Search This Blog

Thursday, October 16, 2014

Comelnya Siti Nurhaliza dan Dato' K berselfie

Ok, comel sangat kakak kita sorang ni. Untung la Dato' K :)




Wednesday, October 15, 2014

Mom & Baby Expo October 2014

Ok malas nak citer panjang2 hehehe

Friday, October 10, 2014

Jajan Untuk Cinonets

Cinonetku sekarang dah berusia 2 thn 6 bln. Makin susah nk kontrol pemakanan dia. Tp yg lebih susah nk kontrol lagi tentulah adik cinonet yg kini dah berusia 14bulan. Pantang nmpk apa kakak pegang mesti 'nakkk'. Bonda pn da x koser nak jd Queen control lg. So inilah akibatnya, kua semata2 carik jajan @ munch2 diorg yg da abes stok. Tp selagi boleh Bonda cube juge control huhuhu ~

Wednesday, October 8, 2014

Page FB Pil Homeopathy Tambah Susu

Salam..
Ramai yg komen kt post 'Pil Homeopathy Tambah Susu' utk dapatkan pil tersebut.
Sebab aku ni jrg berbloging kesian pd yg dah lama komen tu. So di sini aku bg korang page kwn yg jual pil tu.  Sila lah 'Like' dan korang boleh direct dgn die terus. Payah kan kalau guna org tgh ni hehehe.
Selamat berusaha ibu2 di luar sana. Btw, ada jugak produk lain yg dijual. Boleh la tgk2 sekali. Cekidot ya!

Friday, June 20, 2014

Hukum Lukis Gambar Kartun Di Wajah


face painting

Soalan:
Apakah hukum mengecat wajah anak-anak (face painting) dengan lukisan gambar haiwan atau karektor kartun? Saya lihat ia semakin menjadi trend dalam sambutan ulang tahun hari lahir dan sebagainya?
Jawapan:
Melukis makhluk hidup, sama ada manusia atau haiwan, sama ada penuh atau sebahagian, dilarang tegas oleh Islam. Rasulullah bersabda: Orang yang paling pedih siksaannya pada hari kiamat kelak adalah orang yang suka menggambar (sama ada melukis atau membuat patung)." [Shahih Muslim, no: 3944/2109].
Dalam sebuah hadis yang lain Abdullah ibn Abbas menerangkan, bahawa Rasulullah bersabda: Setiap orang yang suka menggambar (melukis atau membuat patung) akan masuk neraka. Allah akan menjadikan baginya, dengan setiap gambar yang dibuat, sosok yang akan menyiksanya di neraka Jahanam kelak. Abdullah ibn Abbas melanjutkan: Jika kamu tetap perlu melakukannya, maka buatlah gambar pepohonan atau benda lain yang tak bernyawa. [Shahih Muslim, no: 3945/2110]
Pun begitu, tidak mengapa jika lukisan tersebut adalah untuk mainan kanak-kanak. Ini merujuk kepada kes patung di mana Islam melarang membuat dan menyimpan patung makhluk hidup di dalam rumah. Namun pengecualian diberikan kepada patung mainan kanak-kanak. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, no: 5665/6130, A'isyah menerangkan: Aku pernah bermain bersama anak-anak perempuanku (patung/dolls) dekat Nabi dan aku juga mempunyai teman-teman yang biasa bermain denganku. Apabila Rasulullah masuk, mereka bersembunyi daripada baginda, sehingga baginda memanggil mereka supaya kembali bermain bersamaku.
Oleh itu boleh mengecat wajah anak-anak (face painting) dengan lukisan gambar haiwan atau karektor kartun.
Sumber PA&MA : http://pama.karangkraf.com/hukum-melukis-di-muka-1.291903