Search This Blog

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, July 23, 2015

Tips Persiapan Aidilfitri (Elakkan Stress)

Salam Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin kepada korang andai ada yg terasa dengan bahasa kasar saya semasa menulis blog ni. Tahun ni terasa meriah nya Aidilfitri sbb dah 7 Syawal tetapi rumah sedara mara pn lom abis raya walaupon kua pagi balik malam huhuhu. Ok nak share sikit tips yang rase berbaloi untuk dikongsi. InsyaAllah xderla rase serabut dan stress menjelang Syawal dan ibadah Bulan Ramadhan pon dapat dilaksanakan dengan tenang....


1) Beli Baju Raya Siap
Kalau rase saiz badan tu standard kan means beli baju siap pon da sedap pakai and jenis x cerewet , nasihatnya korang beli jerla baju siap. Sekarang ni harga kain pasang pon dah mahal. Lom nk byr harga upah tukang jahit lagi and belum masalah baju raya x sempat siap ataupon baju raya rosak sbb tukang jahit dah kelam kabut menjahit nk siapkan segala mala tempahan yang dia ambik. 


2) Shopping Time Sales!!
Tak kisahla sales bila pon kalau korang tgk harga nye mmg murah giler beli jerla. 

Dis year persiapan Aidilfitri dah dibuat seawal bulan Januari lagi hehehe. Since Jakel buat jualan penghabisan stok raya last year masa tu, so why not gunakan kaedah penjimatan yg berhemah? Baju raya sama jer cuma harga jer yg berbeza kerana bergantung kepada masa jualan.

Thx kat kakak ipar yg bgtau info masa tu. Siti Nurhaliza Collection's by Jakel and Aaron Aziz's Collection harga RM50 sepasang x giler??? Padahal kalu masa nk raya last year tu harga ratus2 gituw. Kebetulan bonus pun br dapat kan. Pandai Jakel nih. Paling mahal pon dlm RM75 jer lepas tawar2 lagi dengan manager Jakel tu. Bagus jugak manager Jakel ni kalau die tgk kite beli byk die kasi can la kite tawar lagi hihihi. Setel dah baju raya asben, MM dan MIL.

Kalau perkakasan rumah dan perabot pon boleh jika harga nya mmg murah giler!!!


3) Persiapan Rumah
Kalau nk siapkan rumah plak contohnya nk ngecat rumah ke tukar tikar getah ke nk tukar nako tingkap ker buatlah sebelum Ramadhan. One thing jugak bila kite setelkan satu persatu kewangan x rase membebankan. This financial management. Ada setengah kontraktor bleh byr ansuran oklah. kalau  x boleh, buatlah 1 bulan 1 bende kasi setel OK. Jgn kumpul hutang. Rancangla ikut kemampuan juga.


4) Kawal Pembelian Juadah Berbuka
Limitkan 1 atau 2 dessert sahaja semasa berbuka. Especially yang anak kecil2 lg mcm aku ni. Kalau kuih 5 biji RM2 beli la campur2. 


5) Tidak Perlu Berbuka di Hotel/ Restoren
Jika tiada keperluan xperlu la berbuka di hotel yg kebiasaannye harga pun bleh tahan.  


6) Persiapan Terakhir
Bila da setel yang major masa bulan Ramadan nnt boleh la setelkan barang2 kecil jer cthnya tudung selai dua, kerongsang, pin2 bagai kan. Jadi masa bershopping pon dpt dikurangkan dan bleh balik berbuka di rumah. Malam pon bleh g terawih.


Ini antara perkara basic utk dibuat. Dalam maksud yang lain persiapan raya ni boleh dibuat sepanjang tahun tak perlu tunggu dah nak raya br nk sediakan semua. Takut membebankan bagi yg kurang berduit tp kalau duit ade berguni-guni ape nak heran xyah survey2 g beli jer pape yg nak bila2 masa. 

Yang bagusnya bila persiapan raya dibuat lebih awal kite akan lebih bersedia menyambut Ramadhan Kareem kerana ianya bulan yg penuh rahmat utk umat Muhammad SAW. Rugilah kalau kita sia-siakan. Entah kita masih bisa berjumpa Ramadhan di tahun hadapan. Wallahua'lam bissawab.



Thursday, June 20, 2013

Syaaban Sebelum Ramadhan

Harini nak cube berpuasa lagi. Tinggal sehari jer lagi nk kene ganti tp yg kene ganti pon 2 hari jer hehehe. last year sgt bertuah sbb abes pantang sebelum Ramadhan tiba dan breastfeeding made it easy ^_^

Baby makin aktif lately mayb aku terase aktif sbb space die da makin kecik jadi bile die gerak jer pasti terase dan terangkat. Alhamdulillah, so bonda xderla nk risau sgt kalu tak rase baby gerak. Dahla skang ni makin kerap hilang ingatan. Kejap bende ni lupa kejap bende yang ni plak lupa haih smpi buku appointment pn luper kene patah blk ke opis sambil hubby wat la muke poyo die tu sbb kene patah blk opis kan.. Well, its pregnancy to blame hahahaha..

Harap harini dapat la fullfill pose lepas tu kite raya jap before kite sambut Ramadhan al-Mubarak ye cik ain.. Cant wait.. Really miss Ramadhan <3


Thursday, August 12, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Salam.. Selamat Datang Ramadhan al-Mubarak. Kedatanganmu memang dinantikan oleh muslimin dan muslimat..

Hari ni hari ke-2 umat Islam berpuasa dan buat pertama kali aku menyambut Ramadhan tanpa hubby kerana die terpaksa bertugas di luar negara. Kali ini die bertugas di Itali bwk atlet berbasikal untuk bertanding dalam UCI World Junior Track Cycling Championship. Smg adik Fatah dan Arfy berjaya mengharumkan nama negara. Kejohanan ni jugaklah yg telah berjaya menaikkan nama atlet 'Adiq Hussaini' pada tahun lepas.. Haha berdebar2lah adik2 yg baru nk mencipta nama ni.. Anyway doa kami sentiasa bersama korang.

Sebelum Ramadhan, kami sempat bercuti ke Pulau Langkawi selama beberapa hari tp x sempat nk ceritakan di blog. Kene masukkan gambar sekali baru la seronok nk baca betol x? Haha.. Pulau Langkawi memang best utk mereka yg ingin bercuti di pulau tp masih ingin berjalan2 atau melakukan xtvt selain lepak kt tepi laut.. Nantikan ceritaku di blog ini hehehe~~~

** Selamat berpuasa.

Monday, September 1, 2008

Ramadhan Al Mubarak 1429

Alhamdulillah hari ini umat Islam seantero dunia telah mula menjalani Rukun Islam ke 3. Tanpa dapat kita lengahkan sesaat pn ia akan pasti tiba jua. Tahun ini, insyaAllah akan jadi Aidilfitri pertama aku di belah suami.. Hm berdebar2 juga ni pasti Kak Ida da menantikan ketupat palas daripaku memandangkan belah mereka 'famous' ngn lemang. Famili aku plak mmg x bleh tinggal ketupat palas... Hoho puasa baru bermula setengah hari da sebok berbicara psl raya puler.. Huhu~ Gitulah biasanya kalu da menyambut Ramadhan pasti terus akan bukak topik raya. Kueh raya dan baju raya komfem da disebok2kan sebelum raya lagi. Tempahan awl mmg perlu dibuat sebelum raya, kalau x, x berayalah kita.. Kemudian masuklah langsir, tikar getah, perabot raya pn ada.. x pecaya? Pegilah Court Mammoth Cheras pasti byk perabot 2nd hand selepas raya. Katernya org x mampu da nk byr, tp mungkinkah org tu mmg sengaja x nk byr.. nk melaram semasa raya kemudian habis raya dibiarkan pihak Court tarik balik. Hai dalam dunia ni yg haru biru skang ni mcm2 org ada..

Kesempatan yg datang setahun sekali ini, usah dibiarkan berlalu begitu sahaja.. Penuhi ia dengan xtvt yg x akan kita isi atau susah la nk isi di bulan2 lain seperti Terawih dan Tadarus. Memang susah ckit nk panaskan 'enjin' ke surau awl2 ini, tp jika x sekarang, bila lagi?? Bak ceramah Ustaz Akhil Hayy pada 28/08/09 lepas.. "Mungkinkah Ini Ramadhan Terakhirku?"

Renung-renungkan dan Selamat Beramal

ein
o_O