Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua lupa
Lalu terhiritlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah
Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati
Tuhan... dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi
Tuhan... walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku..
Ya Rabb, sungguh benar apa yang disampaikan melalui syair indah ini. Ya Rabb, Engkaulah Yang Maha Pengampun, Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Engkaulah Yang Maha memberikan petunjuk kepada hambaMu. Semoga engkau mengampuni dosa2 kami yang sering alpa dan seronok berada di dalam kelalaian. Bukakanlah pintu hati kami, lapangkanlah dada kami, lembutkan dan bersihkanlah hati kami agar kami bisa menerima perkara2 yang bermanfaat dan menolak perkara2 yang memudaratkan jiwa kami.
Ya A'lim, Walau kami sedar bermacam2 yang kami mohon kepada Mu tapi tidak pula kami berusaha untuk mencapainya sendiri. Masih kami keraskan hati kami kerana yang wajib itu amat payah untuk dilaksanakan, yang sunat dan sunnah itu sering kami abaikan, lidah kami tidak mengalunkan zikir kepadaMu, hati kami tidak bertasbih kepadaMu. Malunya kami tapi kami hambaMu yang lemah lagi hina. Tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan pertolonganMu Ya Rahman Ya Rahim. La illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin.
Search This Blog
Friday, July 3, 2015
Wednesday, July 1, 2015
MyDear Warehouse Sale 25 Jun - 5 Julai 2015
Nampak tak? Nampak tak? ^_^
bleh search kat sini --> http://www.everydayonsales.com/98086/25-jun-5-jul-2015-my-dear-warehouse-sale
Tuesday, June 30, 2015
Opick - Rapuh (Lirik)
detik waktu terus berjalanberhias gelap dan terangsuka dan duka tangis dan tawatergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepihadir bagai teman sejatidi antara lelahnya jiwadalam resah dan air matakupersembahkan kepadaMuyang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkahkadang tak setia kepadaMunamun cinta dalam jiwahanyalah padaMu
maafkanlah bila hatitak sempurna mencintaiMudalam dadaku harap hanyadiriMu yang bertakhta
detik waktu terus berlalusemua berakhir padaMu
T_T
Monday, June 22, 2015
Kedai TG Cemerlang - Masakan Patin Temerloh
Ok. Takyah cakap byk, patin masak tempoyak kedai ni mmg meletop sedap cuma pedas . Yes pedas. Tak boleh la compare dengan patin tempoyak RNR Temerloh kedai hujung tu yer. Yg tu mmg terbaik. But stil patin tempoyak ni sedapp. Kelasss tersendiri.
Selain tu ade patin goreng diletak kan sambal. Ermmm pun sedap jugek sbb patin tu digoreng garing2. Yg paling layan kalau korang mkn dua2 sekali hahaha . Tamak haloba betol. Kalau larat boleh la. Kalau x larat order patin tempoyak mintak sambal tu sekali. Walaupon tempoyak tu podeh tp percayalah yg kaki pedas mesti suke kalau mkn lak dgn sambal. Eh ikan bakar pun ada tau!
Air dia pon limited and simple jer. Kalau limau tu diorg guna serbuk jer. Yang tak sedap dan tak best adalah kedai ni bukan kat shoplot. Jadi mmg panas la kalau g mkn tengahari. Xdo plak kipas kan. Mkn pedas2 mmg bleh lencun ketiak huhuhu. So nak tau g la rasa sendiri. Bon appetit.
Landmark : berhadapan masjid kinrara.
** Sorry lupe nak amik gambo menu huhuhu..
Wednesday, June 17, 2015
Doa Elakkan Sihir
Ini nak share pengalaman sendiri. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Kejadian berlaku tahun lepas tak silap aku. Bila DH minta masakkan megi di petang hari aku pon dengan seronotnyer g masak. Tengah masak tu sambil memandang ke luar jendela tetiber terdetik pesanan ustaz2 yang selalu dengar kat tv kat radio supaya amalkan bacaan doa di atas.
So elok megi masak aku pn baca Ya Latiff 7x ( petua eratkan kasih sayang ) dan baca ni:
Masukkan megi di pinggan pertama alhamdulillah ok. Bila masuk kan jer megi di pinggan kedua pinggan terus retak 2 terbelah tengah. Nice cut. Hati terkejut sikit dan terus panggil DH tgk. DH kata insyaAllah takde paper cuma pinggan tu dah lama pakai. Hmm ye ke??
Papepun. Aku hambaNya yg lemah berserah kepadaNya. Tiada daya dan upaya selain dengan pertolongan Allah SWT. Amin amin ya rabbal ala'min.
Subscribe to:
Posts (Atom)