Search This Blog

Showing posts with label flora dan fauna. Show all posts
Showing posts with label flora dan fauna. Show all posts

Monday, November 10, 2008

Rindu.....

Kerja dan penyakit seakan kembar siam plak pada era serba canggih ni. Makin kuat seseorang tu bekerja, semakin banyak la penyakit yang akan dihidapi nnt. Kenapa? X percaya? Lihat jer statistik penyakit jantung di kalangan bwh umur 40an. Ianya semakin meningkat saban tahun. Itu yang agak ekstrem kate mereka. Ok lihat jer berapa ramai yg mhidapi penyakit migrain pule atau penyakit gastrik.. hehe seperti terkena batang hidung sendiri puler..

Kata emak, "orang2 sekarang ni mkn makanan yg kurang berkhasiat dan peluh pn jarang2 sgt dikeluarkan.. mcm mane la bdn nk sehat kalu x bersenam atau beriadah untuk menyahkan toksin.." Hm beriadah... Rindunya aku pada zaman belajar dahulu.. Plebagai xtvt rekreasi luar yg kupelajari.. yg mendekatkan ku dgn alam.. yg mengajarku erti persahabatan.. Time stres2 boleh mencari air terjun yg dinginnya bisa menghilangkan segala kekusutan buat sementara waktu sambil dihiburkan dgn nyanyian unggas rimba di balik dedaunan dan pohon nan menghijau..


Ahh~~ kalau tak dpt ke hutan, kt kg ku pn bisa mendamaikan jiwa... melihat pak tani membajak sawah, anak kecil mengail ikan di bendang dan boleh pegi kebun ambil ulam2an.. Kalau rajin lagi, boleh g lepak2 kat bawah pokok2 di batas ban sana nun sambil mengadap Gunung Jerai yg tersergam gah di depan. Mana tahu terserempak ngn Abg Sham yg sedang menjala kat parit, dpt gak bwk blk ikan haruan atau keli free ikan puyu komfem belambak hehe...




Friday, September 5, 2008

Keladi Bunting Lagi???

Ramai rupenyer komentor2 blog aku yg x bdaftar ni.. Alhamdulillah walaupun diorang x komen kat page aku, tandanya ada jugak la org yg sudi baca blog aku nih.. *grin*

Dlm byk2 yg komen tu, byk jugerla yg tanya "keladi bunting tu mcm maner rupenyer?" Ish3.. kadang2 rasa kesian juger dgn org2 yg dok di bandar ni.. apatah lagi biler mengenangkan tumbesaran anak2 yg tidak terdedah dgn alam semulajadi selain daripada teknologi yang semakin canggih dan aktiviti-aktiviti sosial.. Minta2 la dijauhkan daripada aktiviti yg melampaui batasan agama.. Nauzubillah. Bukanlah ingin mengutuk atau membuat sesiapa terasa kerana aku sendiri membesar di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur.. tetapi inilah realitinya.. Apabila Arissa, anak buahku meminta ibunya membeli cempedak goreng, "Mak nnt belikan adik yg mcm goreng pisang yg ada biji besar tu".. Terpinga2 kami sekeluarga mendengarnya.. 'goreng pisang yg ada biji besar???' Hahaha.. kelakar tp kita yg besar ni pasti terasa sesuatu.. Kalau anak pokok kelapa sawit dikatanya pokok nenas.. Jgn smpi pokok padi pun x kenal da parah lah tu..nasib baik famili2ku masih mempunyai kg halaman untuk kami 'berkubang'.. Mcm aku.. pokok durian smpi skang pn susah nk dikenalpastikan huhu..~

Nah~ Disini ku attachkan pic KELADI BUNTING dan POKOK DURIAN untuk tatapan korang..




Keladi Bunting



Pokok Durian

gambar ehsan Cik Google

ein
o_O

Tuesday, July 29, 2008

Keladi Bunting Punya Pasal

Pagi ahad lepas seperti biase uma mertua aku tu mesti takkan sunyi kalu mak tak g rewang.. Tak sedara mara anak2 die yg dok berjiran ngn die pasti berkumpul.. Tgh borak2 pasal pokok2 air ni, mak kater "Keladi bunting pasti boleh!"

Lepas tu riuh satu umah biler suami n adik ipar aku, nak 'turun padang' carik keladi bunting dekat parit sebelah pasar tu.. Planning nak nek keta bleh la angkut byk sikit tapi kang susah pulak nak stop2 tepi jalan ni.. So diorg nek moto jerla.. 15minit kemudian diorg pun sampai umah. Hm macam maner tak kecohnya biler planning yer2 tapi sorang pun tak kenal keladi bunting tu macam maner rupenyer..

So kakak ipar aku (konon sifu bab bunga n pokok) ni pun offer diri beliau.. "Jom pegi ngn kakak pulak" katernye dgn kondifen.. So tadi abg ngn adik ni kakak ngn adik puler.. Haha mesti org kg pelik tengok aperla anak beranak Wak Esah ni nak buat dari tadi dok pusing kg bergilir cabut pokok keladi kat parit.. mesti org kg ingat 'ada gotong royong kot..' Lebih kurang 15minit diorg pun smpi umah.. Ler pokok keladi yg dibawa baliknyer.. Huyyyyy gamat lagi la umah mak mertua den tu ha.. Adik beradik 2x5 jer..

Cerita punya cerita last sekali petang tu kami decide g beli jerla kat sepanjang jln ke Sg. Buloh kan banyak kedai bunga.. Kedai pertama banyak betol pokok keladi yg ashid ngn kak Ida amik pagi td mahal plak tu dekat RM25 sepasu. Ini kedai kedua yg kami pergi tak der pun kat dalam pasu2 yg ade ader air tu.. Sekali aku nmpk kat satu saliran air hujung pasu pokok teratai tu penuh ngn pokok yg kitorg dok carik2 selama ini. Aku pun panggil en asben pergi situ and ambikkan die setangkai pokok KELADI BUNTING. Tiba-tiba bunyi anjing kuat giler kat depan kami besar plak tu anjing tu!! Apalagi aku menjerit sekuat hati and terus campak balik keladi bunting kt saliran tu.. En asben plak da berlari melompat pasu 2 tingkat depan jalan tu.. Ohhh nasib baik anjing tu berikat...~~

Ramai jugak la yang menyaksikan Drama Hari Ini yang dilakonkan oleh kami.. dan kami pun terus berlalu dengan muka selamba panggil macha yg keje situ...

Sepanjang perjalanan pulang yg tak smpi 15minit tu, ketawa kami tak berenti mengenangkan kisah tadi.. dari pagi sampai petang macam2 hal.. Semua KELADI BUNTING PUNYA PASAL.

ein
o_O