sendiri lar.. Mula2 kami rapat tu rasa menyampah pn ada gak.. tp itulah sifat dia bukannya dibuat mcm2 sesetengah orang. Lamer2 satu kelas kami pun smpi terikut2 memanggil satu sama lain dengan panggilan 'sayang' dek kerana nk mengusik Mai.
Kemudian klik kami bertambah lagi dengan adanya Omri Faez dan Cat Mukrim. Makin meriah dan seronok puler belajar di universiti. Hm sebenarnya sudah lama aku tidak mempunyai kwn2 yg betol2 rapat seperti mereka. Itu belum lagi di kira dengan semua classmate, makin bergegar Stadium Shah Alam tu dibuatnya. Budak2 kelas kami mmg sempoi abis smpi kebanyakan lecturer percaya kami tetap kan bersatu smpi biler2. Terima kasih SPORTREC keranamu kami mula mengenali apa itu kawan! Itulah kenangan terindah yg akan terpahat dlm hidup aku smpi akhir hayat. Salute u guys!
September 2003
JBS Kg. Pandan
Kuala Lumpur
Hari tu hari Sabtu.. Aku sepatutnya pulang ke rumah biasa la hujung minggu x betah rasanya utk tinggal di asrama. jam menunjukkan pukul 7.10 pg dan aku br nk lelapkan mata setelah berjaga semalaman. Tiba2 hp ku berdering dan kedengaran suara yaya teresak2 di talian sambil ckp 'ain, mai da xder' lalu terus menangis. Setelah memujuk yaya kami berjanji jupe di uma Mai di Seremban. Tuhan jer yg tahu perasan ku sewaktu tu.. Betapa ralatnya aku seperti tidak ketahuan. Sebenarnya sebelum aku menjalani latihan praktikal, klik kami menghadapi masalah 'keluarga' sedikit.. 'Ya Allah tabahkanlah hatiku'. Lantas ku trus bgn dan meminjam bj kurung Dot kerana bj2ku belum dibasuh, igt nk bwk blk basuh di rumah. Hmm baju Dot begitu besa dan agak labuh dibadanku tp pedulikan tu sume hasratku satu.. Ingin ke Seremban segera. Pelbagai rintangan tiba2 menjelma namun hasratku tercapai jua...Alhamdulillah.
Seremban
Negeri Sembilan
Kwn2 sudah ramai yg tiba dan menanti smpi ke luar utk menyambut jenazah arwah yang dijangka tiba selepas zohor..Suasana sayu menyelubungi indahnya pada hari itu.. Tiada sapa bisa menduga hari kematian yg wajib dijalani setiap yg hidup. Meniti usia 23 tahun, mai da bertunang dan akan melangsungkan perkahwinannya selepas grad pada tahun depan. Teringat kisah mai yg x dpt mengikuti kami ke gunung belumut x silap kerana telah menetapkan tarikh 'bertandang' pada waktu itu. Kononnya ingin berahsia akhirnya terbongkar jua.. Namun Tuhan Yang Maha Kaya lagi Bijaksana lebih menyayanginya lalu dijemput ajalnya pada malam tersebut kerana kemalangan kereta bersama tunangnya tetapi nasib tunangnya sedikit baik apabila dapat diselamatkan dan dirawat di ICU. Azan Zohor berkumandang dan van jenazah telah kelihatan dari jauh. Terpalit rasa pilu.. laungan azan seolah mengiringi jenazah ke rumah. Esakan dan tangisan sudah mulai kedengaran. Ralat rsnya tidak dpt mencium wajah arwah bimbang airmataku yg x ingin berhenti 'menyeksa'nya..
Aku x dpt mengiringi jenazah ke perhentian terakhirnya kerana terlalu penat dek tidak tidur semalaman. Hanya Al-Fatihah dan bacaan Yasin ku sedekahkan buat arwah. Moga rohmu berada di samping mereka yg terpilih dan dicucuri rahmatNYA ke atasmu.
Al-Fatihah
Every step i take
Every move i make
Every single day
Every time i pray
I'll be missing u..
We miss u so much
ein O_o
It's not the feeling of being alone
ReplyDeleteIt's more the absences - someone you've known
It's not the impact against the wall
It's more the painful fact that we are so damn small
Because the loss of a friend
Makes you wonder why
If there is a world on the other side
The loss of a friend
Makes you think again
Life is what you find in a second of time
mr5zal,
ReplyDeletemakes me thinking more..
live life meaningful..
4 wat will happen in the future
dat we will never noe..
Live happily,
ein o_O