Search This Blog

Thursday, June 27, 2013

SME Business Centre

Td tgh melayang-layang tahap gaban tetibe dpt satu call dari SME Business Centre yg menawarkan bantuan perniagaan dan blablabla.. pendek kate nk membantu syarikat atau individu yg ingin memulakan perniagaan. Jadi aku ni terpilih di jemput ke seminar ni yang akan diadakan esok selaam 1 jam setengah gitu di Level 10, TH Uptown 3, Damansara Utama.

Dalam mamai2 tu sempat gak aku merasa curiga dan ajukan beberapa soalan:

Aku: Seminar ni psl ape?
Call: Seminar ni mengenai mcm mana cara nk mulakan perniagaan
Aku: Dari mana tadi?
Call: Dari SME Business Centre, kami di Damansara Utama dekat dgn Uptown.
Aku: (Dlm hati ni) anak company SME Bank ke???
Aku: SME ni ape GLC ke?
Call: Kami private cik nak bantu syarikat atau individu yg nk mulakan perniagaan. Kami akan berikan taklimat2 mengenai bantuan kewangan dan sebagainya.
Aku: OO xpelah sy rase saya x bleh pegila.
Call: Cik bekerja ker?
Aku: Ya
Call: Kalau mcm tu lain kali la kami jemput cik lagi.


Kalu setakat nk bagi taklimat jer x pyh ler nk g. Lain la g seminar MARA ke leh la gak tahu camne nk dpt bantuan MARA yg bernasib baik terus diuruskan pinjaman perniagaan. Dalam pada tu sempat gak menggugle pasal company ni and x jupe pape pun except dis blog Mayaku Fashion. Bila da baca entri blog ni pasal company tu lega rase hatiku.. mmg scam nk tipu Melayu. Tp dlm blog tu diorg gunakan nama SME Factors. nak tau korang leh baca kat sini --> www.mayakufashion.com/myblog/?p=1336

Oklah smpi sini dulu terus sego mata ni and lapa. Lapar jek memanjang. Jom mkn cekodok~~~


2 comments:

  1. Betul ni company SME Factors, bukan sahaja tipu duit orang melayu, tapi jugak peniaga cina, india semuanya dia tipu dari Datuk melayu company ni. Saya dah kena tipu RM7k, katanya boleh refund, tapi sekarang tak mahu dengar call saya dah..

    ReplyDelete
  2. betul company menipu.....saya berani caka sebab saya pernah kerja situ..lepas tahu hal sebenarnya saya keluar..nampak macam baik....tapi jahat dalamnya ...
    tiap tiap jumaat doa ,ceramah sana sini...tapi mendajalkan peniaga melayu cina india

    ReplyDelete