Search This Blog

Sunday, October 12, 2008

Menyahut Panggilan Ilahi

Semalam nenda mertuaku telah selamat disemadikan di Pusara Aman pada jam 12.30 tgh. Saat kami menerima berita itu pada pagi tersebut, entahkan iya entahkan tidak jer berita itu. Ramai yg anggap berita itu semacam gurauan 'kelakar2 seram' di pagi hari. Kakak iparku yang tinggal di kawasan ini turut mempertikaikan berita tersebut katanya "Nenek siapa? Nenek aku sihat.."

Manakan tidak, Cik Yah baru mlm tdnya dtg ke uma emakku daripada uma nenek membawa duit kueh raya yg nenek 'beli' daripadaku. Walaupun telah ku berikan aje kueh tersebut, nenek tetap nk bayar. Nenek yg berusia lingkungan 80 thn tidak pernah mengadu sakit demam apatah lagi mempunyai penyakit2 kronik yg lain. Penglihatan dan pendengaran masih jelas "'alhamdulillah' katanya".. Cuma kadang2 kelihatan juga koyok kecil di kiri dan kanan kepalanya. Menurut Cik Yah nenek xder tunjukkan apa2 tanda sakit pun, spt biasa duduk2 borak dpn tv bersama2. Sbb itu, Cik yah pn pulang ke rumahnya tanpa menyimpan perasaan yg kurang enak.

Pg tu, pkck yang tinggal dgn nenek yg memaklumkan kepada adik beradiknya yg tinggal berhampiran. Si kembar yg dtg menyampaikan kepada mak di sini dengan air mata yg bercucuran sambil mengayuh basikalnya. Nenek kembali ke rahmatullah tanpa anak2 di sisi. Tetapi itulah hasratnya dan ianya telah termakbul walaupun anak2nya merasa ralat dan terkilan. Mujur kami dan abg yg bekerja di Spore sempat beraya pertama bersama nenek tp tiada seorg pn drpd kami yg teringat utk mengabadikan kenangan bersama nenek walaupun masing2 membawa kamera!

Aku tidak igt akan kasih syg seorg nenek kerana nenekku yg terakhir meninggal dunia ketika aku baru melangkah ke alam persekolahan dan nenek mertuaku inilah tempat ku bermanja dan merasa bagaimana seronoknya mempunyai seorg nenek. Semasa perkahwinanku beliau yang jarang 'turun' turut mengikut rombongan pengantin ke rumahku untuk melihat kami walaupun majlis di sebelah lelaki akan diadakan pada minggu hadapan. X sabar katenyer. Setiap kali kami bertandang uma nenek mest puas diusik kami dan bahagia rasanya tatkala melihat nenek bgelak ketawa bersama kami. Kalau dipeluknya kami, dipeluk bersungguh2..~

Semoga Allah SWT yang Maha Menyayangi mencucuri rahmat ke atas rohmu dan menempatkanmu di kalangan ahli2 syurga.

Al-Fatihah

ein
O_o

No comments:

Post a Comment