Search This Blog

Monday, October 20, 2008

P.E.A.C.E??

Jumaat lepas aku harus pulang menaiki tren kenapa lg kalu bukan kerana suamiku outstation.. Pasti ramai yg kan bertanya kenapa aku tidak membuat lesen memandu. Sudah sahabatku, aku adalah pemegang lesen P terhormat kata suamiku huhu.. Hm bukan tidak mahu memandu tetapi tahap keyakinanku masih belum utuh.. Hm bolehkah itu diterima sbg alasan? haha.. sebenarnya aku..tidak gemar memandu.. maceh shilawati md khairi ;) ko lah driver terhebat di abad ini selepas rashid.

Hujan pada petang itu menyebabkan aku terpaksa pulang agak lewat itupun kuredahkan jer walau rintik hujan masih turun membasahi bumi.. Keluar dari bangunan pejabat, bunyi lagu R&B yg sgt kuat telah menghambat pendengaran ku.. dtgnya tentulah dr speaker di pentas yg telah tersergam gah di hujung stadium manakala khemah putih kelihatan berbondong2 di sepanjang jalan menuju ke stesen lrt.. Oh mlm ini 'pesta' meraikan 'GLOBAL PEACE' bermula selama 3 hr berturut2..Pasti meriah mcm2 jualan ada produk kecantikan Ella pn ada pendek kate mcm2 aderrr... Kalaulah majlis festival agama ingin diadakan sebegini gempak, tentu sukar nk mendapatkan sponsor dan sambutan *grin*

Waktu menunjukkan hampir suku jam ke 7 sewaktu aku singgah membeli kueh utk bekalan perjalanan nnt. Maklumla naik tren mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah utk smpi ke rumahku kene la bwk bekal sikit takut gastrik menyerang. Lalu aku decide utk duduk minum di gerai tersebut sambil membaca novel penulis kegemaranku; Ramlee Awang Murshid sementara menunggu utk bsolat Maghrib di surau berhadapan dgn gerai.. nnt tak perlu lagi terkocoh2 mencari surau..

Azan Maghrib telah kedengaran tp yg menyakitkan hatiku bunyi2 lagu fengtau masih kedengaran kuat seakan2 ingin menandingi laungan seruan azan pd waktu itu.. Agar org2 muslim tidak mendgr seruan2 memanggil mereka ke arah kebaikan dan kejayaan, MasyaAllah. Kodok Pisang betol! Tanpa menghiraukan muzik2 tersebut imam masih meneruskan solat jemaah Mahgrib.. Selesai solat muzik terhenti seketika sangka kami mungkin mereka baru sedar akan apanya waktu ini. Namun ternyata semuanya meleset tatkala muzik mereka bergema lagi!! Ditambah pula remaja2 yg telah mula melepak di tepi2 surau dan menjerit tak tentu pasal mcm org xder akal. Nk mengorat anak dara org pn dik, jgn la di tepi surau time Maghrib pulak tu.. Hm anak2 zaman sekarang.. dan doaku moga mereka2 yg telah berbuat onar ini dibuka pintu hati mereka dan dijauhkan daripadaku dan keturunanku..

Keluar dr surau ku renung banting2 yg mempromosikan kempen ini.. Global Peace.. Hm sudah amankah kita?

No comments:

Post a Comment