Search This Blog

Wednesday, May 28, 2014

Hilang Beg Duit a.k.a wrislet

Dugaan dtg lg. Hari Isnin. First day in a week. Paniknya rase bila tgk dlm handbag bende paling penting takde.."Mana beg duit ni?" Abes 3 3 handbag diselongkar. Dahla masa nk time. Jam menunjukkan pukul 6.50 pagi nenong nenong~~ lmbt la arini. Dala terlambat ckit bgn gara2 nk berikan sokongan kepada pasukan Malaysia dlm Thomas Cup. Lari time tdo terus x leh tdo. Jetlag kah? huhuhu..

Bila en asben da tunggu dlm kete bertambah panik la rasenyer. Setelah puas crk mn yg boleh dipikikan dulu br la kua g kete dan dgn lemahnya ckp kt asben 'walet hilang' dgn muka sedih yp x nmpk sbb gelap.  Asben plak dgn konfiden ckp 'rasenyer puteri main smlm'.  Hati pn terus berbunga..

Tp tu sume harapan tinggal kenangan. Bila blk uma dan selongkar celah2 mana yg boleh kompem mmg xder wrislet tu. Huwaaa Allah swt jer yg tahu perasaan dalam dada ni. Bila bgtau asben terus dia call bank to blocked all the credit cards (cehh mcm byk sgt CC kan) dan aku plak call la mak sedara yg aku bajet kat uma die walet aku hilang/ cicir/ kecopetan. 

Flashback, hari Ahad tu ade kenduri pertunangan sepupu asben. Uma mak2 sedara ni mmg sebelah menyebelah. Nape baru nk call? Well pd fikiran aku biarlah aku betul2 pastikan wrislet tu mmg tiada dalam uma aku. Then lets say hilang dan dijumpai di sekitar kwsn uma kenduri mesti dah ade yg call my MIL pya. Mereka ni merupakan saudara yg sgt rapat antara satu sama lain mmg buatkan aku terharu kaalu bersama diorg. Smg mereka dirahmati Allah swt.

So mlm tu lps dinner terus asben ajak g wat laporan polis spy esok pg leh terus g wat dokumen penting apa yg patutla. He's so worried bcoz he needed to go outstation for quite a long time. So all the important documents must have wif me b4 he leave. Bila polis tu dah sain report tetiber beliau berkata 'Ok puan boleh dtg esok time opis around jam 2pm to 4pm untuk cop pengesahan dan bayar RM2'.. Tanjat hakak opis da la jauh berbatu2 nk plak kene dtg esok time keje. Mayb polis tu pasan kot muka aku yg tertanjat tu cepat jer die ckp 'Puan boleh suh wakil dtg copkan pn takpe'

Hahahaha okla abg polis. Kita tgkla camne esok.. Asben pn senyum kamben jerla



Tuesday, May 20, 2014

Milo Banyakkan Susu

Memula tu mcm x caya gak biler opismate ckp die akn minum milo byk2 bile tgk ebm berkurangan. Dari dok dgr ckp org jer mn nk tau berkesan ke tak kn so mestila kene cube sendri br bleh nk citer. (Paling x suke kalau org jual brg bercerita bagai nk rak tp die sendri x cube pon. Kekwat.)
Aku ni mmg jenis pelupe tmbh sejak da bersalin dua org anugerah Allah lg2 kepelupaannyer tuh. Pil homeopathy tu mmg ade je la dlm drawer. Time igt gla mkn time x igt x mkn. Kdg berhari x mkn pn . Pil perancang? Rancang sendri jerla huhuhuhu.
So atas ckp2 kwn td tu aku pn try minum milo sejam sebelum nk pam. Alhamdulillah.  Lancar je production. Hasil pn lumayan.  Bila difikirkan mungkin betol jgk milo ni bleh jd pemangkin penambahan susu sbb milo kn coklat. Coklat merangsang hormon happy (ape nama ntah). And biler kite happy bdn pn happy ebm pn byk insyaAllah.  Pape pn yg penting ibu2 menyusu kene rajin berzikir dan berdoa mohon diperbanyakkn susu utk baby juga k!
Renung2kn dan selamat mencoba!

Thursday, April 24, 2014

Pil Homeopathy Banyakkan Susu

Ibu2 disarankan untuk menyusukan baby sejak lahir. Kebiasaannya kalau ibu dapat melepasi usia baby 3 bln, insyaAllah baby berpeluang merasa susu ibu hingga usia 6 bulan 9 bln 12 bln dan seterusnya hingga had yg disyariatkan selama 2 thn.
Namun ramai ibu2 yg gagal menyusukan baby secara eksklusif atas pelbagai faktor. Aku pn mengalami faktor2 yg hampir menyebabkan hati ni berputus asa, semangat ku hilang dan kdg2 perasaan MALAS dan SIBUK sering menjenguk.
Paling mencabar ketika badan rase tak sihat dan perlu menyusukan baby. Hanya Allah Yg Maha Mengetahui betapa getirnya semangat di kala tu. Ibarat telor di hjg tanduk dgn emosi yg up and down. Ibu2 tau tak kalu emosi kite memberi kesan ke atas production susu?
Dalam memenuhi syariat ini mmg memerlukan pengorbanan yg besar. Ibu2 pn kene rajin membaca dan membuat terapi minda dan emosi. Ecehh mcm propesor plak becakap. Apa yg sy belajar jugak, pentingnya mengetahui pemakanan yg baik utk bdn kita dan yg ni lg penting - kawan utk menyokong kita. Kalau dpt kwn yg ber-ebm sama lg best. So marilah ebm berjemaah huhuhu.
Supplement pn disajeskan. Sy mmg dr awal kelahiran baby sy da amalkan supplement soya dr brand yg pofular sgt kt fb tu. Alhamdulillah mmg berkesan di awal fasa. Ditambah dgn persediaan mental agaknya. Since ni 2nd baby jd dah kurglah perasaan nk nangis sbb baby meragam. Ahha kantoi di situ. Tp alhamdulillah baby aaron sgt baik sepanjang tempoh pantang.
Bila baby aaron masuk usia 6 bln, bonda die ni mula diserang sakit sbb berjangkit dr aaron. Pelbagai gejala penyakit mula menular di dlm umah. Antara bonda aaron and kakak puteri kami bergilir2 amik turn hingga sekarang bonda masih belum pulih. Syukurlah ia tidak melarat ke penyakit lebih berat dan bonda terima dengan redha dan berhrp ia adalah kifarah ke atas bonda.
Bila badan tak sihat production susu pn menurun mcm bonda ckp td. Sikit sebanyak sedih gak tp xnk sedih byk2 sbb nnt susu lg sikit.  Kdg bila bonda happy sgt susu pn tetibe byk. Jd ibu2 kenela selalu happykan diri. Dalam berborak2 dgn kwn2 ni selalu gak la kami selitkan psl penyusuan baby especially kwn yg ada baby ni. Tetibe kwn sorg ni perkenalkan Pil Homeopathy Tambah Susu.  Cara makan die kemam jer 3x sehari harga pn ok rm15 utk 60 biji. Sebelum ni aku ade survey gak supplement lain since produk shaklee da tak berkesan lg utk tmbhkan susu. Pil hormon Noriday pn nmpknya x berkesan tp boleh la mkn utk family planning. Ade 1 pil lg produk Mamamilky yg berharga rm70 mkn 2x sehari utk 12 hari. Hohoho mahalnye lahai.
Jadi aku pn oder jerla pil homeopathy tu dpt jer turus mkn hihihi. Alhamdulillah hari kedua tdo mlm smpi basah2 baju.  Dah lama x gitu. Esok pg pam pn hasilnya lumayan almost 10oz. Hrp pil ni berkesan utk jangka masa pjg.
So ibu2 yg ada mslh low production tu bleh la try g crk kt klinik homeopathy dr radziah di Kompleks PKNS shah alam. Bak tulisan Dr. Tu kita ikhtiar Allah jua menentukan.
"Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, perbanyakkanlah susuku untuk bayiku dan permudahkanlah perjalanan ku menyusukan anakku agar mengikuti segala yg Engkau syariatkan."
Amin.

Tuesday, April 8, 2014

Keracunan Makanan

Lately banyak kes2 keracunan makanan dikhabarkan hinggakan ada yang smpi meragut nyawa dan terlantar di hospital berhari2. Kebanyakan punca keracunan makanan ni dipercayai daripada daging ayam yg tercemar.

Kawan sebelah utara cerita kenduri2 di kampung dia dah kurang meriah kerana jemputan ramai yg tak hadir. Kalau hadir pon tidak mahu menjamah masakan ayam yg disajikan. Kasihannya tuan rumah. Sebagai sedara seIslam, memenuhi undangan itukan harus, mengimarahkan sesuatu majlis dan meraikan pengantin baru kan dapat pahala free jer. Kalaupun tak nak mkn situ, makan la kt kedai huhuhu...

Waktu muda2 dulu, aku kurang memahami konsep memenuhi undangan ni tapi bila kita da berkeluarga, da bercampur sedara mara, barulah paham konsep2 sebegini dan salute pada mak ayah yg masih menitikberatkan perkara ini. Bukan senang nak ajak anak dara or anak bujang g ikut mak ayah g kenduri sama2 hehehehe **garu2 kepala sambil lap peluh di dahi..

Berbalik topik keracunan makanan ni.. last week kami g meraikan seorang sahabat lama naik pelamin. Kebetulan masa ambik lauk tu ada terhidu bau kurang enak tp x dpt dipastikan dr lauk yg mana. Anak pulak tgh maen2 tak mahu dipegang. So amik jerla semua lauk atas pinggan dan hidu bila daa dok kt meja. takkan nk hidu kt tray2 lauk tu kan. Hmm masa hidu tu xder plak bau. So kita makan jerla.


Jam 4am perut rase x selesa gilers terus memulas dan bermulalah appointment dengan Dr. Tan. Jam 5am puteri pulak yang bangun nangis berak. Yg terakhir en asben pd jam 7am. Alhamdulillah puteri stop ahad pg. En asben Ahad ptg dan aku org pertama yg kene tp jadi org terakhir yg pulih pada hari senin ptg. Aduhhh tiada sakit yg tak sakit dan best kan. Sabar dan redha sajalah.

Pengajarannya, kalau ada bau atau rase yg kurang menyenangkan x pyhla makan. And parents, sila rase dulu sebelum bg makanan pd anak2..Kita sakit xpe tp kalu anak yg sakit luluh hati. T_T


Friday, March 28, 2014

Kronologi Kehilangan Penerbangan MH370

Kronologi kehilangan penerbangan MH3708 MAC - 24 MAC 2014

 Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-16 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam ini mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

* 10 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

Mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport sama.

* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

* 15 Mac - Perdana menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* 16 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang

Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

* 21 Mac - Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu. Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

* 22 Mac - transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.

Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

* 23 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

* 24 Mac - Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

.. Al - Fatihah dan takziah buat keluarga yang terlibat ..